10.6.11

Drama You Saka, Pergi Jauh-jauh

Salam,

Malam tadi kan tetiba ter 'tengok' drama You Saka, Pergi Jauh-Jauh..Malam tadi baru episod kedua. Almaklumlah slot seram tv3 dah lama dah aku tak nengok..Bosan asyik hantu je tak sudah-sudah kan..Tapi entah macamana mrhubby bagitau yang cerita ni bukan seram yang serius tapi drama seram kelakar..Lagi pulak dia kata Nabil ada berlakon..Huhh, macam kena nengok je ni..


Oklah, not bad..Dah kata cerita seram kelakar..bolehla..budak-budak pun layan gak...Ada hantu, tapi macam lawak je..Tak takut langsung..hehe..Episod yang pertama pun aku tak nengok tapi boleh catch up lagi ni..

Cerita ni mengisahkan;

Nia, seorang setiausaha sebuah syarikat yang berjaya, percaya dia mempunyai penjaga keturunan yang merupakan seorang Puteri dari dunia halus bernama Puteri Jarum Permata. Nia perlukan kehadiran tuan puteri untuk melindunginya dari gangguan Gelam, saka yang mendampingi ibunya selama ini. Rosrita, ibu Nia sering nazak dan akan sihat semula. Walau nia sering menyeru tuan puteri agar datang, tuan puteri tidak pernah muncul malah obsesi Nia pada tuan puteri ditertawakan oleh orang-orang disekelilingnya.

Drama ni disiarkan setiap hari Khamis jam 9.30 malam. So pada sesiapa yang memang layan drama-drama melayu memang tak rugilah nengok cerita ni..Just for fun okeh..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...