28.4.11

Al-fatihah buat mak..


Salam,

Innalillah, awal pagi ni mrhubby terima panggilan telefon yang boleh aku jangkakan. Mak telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.15 pagi.

Mrhubby dah menuju ke hospital jam 3.00 tadi. Aku tengah pack barang-barang sementara kids masih tido lagi ni. Insyaallah aku akan drive sendiri bawak kids lepas solat subuh nanti.

Masih terkejut dengan keadaan yang berlaku. Semua secara tiba-tiba saja. Aku redha dan terima ketentuan darimu Tuhan. 

Al-fatihah....................

27.4.11

Turn Back Time




IF ONLY I COULD TURN BACK TIME..IF ONLY I COULD TURN BACK TIME..

If only i could..If only i could..

Jenis-jenis strok / angin ahmar

Salam,

Kejadian semalam masih menghantui aku sampai ke hari ni. Mrhubby kata takde semangat nak pergi kerja, tapi aku bertanggungjawab nak bagi semangat pada dia atas kejadian yang tak disangka-sangka ni. Mak mentua masih lagi berada di hospital. Aku cuma harap dia cepat sembuh walaupun aku tak tau apa akan jadi pada masa akan datang.

Rentetan tu, aku nak share tentang penyakit strok pada yang tak tau..Aku pun sama, tau sebut je, tapi kali ni kita belajar dengan detail sikit.


APAKAH STROK / ANGIN AHMAR

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen

Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa


ADA 2 JENIS STROK / ANGIN AHMAR UTAMA;

THROMBOTIC/ISCHAEMIC STROKE
Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat


HAEMORRHAGIC STROKE
Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah


Yang mak mentua aku kena adalah strok yang kedua ni - HAEMORRHAGIC STROKE.


FAKTOR RISIKO UNTUK ANDA MENDAPAT STROK / ANGIN AHMAR ADALAH;

# Tekanan Darah Tinggi 
# Kencing manis 
# Paras kolesterol tinggi 
# Merokok
# Berat badan yang berlebihan
# Cara hidup tidak aktif (sedentari) 
# Tekanan/stress
# Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
# Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan 


APAKAH GEJALA STROK / ANGIN AHMAR?

# Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
# Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
# Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
# Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
# Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
# Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
# Sukar menelan


RISIKO UNTUK MENDAPAT STROK / ANGIN AHMAR BOLEH DIKURANGKAN MELALUI;

# Kawal tekanan darah
# Kawal tahap Kolesterol
# Kawal penyakit Diabetes
# Amalkan cara pemakanan sihat
# Berhenti merokok
# Kerap bersenam
# Menangani tekanan mental
# Kurangkan pengambilan minuman keras 


Kalau sesiapa nak tau tentang sokongan pesakit strok / angin ahmar, boleh klik link di bawah;


Ok, semua info yang aku dapat dekat sini atau korang boleh je ke portal MYHEALTH. 

 
Kesimpulannya, apa yang berlaku semalam membuatkan aku terfikir betapa kita perlu sangat-sangat hargai ibu bapa selagi hayat mereka ada dan sentiasa berbuat baik..

Aku tak tau apa nak cakap lagi, hakikatnya aku speechless dan aku cuma berharap semoga mak mentuaku cepat sembuh..

26.4.11

Semoga mak cepat sembuh..



Salam,

Aku cuma harap pada semua pembaca blog ini tak kisahlah siapa dapat mendoakan kesihatan mak mentua aku. Dia terjatuh di rumah pagi tadi dan berada di wad sekarang. Doktor mengesahkan mak mentua  menghidapi pendarahan dalam otak disebabkan tekanan darah yang tinggi dan strok di sebelah kanan bahagian badan.
 
Jujurnya aku sedih dengan apa yang berlaku. Segalanya di luar kawalan dan perancangan kita sebagai manusia.

Hargailah orang tua kita selagi hayatnya ada. Walaupun mak mentuaku masih ada lagi, tapi kesihatan dia mungkin tak akan sama seperti sebelumnya. Aku cuma mampu doakan segalanya pulih seperti biasa..AMIN.

Nusyuz

Salam,

Hari ni aku nak share tentang ilmu agama berkenaan NUSYUZ. Aku rasa ramai isteri-isteri lupa apa itu NUSYUZ. So, pada sapa-sapa yang dah lupa ataupun tak tau, jom kita review balik. 



PENGERTIAN NUSYUZ

Seseorang isteri itu derhaka atau mengingkari perintah suaminya tanpa sebarang alasan atau sebab yang dibolehkan. Isteri yang nusyuz tidak mempunyai hak untuk menerima nafkah daripada suaminya  dan dia juga tidak akan mendapat giliran bermalam jika suaminya berkahwin lebih daripada seorang isteri (poligami)



PERKARA-PERKARA YANG DIANGGAP NUSYUZ

# Seseorang wanita itu keluar dari rumah dengan tidak meminta izin daripada suaminya.
# Isteri yang menolak ajakan suaminya ke tempat tidur
# Isteri yang ingkar dengan perintah suami yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
# Isteri yang bersikap kasar, kurang ajar dengan suami serta tidak melayani suami dengan baik.



KESAN NUSYUZ

# Isteri itu sekaligus kehilangan haknya sebagai seorang isteri.
# Nafkah untuk isteri itu bukan lagi tanggungjawab suaminya. Isteri tidak akan menerima nafkah lagi.
# Isteri tidak akan dapat layanan yang adil dan baik daripada suaminya.
# Sebarang tuntutan tidak boleh dibuat oleh isteri yang nusyuz.


