30.6.11

Bengang betul la..

Salam,

Sebab cuti jadi entry pun macam takde je kan. Sementara tunggu waktu berbuka ni, sempat la nak blogwalking jap, baca entry kawan-kawan..

Sungguh-sungguh aku buat kerja pagi tadi. Nak tau kenapa sungguh-sungguh sangat sampai tak sempat nak post entry lain? Sebab streamyx aku buat hal..Agaknya dia tau aku nak buat kerja dari rumah kan, boleh dia buat hal..Lepas je aku post entry pagi tadi terus problem sampailah mrhubby balik kerja, baru streamyx ok semula..Ohh, bengang betul rasanya..

Mungkin streamyx takmo aku terlalu berdedikasi sangat so dia buat hal la..Tu yang aku buat kerja-kerja rumah dengan penuh semangat dan berdedikasi...hehe..

Oklah, takmo tulis panjang-panjang, selamat berbuka puasa pada mereka yang berpuasa yea..Aku makan nasi beriani hari ni..Bukan masak eh, of course la beli..:) Aku cuma buat ni je;


Ini kebab ayam..tetiba dah rasa cam blog masak-masak pulak asik post gambar makanan je..:) Selamat menjamu selera..

Cuti-cuti..

Salam,

Hari ni aku CUTI..hehehe..seronoknya cuti ni..:). Member aku tanya kenapa aku CUTI? Nak rehat. Tapi bila bangun tido hari ni, nengok kain baju yang nak dibasuh, sangat menakutkan..Mungkin bertepatanlah kalau aku cuti hari ni kan..Harap-haraplah cuaca ok hari ni. Banyak sangat nak dibasuh tu..

Semalam bagi yang puasa, korang buka apa? Aku? Hehe, kalau tanya orang yang tak pro masak ni, of course la yang simple je kan..Ni budak sekolah menengah pun tau buat tau..Aku masak mihun singapore je, kan dah bagitau dalam entry semalam..Ditambah dengan rajin sikit, aku bancuh tepung buat jemput-jemput ikan bilis, tapi sikit je tu. Ada lebih bancuhan tepung tu pagi ni aku goreng dan bawakkan bekal zarif dan zara.

Aku insyaallah puasa lagi hari ni..insyaallah....

masakan mudah je

ada apam balik favourite aku la..:)

Myhubby siap belikan apam balik kegemaran aku ni. Actually aku tak makan sangat apam balik, tapi ada satu pakcik ni dia jual depan sekolah menengah tun aminah..Sempoi je pakcik tu, tapi apam balik dia sedap la, nak-nak lagi makan time panas-panas. Aku suka pasal banyak kacang plus rasa lah jagung dia tu..

Kalau kat tempat lain, macam isi kacang tu sikit je..huhu. Ni setakat ni aku rasa sedap la, kot ada yang duduk batu pahat tau tempat lain yang sedap, khabarkan la kat aku, nanti aku terjah yea..:)

Oklah, nak buat kerja ni..Cuti tapi sebenarnya aku tetap online, bukak jadual bos dari rumah, telefon tempat aku dah di'divert' kan ke hp aku, pasal taknak menyusahkan officemate aku nak menjawab segala panggilan..See, aku PA yang baik kannn..hahaha..

29.6.11

Mood..mood..mood....


Salam,

Whoaa..mood agak ke laut hari ni..Adakah sebab aku berpuasa? Sebab aku tak sahur mungkin? Ataupun sebab aku mimpi jumpa redmummy malam tadi? hehe..

Sudah lebih setengah hari, harus berfikir apakah menu berbuka puasa yang patut untuk aku petang ni..Walaupun ada pasar malam hari ni, rasanya macam dah tak tau nak beli apa..lalu dan nengok je dah tau rasanya, hebat tak? :) Rasanya masak mihun singapore je kot..simple jer.

Layan jap video zara ni, semakin becok dan petah ni..asik-asik nyanyi lagu "Nenek-nenek si bongkok tiga..............nenek nak kawin dengan anak raja.." Zara nak kawin dengan anak raja ke? :)

# Jom malam ni layan bolasepak Malaysia lawan Taiwan..tetiba semangat berkobar-kobar ni...#

Kawad

Salam,

Kawad? Dulu dengar perkataan kawad pun aku gerun. Tak taulah kenapa nak gerun eh? Lagi pulak nengok budak-budak PALAPES kat UTHM ni sibuk buat latihan kawad sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-30 pada 9 Julai nanti. Seawal pagi dah berkumpul kat padang kawad tu, mesti lepas subuh terus berlatih..

Aku pun budak kawad jugak tapi time sekolah rendah sampai menengah je. Latihan kawad ni keras sikitla. Semua pun kena berdisiplin. Masa sekolah dulu aku tak suka sukan, jadi aktif pasukan beruniform je tu pasal aku kena berkawad, mula-mula memang tak suka, tapi dah join kira oklah kan..

Tu yang aku join sakan, buat latihan tak ingat di kala matahari tinggi di langit, kulit muka aku rosak. Teruk sangat sampai kena pergi jumpa pakar kulit. Lepas tu doktor dah tak bagi join apa-apa aktiviti yang kena berjemur di waktu panas. Kena jadi puteri lilin la pulak..Kulit aku sensitif okeh..

