9.6.11

Kenapa emosi wanita mudah tersentuh?

Salam,

Hasil baca majalah aku nak share kan tentang info ini, tentang kenapa emosi wanita mudah tersentuh? Ada lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita;

HORMON
Perubahan dan ketidakseimbangan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh.

MANIPULASI
Tangisan merupakan senjata utama untuk meraih simpati pada orang lain. Terdapat juga sesetengah golongan ini menggunakan tangisan sebagai alat untuk memanipulasi atau memperdaya pihak lain.

KEIKHLASAN
Sekiranya tangisan seseorang wanita itu tiada kaitan dengan perubahan hormon atau memperdayakan orang lain tetapi wanita menangis kerana ekspresi yang penuh keikhlasan dan kejujuran.

KEMARAHAN
Apabila tidak dapat meluahkan rasa amarah atau geram kepada sesuatu keadaan, hanya tangisan sahaja untuk merungkaikan segala rasa yang terpendam dalam hati mereka. Mereka sudah tidak mampu meluahkannya melalui kata-kata.

MEMORI
Setiap memori yang memasuki benak wanita, walaupun bukan kerana kesilapan yang dilakukan, ianya juga diluahkan melalui tangisan. Apabila jiwa mereka terkenang terhadap memori silam juga sama ada kenangan indah atau buruk.


Ada juga wanita yang bersedih tetapi langsung tidak mengalirkan air matanya. Ini bukan bermakna mereka kuat tetapi bijak menyembunyikan emosi. Hakikatnya, ada wanita yang hanya menangis dalam hati.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...