17.6.11

Hanya Abah

Salam,

Ok..dah abis dah..Nora Elena dah abis. Seth Tan pun dah takder dah..huhu. Seth Tan yang diigau-igaukan oleh kebanyakan kawan-kawan termasuk aku..Eh tak...aku ok je, haha.

Malam tadi, aku nengok la rancangan Semanis Kurma, tajuk yang dibincangkan kalau tak silap tentang pengorbanan bapa or kasih sayang bapa, something like that la..Ermm, aku ni memang cengeng la. Nengok rancangan talk cam gitu, dengar kisah orang, dah menangis. Memang dalam hati ada taman la.

Yelah, tiba-tiba teringat kat abah..Banyak pengorbanan dia dah buat untuk kami adik beradik. Sungguh memang tak ternilai dan tak terbayar segalanya. Sampai la aku dah kawin ni dan dah ada anak ni, masih lagi tak putus-putus melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa yang baik.

Aku cuma harap Tuhan bagi kemudahan dan kesenangan dalam hidup aku, panjangkan umur mak abah. Selagi aku ada kudrat, aku cuba balik rumah dan buat apa saja yang terbaik untuk mereka, insyaallah. Tak dapat buat banyak, sikit pun jadi la.

Teringat kata-kata tetamu malam tadi, Chef Yang Jamil, "Kadang-kadang ayah ni dia terasa dan kecik hati bila anak-anak melebihkan ibu..Ayah ni dia tak nangis, pasal nak tunjuk macho kan..Tapi jauh di sudut hati, dia pun nak diberi perhatian sama macam kita bagi perhatian kat ibu,"

Oh..menusuk jauh kata-kata itu dalam jiwa aku. Bukanlah kata tak pernah beri perhatian kat abah. Tapi abah pulak pernah kata kat aku, "Abah tak kisah kalau awak tak bagi apa-apa kat abah, tapi awak dan adik beradik, ingatlah kat mak, abah kesian kat mak, kalau boleh bagi la duit ke apa-apa ke kat mak..Ingat kat mak. Abah ni lelaki..Abah tak kisah.."

See..itu pengorbanan seorang ayah. Dan aku tau abah mungkin pernah kecik hati dengan aku ataupun adik beradik aku. Mungkin, aku sedar dan dapat rasakan. 

Sempena hari bapa pada hari Ahad, 19 Jun ini, aku nak amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada abah aku. Terlalu banyak pengorbanan yang abah dah buat untuk aku dan adik-adik. Sampai aku tulis entry ni pun aku sedih dan menangis. Pasal aku rasa apa yang aku buat untuk abah masih tak setanding dengan apa yang abah buat untuk aku.

Kadang-kadang aku bukan taknak cakap dengan abah, tapi pasal aku lebih rapat dengan mak kot. Aku tau aku pun bukanlah anak yang baik pun. Sedari kecil sampai lah aku dah nak kawin, banyak perkara aku dah buat yang menyakitkan hati abah. Abah marah aku, abah sindir aku dan macam-macam lagi. Aku dah lali. Tapi semua aku tak simpan dalam hati. Segala-gala yang berlaku punya cerita sendiri dan buat aku kuat tempuh hidup ni. Aku tau abah sayang aku, that's why dia marah aku. Pasal dia nak jadikan aku manusia yang baik..kan?

Kalau orang tanya, siapa idola aku? Aku tetap akan cakap "Abah". Dia tetap sumber inspirasi aku sampai bila-bila..Sampai dah kawin pun, kalau boleh aku nak, mrhubby tu jadik macam abah aku., ikut perangai macam abah aku, tapi mana boleh kan..See, aku menangis waktu taip entry ni, tapi nasib korang tak nampak..:(

Selamat Hari Bapa abah...Love you forever n ever..Nak nengok abah aku? Baca entry ini



1 comment:

  1. ayah zakiah dah takde..sedih sangat sebab dah tak dapat peluk dan cium ayah..huhu..kalau cakap mak mak ayah dan anak-anak memang cepat sebak kan kak..kalau tengok halaqah sentuhan qalbu lagi la..nagis je nanti..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...