Alhamdulillah, hari ni aku berpuasa. Pagi ni aktif dan ceria lagi takut kang tengahari lembik je, hehe..Serius aku bersemangat hari ni. Semangat kerana malam tadi tido awal, lepas tu diulit mimpi yang menyeronokkan. Mau tak seronok, aku mimpi bos..haaa, jangan fikir lain eh.
Bos beli kereta baru, so dia mintak tolong aku bawakkan keta baru tu, terus bawak dan hantar pada anak dia kat Shah Alam..:) Bawak keta mitsubishi tu..tapi aku lupa model apa, yang pasti smart la..Mimpi sampai susah nak bangun tu..Pukul 5.10 aku terjaga sebab mrhubby kejutkan..
Yelah dah aku kata nak sahur, at least minum air je kan..Tapi aku boleh tertido balik sambung lagi mimpi tu. Siap dah sampai ke Shah Alam, pergi makan nasi dengan ikan siakap dengan bos dan anak dia, anggap jelah tu aku sahur eh..Sedar-sedar je dah pukul 6.25, terus bangun dan siap-siap nak solat subuh..
Ok, lately ni aku memang asyik nak mimpi bos je kan..Bukan apa, bos-bos aku kan dah nak sampai ke akhir tempoh jawatan. Bos-bos aku dilantik setiap 2 tahun. So minggu depan adalah minggu vote..Tapi aku tak terlibat dalam undian bos-bos ni. Yang terlibat hanyalah staf-staf akademik saja.. Jadi marilah tunggu siapakah bos baru aku. Adakah sama ataupun bertukar?
Tiba-tiba rasa sedih nak bertukar bos..Setakat ni, termasuk yang sekarang dah jaga 4 bos..:)
# Kecewa buat lasagna malam tadi boleh terkeras..kalau ok malam tadi, serius aku dah buat entry, tapi pasal tak jadi, harap maafla..#
No comments:
Post a Comment