Salam,
Nak tanya korang kan lebih prefer buat bayaran bil atau bayaran apa sekalipun macamana? Suka bayar secara online ke atau bayar secara manual?
Sajalah tanya ni kan, pasal aku adalah antara orang yang pernah la jugak membeli barang secara online dan bayar-bayar online..Setakat ni alhamdulillah, tak pernah ada masalah. Bersyukur sebab dipermudahkan berurusan dengan orang-orang yang jujur..:)
Lagi satu bayar bil pun aku suka bayar online. Dulu bayar jugaklah manual, tapi masalah utama bila nak bayar bil cara manual tu adalah nak dapatkan parking..Jalan kat bandar dahlah sesak (mengalahkan KL la pulak kan), susah nak parking, lepas tu orang majlis atau polis trafik dok berkeliaran cari mangsa (kot ada yang parking kat double line ke, atau takde kupon parking kan) so aku lebih prefer bayar bil online.
Mudah memang sangat mudah. Bil Astro, TM Net, Air, Elektrik segala-galanya online..:) Aku buat akaun khas Maybank semata-mata nak bayar online la..Sebab tu dalam tu takde duit banyak, hehe. Duit hanya dimasukkan khas untuk segala-gala pembayaran.
Tapi ada jugak member-member aku kat sini lebih suka dan percaya pada pembayaran manual. Terutama mereka-mereka yang dah berumur tapi ada gak seusia aku yang suka cara manual. Aku tau, pasal diaorang rasa lebih puas dan nampak dengan jelas duitnya dibayar kepada siapa..Betul tak? Kalau bayar online kan, macam ada rasa, "eh, ok ke ni? betul ke duit dah bayar ni?" Macam ada rasa cuak-cuak gitu..Kan?
Pada aku terpulang pada masing-masing kan. Macam aku yang memang tak suka benda yang remeh temeh, beratur panjang-panjang, menunggu, menyusahkan dan menyesakkan, memang online adalah pilihan terbaik tapi kena redha dan tawakal je lah (takut-takut kena tipu ke apa ke kan..)
Bagi mereka yang rajin untuk berjalan, beratur dan setia menunggu, cara manual adalah pilihan terbaik..:) Yang pastinya kalau bayar secara manual ni, insyaallah tak akan ditipu punya..:)
oh....akulah pengguna setia online payment ni..semua yang bil mmg pakai online..bayar ptptn pun online gak...shopping online pun mmg dah selalu buat, alhamdulillah tak de la penah kena yang tak elok kan...serba serbi online, cari resepi pun online!
ReplyDeletezakiah suka bayar online je..macam akak juga akaun tu khas untuk duit bayar online..senang kerja takyah pi post opis beratur lama2..:)
ReplyDeleteAlamak x de pengalaman la sebab bil2 semua hubby yang urusakan.tapi masa belum kawen dulu selalu berurusan secara manual je
ReplyDeleteprefer online sebab senang x yah kuar umah hehe ;)
ReplyDeletelebih cepat dan mudah..
acik- yelah..hidup online!
ReplyDeletezakiah-ha betul2, nampaknya ramai yang suka bayar online kan?
amy-bertuah amy, hubby uruskan..bab bil majoriti kita tolong buatkan..:)
pinky momma-yea betul, yg penting takyah keluar rumah kann..