Masuk uitm suppose kena masuk pasukan kesatria..Dari part 1 aku mengelak sampai part 6 baru aku join terlajak la pulak sampai ke part 7 (dah extend tu..), semuanya sebab takut kawad (ntah apa-apa)..Padahal bila dah join, takdelah susah mana pun..Aku takut nak masuk sebab aku ingat komander kesatria tu garang-garang belaka..rupanya ok sesaja..

Bagusnya kawad ni mengajar kita erti disiplin, confirm kena tengking depan orang ramai kalau kita ada buat silap, tapi peduli jelah. Hati kena cekal..

So, korang pernah berkawad tak?

Wordless Wednesday #1


Published with Blogger-droid v1.6.5

28.6.11

Muncung sesaja


Salam,

Serius, aku tau gambar zara yang muncung ni dah penah ada kat blog ni tapi gambar lain la..Alang-alang aku dah amik gambar ni dua minggu sudah, dan tersimpan je dalam pendrive, aku publish je la kat blog ni..:)

Ntah dari siapa lak belajar muncung-muncung ni..Pandai-pandai je...Merajuk sikit nak muncung-muncung..Bukan dari aku eh..rasa bukan dari aku ni muncung-muncung ni..hehe...Ingat gambar-gambar yang ada ni nak cuci la, dah dapat gambarnya nak suruh zara buat scrap book sendiri..Zarif pun mesti la ada jugak kan..Bagi dia belajar kreatif..Tapi takde la letak gambar banyak-banyak, 4-5 keping cukuplah, ok tak?

Kat scrap book tu suruh la diaorang hias-hias bagi cantik, lukis-lukis ke kaler-kaler, mesti ok kan..Lukisan budak ni kan biasanya jujur dan ada sentimental value gitu..:)

Aku bersyukur

Salam,

Semalam one of my friend dari sekolah chat dengan aku. Dia tanya ada kerja kosong tak kat UTHM? Buat masa sekarang takde lagi la jawatan kosong. Dia dah takde kerja, kena VSS dari tempat kerja lama. So dah 2 bulan tak bekerja. Aku simpati dengan nasib dia, yelah, dia dah berkahwin, dah ada anak kan, suami pulak kerja sendiri.

Tambahan pulak nak raya lagi ni kan..Yelah kan, aku paham sangat keadaannya. Aku suggest dia buat online business, tapi dia tak minat dan ada masalah lain pulak. Insyaallah aku percaya ada kehidupan yang baik untuk kawan aku ni..mudah-mudahan kan..

Dalam hal ni aku bersyukur pada Tuhan, bersyukur dengan keadaan diri sendiri. Mungkin nasib tak sebaik orang lain, tak semewah orang lain, tapi aku bersyukur seadanya. Punya kerja, punya anak-anak yang sihat dan punya keluarga yang penyayang..

Kadang bila emosi dan tertekan, mulalah aku rasa yang bukan-bukan, rasa kenapa hidup ni macam gini-gini, rasa kenapa Tuhan tak adil? Tapi selalu jugak aku ingatkan diri fikir positif dan selalu pandang depan. 

Aku percaya setiap orang dah ditentukan jalan hidupnya. Tinggal diri sendiri kena berusaha, berusaha mencari kehidupan yang lebih baik.

Mana ada orang takde masalah kan? Semua orang ada masalah termasuklah aku tapi cara kita nak menerima dan menangani tu. Gaduh? Hmmm, confirm ada gaduh sikit-sikit dengan pasangan..Of course la kan, tapi gaduh tu nak mencari penyelesaian yang baik. Kenapa boleh gaduh? Pasal bila dah buat perbincangan baik-baik tapi tak capai kata sepakat, at the end gaduh. Tapi bukanlah gaduh baling-baling barang..Gaduh-gaduh manja gitu, lepas tu baik semula..Kan?

Pokok pangkalnya di sini adalah bersabar dan bersyukur..Kemudian berusaha okeh..Rezeki ada di mana-mana. Syukur padamu Tuhan..

Seringkali tersilap..

Salam,

Harap korang ok hari ni dan aku tak berapa sihat. Penyakit biasa datang lagi. Mungkin kurang minum air masak, sakit kat bahagian pinggang datang lagi sejak malam tadi, tapi aku bertahan lagi sampailah pagi ni. Insyaallah takde apa-apa. Promise, aku minum air masak hari ni ok..:)

Aku nak share kisah yang selalu la berlaku pada aku. Tak taulah kalau kes macam ni pernah berlaku kat korang. Actually ni pasal mrhubby la kan..Last week, aku mintak tolong dia pergi kedai dan belikan kubis pasal aku nak buat mihun goreng, nak letak sayur kubis..Sekali dia bawak balik inilah pulak;


 kubis bunga @ cauliflower
 

Sedangkan aku mau yang ini;
 
kubis @ cabbage

Pernah tak berlaku kat korang macam ni? hehe..Ni bukan kali pertama ni..Dah dua tiga kali jugak ni..Harus lepas ni aku sebut, "abang, mintak tolong belikan cabbage.."

