Bila korang baca blog ni, insyaallah aku dah pun ada kat padang untuk sambutan Hari Keluarga. Nanti aku akan update la apa berlaku ye..Doakan aku bertuah..:)
Aku cuma tertarik nak ulas berkenaan cerita Nora Elena petang kelmarin (Khamis). Cerita tu memang menarik, bolehlah untuk ditonton..Tapi kan, aku agak kurang berkenan sikit part secretary si Seth Tan..yang bawak watak Yvonne tu. Tak kenal ke? Ni ha;
Ni namanya Wan Sharmila, dalam cerita Nora Elena tu dia bawak watak Yvonne. Eii, sakitnya hati aku bila episod petang khamis tu yang dia ternampak si Nora tu keluar dengan Inspektor tu kan..Lepas tu sibuk nak MMS gambar Nora dengan Inspektor tu dekat Seth Tan..
Aku tak suka bukan apa, tahniahlah pada Wan Sharmila ni pasal berjaya membawa watak Yvonne tu sampai aku rasa menyampah sangat..Cumanya aku rasa kan, agak melampau watak secretary tu begitu rupa..Sampai sanggup nak MMS gambar kat bos..Yea, aku tau itu watak je..Tapi aku terasa la..Kata secretary kan..Selalu secretary mesti dikaitkan dengan perangai yang ala-ala gedik, ada skandal dengan bos la, seksi-seksi la..Aku rasa tak semua macam tu kan..
Tapi bila selalu ditonjolkan watak secretary sebegitu rupa, sampai bila ia akan jadi macam tu la..Aku percaya mungkin ada jugak secretary macam tu, tapi tak banyak la..Tapi ada ke? Aku rasa kebanyakan secretary sekarang lebih menghormati privacy bos apatah lagi la nak masuk campur hal rumahtangga bos kan, especially bila jaga bos muda..Aku pun jaga bos muda, 40 tahun tu kira muda apa...
Dan lagi satu pantang betul kalau suami macam Seth Tan tu lebih percaya cakap secretary dia dari percaya cakap isteri..Chewah..aku emo tak tentu hala ni..Tauu..itu hanya watak dan cerita je..Tapi dah aku emo nak buat camana kan...:)
No comments:
Post a Comment