30.6.11

Cuti-cuti..

Salam,

Hari ni aku CUTI..hehehe..seronoknya cuti ni..:). Member aku tanya kenapa aku CUTI? Nak rehat. Tapi bila bangun tido hari ni, nengok kain baju yang nak dibasuh, sangat menakutkan..Mungkin bertepatanlah kalau aku cuti hari ni kan..Harap-haraplah cuaca ok hari ni. Banyak sangat nak dibasuh tu..

Semalam bagi yang puasa, korang buka apa? Aku? Hehe, kalau tanya orang yang tak pro masak ni, of course la yang simple je kan..Ni budak sekolah menengah pun tau buat tau..Aku masak mihun singapore je, kan dah bagitau dalam entry semalam..Ditambah dengan rajin sikit, aku bancuh tepung buat jemput-jemput ikan bilis, tapi sikit je tu. Ada lebih bancuhan tepung tu pagi ni aku goreng dan bawakkan bekal zarif dan zara.

Aku insyaallah puasa lagi hari ni..insyaallah....

masakan mudah je

ada apam balik favourite aku la..:)

Myhubby siap belikan apam balik kegemaran aku ni. Actually aku tak makan sangat apam balik, tapi ada satu pakcik ni dia jual depan sekolah menengah tun aminah..Sempoi je pakcik tu, tapi apam balik dia sedap la, nak-nak lagi makan time panas-panas. Aku suka pasal banyak kacang plus rasa lah jagung dia tu..

Kalau kat tempat lain, macam isi kacang tu sikit je..huhu. Ni setakat ni aku rasa sedap la, kot ada yang duduk batu pahat tau tempat lain yang sedap, khabarkan la kat aku, nanti aku terjah yea..:)

Oklah, nak buat kerja ni..Cuti tapi sebenarnya aku tetap online, bukak jadual bos dari rumah, telefon tempat aku dah di'divert' kan ke hp aku, pasal taknak menyusahkan officemate aku nak menjawab segala panggilan..See, aku PA yang baik kannn..hahaha..

4 comments:

  1. hehe..memang PA yang sangat baik ni, berdedikasi walaupun cuti ya Huda..:)

    ReplyDelete
  2. klau bujang ye la merasa cuti yg bebetul cuti...dah beranak ni, ada umah sndiri nak uruskan, takde mane la cuti sgt pun...cuti dr pegi opis je la...serius aku tabik la, divert call ke hp dan still bukak kalendar bos..klau aku mmg tak layan dah...

    ReplyDelete
  3. gila baik ko udet.. coti2 pun kerja. hehe.. aku pun mcm ko udet.. kerja dalam hospital lagi! nak wat cmana...kita berdedikasi..kannnnnnn?...

    ReplyDelete
  4. takderlah kak yus..tak baik pun..sebenarnya kan walaupun cuti tapi hati tetap kat ofis..tak taulah naper..

    acik-aku cuti, budak2 sekolah ngan g taska, tulah pasal, setiap kali cuti aku memang cam gitu la, rajin tak pasal2..hehe

    noi-haah..dedikasi sangat..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...