Pernah jugak berlaku di awal-awal perkahwinan, daun sup tertukar dengan daun ketumbar - rupa daun ni lebih kurang je, cuma daun ketumbar tu kan kecik sikit..Tapi sekarang mrhubby dah pandai dahh..:)

Dan satu lagi kesilapan yang biasa berlaku antara limau kasturi (limau sambal) tu dengan limau purut..Selalunya aku cakap, "tolong belikan limau yang kecik-kecik tu ehh..yang kecik-kecik tau (saja bagi ulang 2 kali..)"

Tapi takpelah kan, kesilapan kan selalu mengajar kita buat benda yang betul..Aku pun pernah tersilap jugak dulu-dulu, selalu tak boleh bezakan halia dengan kunyit..

27.6.11

Kuiz ringkas

Salam,

Ni bukan segmen tau, saja je..Nak jawab boleh, takmo pun takpe..Saja nak hiburkan hati, takde hadiah pun..:) Kuiz ringkas antara suami isteri..
 
1. Siapa yang lebih kelakar? - aku

2. Siapa yang lebih rajin tukar cadar katil? - mrhubby

3. Siapa yang lebih fokus mendengar? - aku

4. Siapa yang rajin susun kasut kat luar rumah? - aku

5. Siapa yang lebih peka tentang kesihatan? - aku

6. Siapa yang bersiap paling cepat? - mrhubby

7. Siapa yang rajin baca suratkhabar? - aku

8. Siapa yang selalu 'missplace' barang-barang? - aku

9. Siapa yang suka buat 'surprise'? - mrhubby

10. Siapa yang suka makan keju? - mrhubby


Eh, ni saja-saja ok... Untuk menghilangkan bosan..:) Soalan ni takde pilih kasih, dicipta secara spontan saja. Ada tak yang sama jawapan macam aku?

Tapi kalau korang nak jawab tinggalkan je url entry kat ruangan komen aku..boleh kita baca jawapan masing-masing..saja-saja, takde paksaan..sesambil tu kita boleh bertukar-tukar kawan..thanks..:)

Karak dan Shahir

Salam,

Sebenarnya kan, aku nak share apa yang aku buat hari minggu hari tu..Yea, aku dah ter 'bazir' 15 ringgit amik astro first semata-mata nak nengok filem Karak..Padahal boleh je beli kat pasar malam, cd tu - lima ringgit je boleh dapat..huhu..Tapi aku baik kan, nak tolong orang filem kononnya..

Ala, bukanlah nak review sangat citer Karak ni..Orang lain dah review pun kan..Tapi macam suka la pulak..:) Bukan suka sangat dengan hantu tu, berulang kali tu aku nengok, part yang seram pada aku yang hantu perempuan mula-mula tu, "Encik..boleh hantar saya balik encik?" (something like that la dialog nya). Ala pompuan yang bersanggul ngan kepit payung tuh..Sekali kepala dia tercabut tu..agak seram di situ..sebenarnya aku suka dia sebut "Encik..." cam menarik gitu..:)

Hantu lain tu banyak teknik CGI jer..tak takut pun..:) Terus terang aku rasa semua pelakon-pelakon tu memang best la..Pandai diaorang berlakon. Rupanya dalam citer ni, 3 orang tu dah mati rupanya, yang hidup sorang je, berkali-kali aku nengok nak memahamkan. Dan lagi best, sejak nengok citer ni aku boleh terminat kat Shahir tu..apakah?? Padahal aku tak minat pun dia sebelum ni, tapi rasanya macam sweet sangat dia senyum dengan braces dia tu..

Itu je pun nak citer..Nah aku letak sekali video - Luar Biasa dari Shahir, antara lagu dia yang aku minat sangat..



Masa kualiti

Salam,

Sesibuk macamana pun, aku cuba penuhi masa yang ada dengan mereka..rasa puas bila dapat dengar diaorang tergelak-gelak main sambil berlari-lari, rasa puas dan bersyukur sangat. Bersyukur sebab punya anak-anak yang sihat dan aktif..:)

ibu dan zarif

abah dan zara

zara maintain pakai dress..

suka berkejar-kejaran


Jom layan video diaorang ni..suka dengar diaorang tergelak-gelak, hehe..


Keputusan periksa dah keluar

Salam,

Seperti dikata, baru hari ni dapat nak update pasal result zarif. Hari Jumaat hari tu ada hari terbuka kat sekolah dia, so result penuh macam ni;


Overall, keputusan dia oklah..tapi dapat no.6 dari 20 orang, kira oklah kan, means banyak sangat budak pandai dalam kelas dia ni..:) Yang tak tahan subjek seni dapat B..haha. Nampak sangat tangan baka aku, macam kayu..Kalau ikut tangan mrhubby, confirm A ni..

Budak comel ni siap demand nak hadiah lagi, aku dah bagi dah pun, ala, beria sangat si zarif nak jam Ben 10, ntah berapa banyak nak kumpul jam agaknya..tapi takpelah bagi dia pandai nengok dan hargai masa eh..:)

26.6.11

Makan di luar

Salam,

Hari jumaat malam hari tu, bawa ayah mertua makan di luar..Saja-saja amik angin..Kalau dah makan kat luar tu, aku dah macam apa dah..bising tak sudah-sudah, dengan siapa kalau bukan dengan anak-anak kan..Pasal tu aku lebih suka makan kat rumah dari luar..

