14.10.11

Kemahiran : sila share

Salam pagi jumaat kawan-kawan semua..

Untuk pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu yang agak tekanan sikit la pada aku. Tekanan datang dari pelbagai sudut. Tapi sebagai manusia yang berfikiran positif, aku cuba menangani keadaan tersebut seadanya, alhamdulillah.

Sampai ada ketika aku terasa macam nak berenti kerja je. Confirmlah mak abah aku mengamuk dan membebel kalau aku nak berenti kerja kan..Dengan ekonomi yang tak stabil lagi ni. Tapi percayalah bukan sekarang kot kalau nak berenti tu, mungkin 2 atau 3 tahun sebelum jejak umur 60 tahun, hehe..Maklumlah nanti mesti dah nak kena sign pencen 60 tahun kan..hmmm..

Tetiba macam terbukak hati nak belajar sesuatu kemahiran yang mampu menjana pendapatan sampingan. Bukanlah nak jadi kaya..Tapi point nya di sini adalah KEMAHIRAN. Belajar something yang boleh buat kita enjoy, takdelah buat benda serupa je kan..Kalau korang tanya kemahiran yang aku ada, rasanya MENAIP je kot..Pasal aku setiausaha kan, menaip je paling pantas.

Rasanya lepas ni aku nak belajar buat pastri ke coklat ke atau cookies ke..So, i will learn from A to Z..Insyaallah, kali ni memang serius ni..Sebenarnya pun aku terinspirasi dari kesungguhan adik aku sendiri yang tak reti menjahit sampai boleh buat bisnes sendiri..Yang penting dia enjoy..Aku tau buat kerja apapun berisiko, but the term is ENJOY kalau dapat buat benda yang kita minat kan..

So di pagi yang mulia ini, boleh tak korang share, apakah KEMAHIRAN yang korang ada instead of blogging..Pasal memang ramai yang terer blogging kan..Lain dari blogging la..Contoh : gunting rambut ke, ajar anak orang mengaji ke, lukis porcelain ke, jahit manik ke, buat wiring ke dll...Rasanya setiap orang pasti ada kemahiran tersendiri kan..Share please, mana tau kemahiran yang korang ada boleh memotivasikan aku..Thank you!



10 comments:

  1. huhu....

    akak balik dari UK dulu, belajar menjahit juga...

    dah ok dah setakat jahit baju sendiri tu.

    Kemudian belajar juga jahit manik ni sikit2...

    tapi skrg tak boleh dah, mata dah kurang awas..

    memang tak boleh bila nak cuba menjahit guna mesin tu. Sikit2 bolehlah, lepas operate mata tak cuba lagi jahit, tapi terus malas..huhu

    kalau minat apa salahnya belajar kan huda...

    Untuk diri sendiri juga...

    ReplyDelete
  2. jgn berenti kerja ...susah nak dapat kerja sekarang

    ReplyDelete
  3. Kalau ajar mengaji lama dah kakak buat. Kakak boleh jahit baju juga tapi pinggang panas tau kalau lama menjahit. Jadi kemahiran lain tak adalah. Kalau pencen kelak kakak duduk rumah nak jaga babylah kakak suka anak-anak hihi....

    ReplyDelete
  4. hmmm...akak boleh cubo buat something new tapi jgn terus berhenti kerja...buat secara part time...then tanamkan minat insyallah berjaya..;)

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu pikir mcm tu. Apa lah kemahiran yg boleh belajar. Masalahnya saya ni minat bermusim. Sekejap je minat 1-1 benda tu.

    Tapi yg saya suka jahit manik. Tapi berpinar biji mata..huhu

    ReplyDelete
  6. try semua huda..menjhit, wat coklat ke biskut ke or roti ke..apa2 jelah..actually pada kita minat tu klu dah buat hari2 mmg akan dtg..selalu ada bisikan malas jek dalam diri yg buat diri jadi pasif..tak nak jadi positif :)

    ReplyDelete
  7. baking or any crafts.. you could start with part time business first then bila establish and stable baru la buat sesuka hati

    ReplyDelete
  8. Masa bujang dulu jahit manik, ambil tempahan buat bunga pahar. sekarang tlg orang tua jual satey. Apa yg saya perasan, minat akan berlari ikut usia.

    ReplyDelete
  9. klu suka menulis, boleh juga cuba bakat dengan menulis buku..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...