23.6.11

Hapuskan igauan itu

Salam,

Dah pun hari khamis hari ni..Esok dah jumaat, ler cepatnya masa..Ok, insyaallah aku berpuasa hari ni bersama-sama kawan-kawan ofis yang lain. Mudah-mudahan dipermudahkan la semuanya..:)

Pagi-pagi datang ofis, on pc, bukak blog dan bukak paper online. Tiba-tiba tertarik dengan berita ni;

“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

Sumber - sini.


Ha, sapa yang nak jiwang sokmo dengan seth tan, kena ingat watak tu hanya fantasi. Mungkin ada kot suami yang romantik sangat cam tu, tapi kena jelajah la ceruk-ceruk mana serata malaysia ni baru jumpa..Macam aku pun dah nak masuk 8 tahun kawin, kalau tertido kat luar bilik, takde maknanya mrhubby nak angkat bawak masuk bilik..Kalau ada pun nak berangkat masuk ke bilik, ada maksud lain la tu, huhu.

Kesimpulannya, kita bersyukur je dengan suami-suami kita ye tak? Tuhan dah tetapkan jodoh. Suami kita tu tetap terbaik untuk kita. Kalau tak romantik sekalipun, suami kita tu tentu ada kelebihan lain kan?

Dahh, hapuskan watak seth tan tu dari ingatan...:)


5 comments:

  1. mmg ramai yg angau dan hrap suami jadi cam dia seth tan tu heheheh..tapi klu berpijak di bumi nyata insyaallah takkan terpikir..semua tu lakonan dan khayalan jek hehehhe

    kdg2 dorang2 nie terlalu taksub pada sesuatu citer :)

    ReplyDelete
  2. yeee....memang takde la die angkatnya pun..dikejut je la bngun pegi tido dalam bilik...extra ordinary sgt nak ngidam dapat hubby camtu rupe...

    ReplyDelete
  3. hehe.
    pengaruh tb.
    fyna pown tengok cite nih 5 episode terakhir.



    jemput singgah belog fyna.
    ade segmen.
    :)

    ReplyDelete
  4. Amy x tengok cerita nie tapi cerita memmang menjadi buahan mulut orang , mcm satu fonomena pulak sampaikan abg amy pun setia menanti cerita nie..hai la nore elena hehehe..

    ReplyDelete
  5. kak dayah- tulah kan..yelah kita pun sama jugak, tapi kena sedar diri, banyak berangan je..huhu

    acik-aahlah kan..bertuah sangat dapat romantik gitu rupa..aku pun kadang ditinggal je tido kat luar..sedar2 sendiri je masuk bilik..

    fyna-akak pun sama, nengok dah nak episod terakhir..ok nanti akak singgah blog fyna.

    amy-takper, amy kalau nak nengok boleh nengok kat tonton.com ok? hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...