Tau jelah kan, budak kalau dah makan kat luar macamana gayanya..Mrhubby tak kuasa nak layan, biar jelah..Cuma satu jelah yang dia cakap "awak ni memang tak boleh jadi cikgu, pasal tak sabar.." Yelah kan, kalau semua benda aku nak perfect jer..huhu..Macam biasa layan gambar k..

adik dengan rotinya

zarif dan mrhubby

mrhubby dan ayah mertua

nasi ayam aku 

fish n chip zarif

25.6.11

Moksu nak cium diaorang eh?


Salam,

Masuk bilik adik aku yana semalam, zarif dan zara tanya - "gambar sapa yang moksu tampal tu ibu?"

Serius aku tak tau..Geleng kepala jelah kat diaorg..Sumpah aku tak kenal artis-artis korea yang diminati dan digilai oleh budak-budak zaman sekarang. Zaman aku dah lepas dahh..

Yang tak tahan, zarif tanya, "moksu suka diaorang dengan nak cium diaorang eh ibu?"

Aku cuma angkat bahu je la..huhu.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tanggungjawab di hujung minggu

Salam,

Pertamanya nak ucap tahniah pada kumpulan Sepah yang dah menang Maharaja Lawak. Tekaan semua orang yang Jozan jadi juara dah tersasar..

Jujurnya aku suka Nabil, walaupun dia tak menang tapi 150 ribu tu dia bawak balik sorang-sorang, tak share pun dengan sesapa, kan? Overall, aku suka semua punya persembahan malam tadi..

Hari ni mrhubby ada majlis hari kantin kat sekolah dan ada pertandingan rugbi peringkat mssd, so tak taulah balik pukul berapa ni..jadi aku dah dipertanggungjawabkan jaga ayah mertuaku sementara mrhubby pergi sekolah..

Harap segala-galanya dipermudahkan Tuhan jua..Waktu aku taip entry ni hujan turun lebat sangat..sedap untuk tido ni, hehe...

Ok, get to go now, nak mengemas dan memasak...tata..



Published with Blogger-droid v1.6.5

24.6.11

Jejari yang kreatif


Salam,

Bunga pahar hasil nukilan mak dan abah, juga bantuan dari yana, dah hampir nak siap.

Aku cuma tolong sikit je. Memang cun la..kalau buat sendiri rasa lebih puas kan?

Agak-agak sapa menang Maharaja Lawak malam ni? Kita tunggu yea tapi macam dah boleh agak Jozan la..300 ribu tu kalau menang..:)

Selamat berhujung minggu..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Bila si isteri berblog.. si suami dan anak?


Salam,

Wah, tetiba rasa cam nak join segmen encik ben ni. Kalau korang nak join meh klik sini.

Ok, terus terang, memang aku suka berblog. Dalam sehari lebih kurang 4 atau 5 entry aku post. Saja suka-suka. Kalau malas sangat, 2 pun dah kira baik la. Aku adalah isteri pada seorang suami (of course la kann) dan ibu pada dua anak.

Serupa macam ibu-ibu lain, paling utama adalah keluarga. Mrhubby adalah seorang suami yang sangat baik dan memahami dan tak pernah membebel jauh sekali nak marah kalau aku berblog. Tapi kalau aku tak berblog dia la pulak yang pelik, siap tanya, kenapa awak tak blogging?

Balik rumah aku akan habiskan masa dengan anak-anak, kadang-kadang entry tu autopublish je. Still aku memasak, bermain dengan anak-anak, kemas beg sekolah anak, bacakan buku cerita kat anak, nengok tv dengan anak-anak, sediakan sarapan, lipat dan sidai kain baju semua la.. 

Sebagai isteri , aku tetap melaksanakan tanggungjawab pada suami seperti biasa..Aku pun tau limitation sebagai isteri, ibu dan jugak blogger. Lagipun aku bukannya blogger popular, tak kisah trafik rendah atau tinggi, yang penting kepuasan berblog pada diri sendiri tu je dan blog aku ada pembaca. Sebenarnya banyak benda kita boleh buat kalau kita bijak menguruskan masa..

Mrhubby tak membebel, prinsip dia mudah je, kalau aku blogging dia tak marah, so kalau dia kusyuk main game, jangan bising kat dia..tu je..Lain dari tu kami saling bekerjasama..Insyaallah takde hal la..:)

Bila terlebih rajin..

Salam,

Sori lah bebanyak, update kurang hari ni..huhu. Ni aku nak show hasil kerja malam tadi bila aku dah terlebih rajin..Kuasa makhluk mana yang rasuk sampai aku boleh menghasilkan ini..Bukan 1 tapi 3 bekas tuu..


Aku buat lebih ni pasal nak bagi orang..untuk aku sebekas besar tu..pastu bagi kat taska zara dan bagi kat jiran sebelah. Malu la aku, jiran sebelah ni dahlah jahitkan baju kurung aku cepat je, pastu bagi pisang la, gorengkan kerepek pisang idaman aku laa..takkan aku tak reti nak berbudi kan? 

