15.6.11

Jaga keberkatan rezeki

Salam,

Sekali lagi ini info aku amik dari majalah. Aku kan suka beli majalah, so kalau ada info berguna, aku share kat blog ok..Info berkenaan 'Jaga Keberkatan Rezeki' ni hasil tulisan Pakar Motivasi, Dr. Tengku Asmadi.

**********

Tuntutan hidup dan kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap daripada kita melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian. Bagi mereka yang malas melakukan melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk tambah pendapatan seperti, pecah amanah, menipu dan rasuah. Walaupun cara itu salah, demi keseronokan dan janji dunia, mereka sanggup dan berani melakukannya.

Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya adakah keberkatan dalam rezeki itu? 

Ok, jom nengok kesan kalau rezeki berkat;

1. Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi malah berlebihan. Jika rezeki kita berkat, maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2. Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat. Apabila rezeki itu berkat, ia akan dapat dilihat melalui akhlak anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.

3. Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah yang lain seperti umrah dan haji. Apabila rezeki itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.

4. Orang di sekeliling suka kita. Apabila rezeki kita berkat, semua orang sayang kita. Sebab kita suka belanja mereka dan menghulurkan sedekah dan bantuan. Orang suka dekati kita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.

5. Orang suka datang rumah dan menziarahi kita. Rumah kita bagaikan magnet. Ada saja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita. Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pulangnya mereka akan menghapuskan dosa kita. Malah rezeki pula bertambah murah dan ada saja kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6. Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih. Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran apa yang dipelajari itu mudah difahami.

7. Doa yang makbul. Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Nabi Muhammad SAW memang menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.


Ini adalah peringatan untuk diri aku jugak. Aku share kat sini supaya info ni dapat dikongsi bersama-sama. Mudah-mudahan sama-sama kita mendapat manfaatnya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...