3.6.11

Eczema

Salam,

Pagi tadi pergi klinik kat tempat kerja aku ni, bawak zarif n zara. Zarif punya batuk tak baik-baik, zara pulak alahan kulit tak sudah-sudah. Zara ni, senang sangat kena alahan, ubat dah habis so kenalah pergi klinik kan. So, dr cakap zara kena eczema. Ermm..

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi. Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."
"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.
Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.


Apakah punca eczema?
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

So, banyaklah ubat yang zara dapat, antaranya antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh 5 hari, krim sapu, ada ubat untuk mandi dan syrup piriton untuk kurangkan gatal..Nasib zara ni kena kat belakang badan je, sikit je tapi tetap tak molek bagi budak perempuan kan..so lepas ni zara kena mandi guna air yang ditapis, dan baju-baju zara kena diasingkan la bila nak dibasuh.

The best part is, dia tak boleh makan telur lagi..Padahal telur la favourite dia. Bukan tak boleh makan langsung, tapi tunggulah sampai keadaan reda. So aku pun dah start 'listing' kan makanan yang boleh dimakan dan tak boleh bagi elakkan kegatalan pada zara..

# Sumber dari sini.

3 comments:

  1. haaa..mmg kena la...anak kau zara, anak aku sara; ada eczema...sara tu dah jenuh aku mengerjakan eczema die..mcm2 krim mcm2 sabun!dah la anak dara, kaki smpai berkudis tinggal parut...nak gayakan skirt pendek pun tak boleh..tergaru2.udang mmg la tak boleh lgsung, abis bengkak berair idung die...dah besar sket ni la ada kurang..mintak2 ilang terus la sbb byk org kata bila membesar die akan hilang...

    ReplyDelete
  2. la ye ke? si zara ni kena kat belakang badan..badanlah terutamanya..tension aku..setakat ni dah oklah..tapi tu la kan, senang kena jangkitan..kena sabar bebanyak..

    ReplyDelete
  3. tu la..anak dara plak tu...mmg kena la gigih nak usaha baik kan die...rosak kulit...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...