Aku rasa sedap je, tapi kalau orang nak rasa tak sedap, nak buat camana kan? hehehe..Aku ok jerr...Triffle ni korang tak tau ke? Triffle ni ada 3 lapis - lapisan bawah kek gulung, lapisan tengah kastard, lapisan atas ni ada buah koktel dan jeli tu...senang sangat buatnya...

Korang nak try? Korang google je resipi ni..Confirm banyak keluar...cubalah yea..:)

# Tahniah pasukan Harimau Muda menang 2-1 lawan Lebanon malam tadi..Chaiyokk #

Sayang ibu dah besar kuat berangan

Salam,

Hai..Macamana hari ni? Kejap kan jumaat..Hari ni betul-betul aku rasa penat sangat, semalam beria-ia buat macam-macam keja, rajin tak pasal-pasal..Kuasa apa ntah masuk dalam badan aku ni..Pukul 12 tengah malam, baru aku dapat baring rehat dan tido..Fuhh, hebat tak hebat aku? Hehehe, kuasa supermom!

Pagi ni nak amik report kad zarif, nanti aku update dalam blog. Tunggu je ok..Siap tanya, kalau dia dapat no.1 sampai 5 takkan takde hadiah? Waaa, demand nampak? :)

Korang nengok zarif sekarang, mentang-mentang dah besar, kuat berangan tau. Eh, tapi aku tak amik gambar zarifnya..Cuma nak bagitau je, sekarang asiklah guna gel rambut mrhubby dok pacakkan rambut dia. Kalau tak dapat gel, dia gantikan dengan spray air pulak.


Budak bertuah ni, baru aku tau dia bawak gel rambut mrhubby ke sekolah semalam. Yang tak tahan tu siap dia gunting bekas gel ni. Bila aku tanya nape gunting? Dia jawab - "Gel tu lambat sangat nak keluar, kita gunting la, senang nak amik gelnya.." Pulak cam gitu..

23.6.11

Sempat masak ni je


Published with Blogger-droid v1.6.5



20 sifat wajib Allah


Salam,

Entah kenapa nak share tentang 20 sifat wajib Allah ni. Semua orang wajib tahu kot. Bukan nak jadi baik tapi tengahari tadi terdengar lagu sifat wajib ni kat radio, tu yang tiba-tiba teringat kenangan lalu masa sekolah agama.

Aku dan adik aku, mai menghafal 20 sifat wajib Allah ni. Kitab agama tu macam dah nak lunyai kot pasal asik selak muka surat bahagian ni je. Nak kena soal dengan cikgu, tu yang takut kalau tak hafal. Kalau sekolah rendah dulu, nak kena hafal 20 sifat wajib ni kira susah la..20 tu kira banyak siap dengan makna sekali yea..

Tapi berkat kena soal dan cikgu ajar nyanyi ke zikir ke 20 sifat wajib ni, terus melekat kat kepala sampai sekarang ni. Kalau korang nak senang ingat, aku share video zikir 20 sifat wajib ni..Bagusnya kita sesama ingatkan, ye tak? 

Asik hiburan je, sesekali jom belajar agama..Aku ni pun banyak dah lupa, nak kena asah balik ni..


Manual atau Online?

Salam,

Nak tanya korang kan lebih prefer buat bayaran bil atau bayaran apa sekalipun macamana? Suka bayar secara online ke atau bayar secara manual?

Sajalah tanya ni kan, pasal aku adalah antara orang yang pernah la jugak membeli barang secara online dan bayar-bayar online..Setakat ni alhamdulillah, tak pernah ada masalah. Bersyukur sebab dipermudahkan berurusan dengan orang-orang yang jujur..:)

Lagi satu bayar bil pun aku suka bayar online. Dulu bayar jugaklah manual, tapi masalah utama bila nak bayar bil cara manual tu adalah nak dapatkan parking..Jalan kat bandar dahlah sesak (mengalahkan KL la pulak kan), susah nak parking, lepas tu orang majlis atau polis trafik dok berkeliaran cari mangsa (kot ada yang parking kat double line ke, atau takde kupon parking kan) so aku lebih prefer bayar bil online.

Mudah memang sangat mudah. Bil Astro, TM Net, Air, Elektrik segala-galanya online..:) Aku buat akaun khas Maybank semata-mata nak bayar online la..Sebab tu dalam tu takde duit banyak, hehe. Duit hanya dimasukkan khas untuk segala-gala pembayaran.

Tapi ada jugak member-member aku kat sini lebih suka dan percaya pada pembayaran manual. Terutama mereka-mereka yang dah berumur tapi ada gak seusia aku yang suka cara manual. Aku tau, pasal diaorang rasa lebih puas dan nampak dengan jelas duitnya dibayar kepada siapa..Betul tak? Kalau bayar online kan, macam ada rasa, "eh, ok ke ni? betul ke duit dah bayar ni?" Macam ada rasa cuak-cuak gitu..Kan?

