Wah, tak agak-agak aku buat entri pasal hari keluarga hari ni.. Ada lagi beberapa keping gambar ni. Aku lagi suka letak gambar dalam blog dari letak kat fb..Kalau letak kat blog ni boleh cerita sekali, lagi rasa puas..Kalau orang tak baca blog ni pun, aku yang suka baca sendiri..Rasa macam buku cerita pun ye gak..Ok-ok, layan gambar;
kena berkumpul nak dengar taklimat dulu
panas duduk dalam dewan badminton ni
budak belakang zarif tu sebaya dengan dia ok
e'eh ada chicky la...zara boleh kata ni gajah
zara antara takut dan berani
sapa peserta yang amik bahagian? SAYA!!
dah tak tentu arah dah budak-budak ni
ha carilah ikan yang nak dipancing ni
bila la nak start pancing ni? tak sabar dah ni..
ok..ok dah start dah
nengok zarif memancing..mencabar jugak ni
antara hasil tangkapan zarif dan kawan-kawan
Zarif dapat saguhati je, tapi boleh lah dari takde hadiah langsung kan..Cumanya pendapat aku la..bila melibatkan game dengan budak-budak ni, kita tak boleh biar diaorang tunggu lama sangat..Once budak-budak dah ada, kena start je game tu..Faham la kan budak-budak..Mood tak menentu, tak kiralah dari baby sampailah ke umur 6 tahun. Masing-masing ada ragamnya.
Anyway good effort pada semua AJK yang terlibat. Lagi satu, pendapat aku la..habis je budak-budak main game, terus je bagi hadiah..Tak payah formal sangat..Nama pun budak-budak kan. Habis je main game, masing-masing dah bertempiaran lari. Nak kumpulkan balik untuk bagi hadiah, memang payah sikit. Aku tau tak senang nak handle game dengan budak-budak ni. Cuma tahun depan boleh dibuat penambahbaikan.
umar takut betoi ngan chicky tu..hihi..suh dia peluk tapi dia lari..takuttt..;)
ReplyDeletebiasalah zakiah..zarif dulu lagi la teruk..melalak tak ingat kalau nampak maskot ke apa ke..sekarang je dah berani..
ReplyDeletedah lamanya aku tak ada aktiviti family day ni...
ReplyDelete