16.6.11

Filem yang ditunggu-tunggu tahun ni


Salam,

Nampak tak poster tu? Itulah poster filem Ombak Rindu adaptasi dari novel juga...Dan aku pembaca tegar novel Ombak Rindu ni. Bukan satu novelnya tapi ada 3 novel..Fuhh, jenuh jugak aku nak khatam baca novel ni, tapi semua dah settle dah..Puas, :)

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, mengisahkan Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

*****************
 
Aku tak tau bila filem ni akan keluar kat pawagam, tapi serius kalau baca novel confirm terbuai-buai, feeling jiwang seadanya..Cinta yang penuh dugaan dan cabaran. Saham Aaron Aziz tahun ni confirm naik, berlakon jadi romantik je..:)

Salah satu scene dari filem Ombak Rindu

Aku tau kalau cerita dari novel dibuat filem mungkin ada yang kureng la kan..Kalau nak amik semua dari novel mana boleh..Tapi kita tunggu jelah nanti. Cuma satu je aku rasa cam tak best sikit, part heroin tu aku rasa selain Maya Karin ada lagi yang lebih layak. Tapi dah Maya Karin yang terpilih, kira rezeki dia la kan..Sapa yang dah baca novel ni mesti setuju dengan aku, kalau boleh nak watak Izzah tu orang lain selain dari Maya Karin..

So, sesamalah kita tunggu tayangan filem ni nanti. Aku rasa akhir tahun kot..:)

2 comments:

  1. hihi nak tengok nih...dah lama tak baca novel..tapi dulu zakiah baca ombak rindu neh..pas cerita ni rasa dah takde sgt cerita yang sebest ombak rindu..pada zakiah la yang bukan peminat novel..:)

    ReplyDelete
  2. kalau lisa jadi heroin best jugak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...