Pada aku terpulang pada masing-masing kan. Macam aku yang memang tak suka benda yang remeh temeh, beratur panjang-panjang, menunggu, menyusahkan dan menyesakkan, memang online adalah pilihan terbaik tapi kena redha dan tawakal je lah (takut-takut kena tipu ke apa ke kan..)

Bagi mereka yang rajin untuk berjalan, beratur dan setia menunggu, cara manual adalah pilihan terbaik..:) Yang pastinya kalau bayar secara manual ni, insyaallah tak akan ditipu punya..:)


Hapuskan igauan itu

Salam,

Dah pun hari khamis hari ni..Esok dah jumaat, ler cepatnya masa..Ok, insyaallah aku berpuasa hari ni bersama-sama kawan-kawan ofis yang lain. Mudah-mudahan dipermudahkan la semuanya..:)

Pagi-pagi datang ofis, on pc, bukak blog dan bukak paper online. Tiba-tiba tertarik dengan berita ni;

“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

Sumber - sini.


Ha, sapa yang nak jiwang sokmo dengan seth tan, kena ingat watak tu hanya fantasi. Mungkin ada kot suami yang romantik sangat cam tu, tapi kena jelajah la ceruk-ceruk mana serata malaysia ni baru jumpa..Macam aku pun dah nak masuk 8 tahun kawin, kalau tertido kat luar bilik, takde maknanya mrhubby nak angkat bawak masuk bilik..Kalau ada pun nak berangkat masuk ke bilik, ada maksud lain la tu, huhu.

Kesimpulannya, kita bersyukur je dengan suami-suami kita ye tak? Tuhan dah tetapkan jodoh. Suami kita tu tetap terbaik untuk kita. Kalau tak romantik sekalipun, suami kita tu tentu ada kelebihan lain kan?

Dahh, hapuskan watak seth tan tu dari ingatan...:)


22.6.11

Siapa Sami Yusuf?



Salam,

Tengahari tadi nengok tv Al-Hijrah..Sekali ternampak la video seperti yang aku share ni..So, aku pun tanyalah mrhubby..

"Sapa Sami Yusuf ni?"
"Awak tak kenal ke?" Aku geleng kepala je..Macam pernah dengar la nama ni tapi tak familiar.

"Awak mana nak kenal ni semua, Paris Hilton awak kenal la.." fuhh, selamba je sound aku..Macam nak tersedak nasi yang aku tengah makan tu.

By the way, sapa Paris Hilton tu? Aku kenal Maher Zain..:)

Nak kenal Sami Yusuf? Jom tengok sini.

Her = Me?

Salam,

Aku suka nengok gambar ni..Rasa macam nengok diri sendiri kat sini..:)

Jom derma darah


Salam,

Hari ini, Unit Tabung Darah dari Hospital Batu Pahat menganjurkan program derma darah di UTHM. Ini bagi menampung keperluan penggunaan darah di hospital tersebut. Korang pernah derma darah tak? Opps, sebelum tu, tau tak jenis darah korang? Mesti ada yang tak tau kan..Pegi check..penting untuk tau tu..

Macam aku ni jenis darah AB..AB ni untung sikit. Kenapa untung? Pasal dia boleh menerima darah dari semua jenis darah, baik A, B, AB mahupun O. Dan sesiapa yang jenis darah O tu, kalau cukup berat badan dan boleh menderma, pergilah derma ok..Orang yang punya darah O kan baik hati, dia boleh menderma pada semua jenis darah..:)

Aku ni kalau boleh bagi darah, aku dah bagi dah... Dulu pernah lah nak bagi, tapi nurse suruh balik pasal berat badan aku tak cukup, dia takut kalau aku derma darah, pengsan pulak..Lagi satu, aku ni dahlah ada low blood, huhu. So, aku rasa sampai sekarang pun berat aku still tak cukup..

Dan aku bangga bos aku derma darah tadi, dah 3 kali dah dia menderma..Aku tanya ramai ke yang derma darah.."dia kata boleh tahan jugaklah.." Baguslah kan, kesedaran orang ramai terhadap kempen derma darah ni berkesan. Mudah-mudahan sedikit amalan yang kita buat ni mampu menolong dan menyelamatkan nyawa insan-insan yang sangat memerlukan..

Nokia N9 - telefon pintar Nokia

Salam,

Syarikat gergasi alat komunikasi yang berdepan masalah, Nokia, menyatakan bahawa musim barunya kini telah bermula dalam usaha melindungi pasarannya daripada persaingan daripada syarikat lain seperti Apple dan Samsung.

Ketua Eksekutifnya, Stephen Elop, berkata syarikat berpangkalan di Finland itu telah berjanji membaik pulih syarikat, yang suatu ketika dulu adalah peneraju utama telefon bimbit di peringkat dunia. 
 
Baca berita lanjut di sini.

Cun tak handphone ni?





Kalau nak tau pasal full spec hp ni boleh baca kat sini.. Nak tau pasal pendapat pembaca dan pengguna hp N9, pegi sini.
 
Insyaallah hp Nokia ni boleh bersaing dengan iPhone dan seangkatannya..Hp N9 ni dah ada kat pasaran Malaysia ke? Rasanya baru keluar kat Singapore kan...
 
