7.10.11

Baru hari Jumaat eh..

Punyalah aku ingat hari ni hari sabtu..huhu, terlupa pulak kan aku cuti dua hari..Rupanya baru hari jumaat eh..:)

Ni aku update jap je. Fuh, malam tadi buat kerja sampai ke lewat malam, sakit badan dan tulang belakang ni ha..Bukan aku je, tapi semua orang la. Mrhubby, adik ipar dan abah aku lagi la, toksah cakap..Sian kat diaorang mengangkut dan mengalihkan perabot, bentang karpet semua..

Aku siap dah mengeluh bagai tetiba abah aku sound, "Macam nilah dulu awak huda masa kahwin..tapi awak tak nampak dan tak rasa kan...Sekarang baru awak rasa penat kan.."

Yelah, aku akui tu..Dah nak buat majlis kawin, kalau tak penat memang tak logik la kan. Untuk makluman, majlis nikah adik aku ni je buat kat rumah, tapi majlis bersanding dan jamuan makan tu kat Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

Oppss..hari ni walaupun sibuk-sibuk, tetap aku tak lupa yang hari ni adalah hari Pembentangan Bajet 2012..Hari yang ditunggu-tunggu. Harap-harap adalah cerita yang baik untuk semua rakyat Malaysia...

Minta maaf ye, memang takkan sempat nak blogwalk korang..Nanti habis majlis aku qada' baca semua entry korang tau..Tata..

5 comments:

  1. Kakak dah boleh masuk kotak komen huda mesti tak nak lepas peluang. Dah banyak kali tak boleh masuk tau...

    ReplyDelete
  2. selamat menjalankan majlis ye...hehehe

    ReplyDelete
  3. cian..mmg letihkan..tapi tak pe hari ahad smpat rehat lagi heheheh

    ReplyDelete
  4. heee pejam celik pejam celik je masa berlalu...

    ReplyDelete
  5. ialah setelkan yg mana perlu dahulu lepas tu boleh la blogW

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...