 

Bila penyakit dah datang

Salam,

Selamat pagi. Hari ni mrhubby mc. Bukan suka-suka, tapi dari malam tadi dia tak sihat. Ni semua sebab penyakit sinus la. Sinus? Tak tau, kalau dalam bahasa tradisionalnya resdung la..Kesian kat dia. Patutnya malam tadi nak main futsal, tapi nengok keadaan dia yang macam tak stabil tu, so aku cakap tak payah main la..

Aku rasa sapa yang ada resdung, dia tau la kot simptom-simptom penyakit ni kan..Mrhubby selsema, bersin tak sudah-sudah, lepas tu susah nak bernafas pasal selsema tu dah macam menyekat saluran pernafasan, nak bernafas lalu mulut je la..Plus dia rasa telinga macam tersumbat laa..

Malam tadi jugak pergi klinik check, doktor kata tekak dah bengkak la pulak, macam nak demam..So dapatlah segala ubat-ubat dan doktor bagi mc untuk hari ni..Pagi ni still dia masih tak sihat dan aku suruh dia rehat je. 

Korang tau apa ubat atau rawatan yang bagus untuk penyakit resdung ni selain berpantang makanan tertentu? Kalau ada, boleh share..Terima kasih.



21.6.11

Sukan PASTI (Final)

 best tak zara tido..tak peduli pun bunyi bising

 yana yang dah ngantuk

 aku dan mrhubby juga dah penat

 before game akhir start

lastly dapat 2nd place

Salam,

Ok..ni last dah ni cerita pasal sukan zarif..hehe. Sebenarnya ada gambar lagi, tapi cukuplah ni yea..Aku kan suka letak gambar banyak-banyak ni..:)

Kalau nak nengok video dia main bola, boleh baca entry ini. Senang citer, aku berada di stadium kluang dari 8.00 pagi sampai lah ke pukul 5.00 petang..Penat ohhh..

Malam tu konon nak nengok rancangan mari menari ke, nak nengok cerekarama semua melayang..Nengok dalam mimpi je, hehe. Tapi aku enjoy..Suka bila ada aktiviti dengan anak-anak..:)

Ini semua kenangan untuk zarif. Lepas ni dia dah tak sekolah tadika lagi. Zarif akan mula sekolah rendah. Bakal bermula fasa baru untuk zarif..Tiba-tiba aku pulak yang sedih..

Ye, aku sangat pentingkan tulisan..

Salam,

Aku rasa ni memang satu masalah besar pada aku. Aku memang agak cerewet tentang font @ tulisan. Baik menulis mahupun menaip di dalam komputer. Kalau korang perasan pun, aku suka tukar font dekat blog. Dan aku pernah jumpa font kat blog orang lain yang lebih cantik..Actually cantik tu subjektif kan? Mungkin korang akan kata, "font ni huda kata cantik? tak cantik pun.." Tapi yang nengok ni mata aku...Asal aku nengok cantik, dan korang boleh baca ok la kan..:)

Tak taulah kan, memang dari awal sekolah dulu aku pentingkan tulisan. Aku suka tiru tulisan orang yang cantik..Sanggup aku tiru tau..Dan sejak sekolah pun sampai masuk uitm orang dok cakap tulisan aku cantik, padahal tak cantik pun..Cantik kat mana pun aku tak tau. Bos sekarang pun pernah kata tulisan aku cantik..huhu.

Yang aku ingat, time sekolah rendah dulu, ada satu student chinese ni, tulisan dia memang menarik perhatian aku la..Cantik dan kemas. Aku sanggup tiru cara dia pegang pen dan cara dia duduk menulis. Puas hati dapat tiru sama tulisan dengan dia..:)

Kalau dah kerja dengan kerajaan ni lagi la, kalau nak menaip surat, font yang dibenarkan adalah Arial ataupun Times New Roman..Huhh, dua-dua pun aku tak suka. Tapi kena la jugak ikut kan. Kang, dikata melanggar arahan pulak..

Kalau nak menaip surat tu, aku akan pastikan font yang dipilih mestilah cantik dan fine. Aku nak bila aku print, tulisan kat surat tu jenis yang smooth dan cantik mata memandang..hehe. Nak describe lebih-lebih pun korang tak faham kan..Aku je yang tau..Sekarang ni jenis font yang aku suka adalah Microsoft JHengHei (font ni kalau print kat paper nampak tajam dan cantik).

Sama je kalau menulis, aku cerewet..kerek ko, kerja kerajaan tapi takmo pakai pen kerajaan..Tak best la kononnya..huhu. Jadi aku lebih rela membeli pen, pasal pen jugak akan mempengaruhi tulisan aku. Biasanya aku lebih suka beli pen yang jenis FINE..Dapat yang X-FINE atau S-FINE pun lagi bagus..FINE tu maksudnya mata pen tu tajam la..Lagi satu jenis mata pen adalah MEDIUM kalau tak silap..tu jenis yang bulat-bulat. Aku lagi suka FINE yang 0.5mm..Macam mrhubby dia lagi suka yang bulat-bulat stok 0.7mm ke 1 mm..Masing-masing ada citarasa kan..? See, sampai nak beli pen pun aku cerewet tau..memang mental la aku ni..Ada ke orang yang problem macam aku?

So, kalau korang nengok-nengok aku tukar font kat blog ni janganlah marah, itu aku tengah bereksperimen la tu..:) Yang penting korang faham dan boleh baca, itu je..hehe.

Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor (iii)

 adik dan abang, ni bergambar pagi-pagi lagi

 dengan moksu kami..

 ok, ni lepas zuhur, mrhubby dah datang

 by this time zara dah lena..

 lawan dengan team kulai, berakhir dengan penalti

 zarif amik penalti, silap tak rakam video masa ni

 perjalanan team zarif (sri gading) hingga ke final

Salam,

Ok..sambung lagi yea..Ni kira lepas zuhur hari sabtu tu, mrhubby dah ikut kitaorang ke stadium la..Aku pulak yang suka mrhubby ada. Rasa macam tak best kan kalau mrhubby aka abah zarif takde sekali. Bila dia ada tu semangat lain macam pulak, hehe. Aku sebenarnya tak suka pergi mana-mana takde mrhubby. Bukan tak boleh berdikari, tapi rasa tak best. Macam tak lengkap rasanya. 

Incase kalau mrhubby tak boleh ada sangat petang tu aku tak kisah, tapi sebab dia dah free kan, jadi dia boleh la turut serta. Lagipun ni kan game bolasepak..Biasanya lelaki yang lebih faham dari perempuan kannnn? Zarif pun lebih seronok bila dengar abah dia terjerit-jerit dari tepi padang bagi sokongan pada dia..Aku kan pemalu, nak jerit lebih-lebih tak boleh..huhu.

20.6.11

Pokok


Salam,

Aku suka lagu ni..Simple dan mudah didengar..Meet Uncle Hussein featuring Hazama (Juara AF9)..Jom layan..

Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor (ii)

adik kawan zarif 

siap pimpin tangan lagi

 ada zara kisah?

warm up..sebelum main game

 jumpa kumpulan pertama dari mana ntah, lupa lak

 ni jumpa team mana pun lupa

 ni jumpa team lain pulak

 yana memang penjaga budak yang sangat baik

zara main dengan sapa ntah..hehe

Salam,

Seawal pagi hari sabtu aku dah bangun menyiapkan diri dan juga anak-anak serta mrhubby. Pukul 6.50 pagi zarif tumpang keta kawan dia ke kluang (tapi sebenarnya satu team bola naik keta cikgu dia..). Mrhubby pulak tumpang kawan menuju ke maktab perguruan untuk majlis anugerah khidmat cemerlang dia tu.

So pukul 7.20 aku, adik aku yana dan zara bertolak la ke kluang. Sampai stadium kluang sebelum pukul 8.00 pagi. Kira hebat jugaklah. Kamilah antara manusia terawal yang sampai ok. So, make it short lepas majlis berarak, perasmian dll, game start agak lambat lebih kurang pukul 10 lebih..Time tu matahari dah terik dah..

Actually time game berlangsung, aku macam sentap sikit, ada lah peristiwa berlaku yang buat aku rasa bengang dan bengkek je..Tapi sebab taknak mengaibkan sesiapa, maka kita lupakan jelah perkara yang dah berlaku.

Dalam pukul 12 lebih, mrhubby call cakap majlis dia dah tamat dan dia nak nengok sangat zarif main bola. So, waktu game berhenti rehat dalam pukul 1.30 tu untuk solat zuhur, aku, yana dan zara yang dah tertido tu terus pecut balik rumah kat parit raja amik mrhubby yang dah sedia tunggu kat rumah..Hebat tak hebat aku? Aku memang sangat perlukan mrhubby untuk bagi sokongan pada zarif..Lain feel dia kalau ada ayah kat padang memberi sokongan pada anak..

Truely aku sangat beruntung yana tengah cuti 4 bulan ni. Dapatlah dia tolong aku nengok-nengokkan zarif dan zara..Thanks a lot yana, jasamu sangat besar ok..:)

Yang buat aku bertambah bengang, time kat sini pulak bateri kamera buat hal, aku terpaksa bergantung pakai kamera phone dengan bateri yang dah agak nyawa-nyawa ikan..Sakit jiwa, but overall semua ok..

Nanti aku sambung lagi ok..:)

Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor (i)

 muka fresh baru sampai pagi-pagi

 gelanggang bolajaring

 gelanggang bolasepak

 e'eh comelnya ada yang pakai topeng..

 bayangkan 20 sekolah tu, nak berbaris..

 see, ceria nya zarif..:)

muka zarif ngam betul dengan telinga gajah tu

Salam,

Ha nengok dulu gambar ni yea..nanti aku upload lagi..cuba nengok pasukan zarif siap pakai telinga gajah semua..Aku pun baru tau masa kat stadium tu la..Cam comel je rasanya, lagi-lagi dengan zarif..:) Cuma yang aku tak berkenan kaler baju la..Hijau sangat la..Dahlah aku tak suka hijau. Zarif pulak kulit gelap, pakai hijau..hmmm..

Ok, next entry aku akan citer dari awal ye. Nak citer sekarang, mood ke laut pulak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...