Kalau boleh, hindarkanlah diri kita daripada menjadi isteri yang nusyuz..nauzubillah. Sayangkanlah keluarga kita. Setakat gaduh-gaduh dengan suami tu, takkanlah sampai nak lari dari rumah kan? Selagi isteri tidak dicederakan oleh suami, dia memang tak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami..Boleh faham kan?

Harap kita sama-sama dapat manfaatnya..

Sumber : Buku Hadiah buat Muslimah - Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman

Makanan dilarang jual di kantin sekolah

Salam,

Berikut adalah senarai jenis makanan yang dilarang jual di kantin sekolah;

# Mi segera
# Gula-gula dan Coklat
# Konfeksi ais dan aiskrim
# Makanan yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan kecuali susu berperisa
# Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget
# Makanan jajan mengandungi permainan seperti cincin, gincu, gambar dan belon
# Semua jenis makanan yang disertakan permainan, cincin, gambar, belon dan lain-lain
# Jeruk masam, masin, manis, basah atau kering, asam masin, mangga dan kulit limau
# Makanan luput tarikh
# Minuman beralkohol
# Teh dan kopi
# Minuman berkarbonat

Semua jenis makanan ini dilarang dijual mulai bulan depan. So pada penggemar nasi lemak, masih boleh dimakan cuma ia dihadkan kekerapan penjualannya. Yelah, takkan nak makan nasi lemak hari-hari kot..

"Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer"- Berita Harian


Aku setuju jelah apa kerajaan buat ni, benda ni untuk kebaikan pun kan..Ibu bapa kena amik berat sikit..Banyak-banyak jenis makanan kat atas ni, of course la si zarif n zara lebih tertarik pada gula-gula dan coklat..Tipulah kalau ada budak tak makan kan..Tapi bukanlah hari-hari dan setiap masa diaorang makan.
Kalau aku kira BMI Zarif kan, dia punya berat badan unggul. Orang nampak dia chubby dekat perut je..Mungkin dia dah semakin meninggi, tu kot yang boleh tampung dia punya berat..hehe.

Aku pun tak tau, naper aku panggil dia obes..mungkin bila orang nengok saiz badan dia yang tak setanding umur kan..Cuma aku terus pantau je la pemakanan dia, setakat ni ok lagi.. Insyaallah by the time dia sekolah nanti, confirm kurus..


*By the way, jangan ingat orang gemuk je banyak makan makanan yang tak sihat, orang badan kurus pun sama je, makan kadang-kadang tak ingat dunia..*

25.4.11

Terima kasih bos



Salam,

Terima kasihlah kepada encik bos yang baru balik dari Chennai, India yang telah membelikan aku benda kat atas ni. Makanan la kan, apa lagi..Nampak tu caranya - JUST HEAT AND EAT.

Bos kata tak sempat nak kemana mahupun berjalan-jalan. Jadik dia sempat belikan ni je..Oklah tu, baik ada dari takde langsung kan..:)

Terima kasih sekali lagi..

*Entry aku hari ni, semua entry bergambar kan...aku memang suka, baru rasa feel nak berblog..:) *

Kisah Hati - Alyah



Salam,

Serius, ini video klip yang aku tunggu-tunggu. Lagu dahlah best dan sedih. Ditambah pulak ada hero pujaan si remy ishak, haruslah aku upload ke blog kan..Remy Ishak sangat macho ye dalam video klip ni kan? kan? Sila akui itu..hehehe..


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Zara dan wilayahnya


 Dahlah pakai cermin mata terbalik, huhu..

Ni kawasan saya tau, jangan kacau..

Salam,

Ni lah kawasan saya, sila jangan kacau ok..haha..

Ha, inilah dia bila ada anak perempuan yang sangat gurlish..sangat best ok.. Walaupun penat nak mengemas tapi seronok nengok dia main permainan seadanya, takder nak mintak mainan baru pun..:)

Mainan motor tu zarif punya masa kecik-kecik. Masih elok lagi, alhamdulillah..Kalau dia dah main cam gini, janganlah kacau barang dia terutama 'anak-anak' dia..:)

Awak buat lawak ke?

Salam,

Selamat pagi isnin..Semoga ceria hendaknya di hari ini dan jugak selamat bekerja yea..Nak citer sikit situasi petang semalam masa aku dengan mrhubby keluar ke bandar jap.

"B, awak nampak cantik hari ni..macam muka faizah elai.."

Tetiba rasa nak tergelak, tapi sebenarnya dah gelak pun.."eh, awak ni kenapa ye? buat lawak ke apa?"

Untuk pengetahuan, mrhubby adalah manusia yang suka memuji, patutnya suka la kan pasal pasangan suka memuji tapi sebaliknya pulak aku yang susah nak menerima pujian..Memang susah sangat..Sebab aku selalu fikir betul ke puji aku ni? Ni puji ikhlas ke atau nak sindir?

Tak kiralah pujian tu datang dari siapa pun, memang agak susah aku nak terima. Ok, sambung balik citer aku tadi..

"Kenapa awak cakap saya macam muka faizah elai?" 

*Korang kenal tak faizah elai? Yang berlakon dalam citer asmara tu (nengok gambar di bawah)



"Mungkin sebab awak pakai tudung macam gini kot.."

"Hmm..yelah tu." (sambil tergelak-gelak lagi..). Sebenarnya kan aku tak pakai tudung-tudung cam gini pergi kerja pasal aku rasa muka aku bulat plus tunggulah aku ada baju kurung baru. Sekarang semua baju-baju kurung lama, so pakailah tudung lama..eh, boleh gitu ek?



Sanggup suruh mrhubby amik gambar ni semata-mata nak nengok kat mana datangnya sama muka dengan faizah elai tu? hehehe..

Nampak bulat kan, terutama tang pipi tu..Tak suka lor..

24.4.11

Rombongan zarif (finale)









Salam,

Ha, sambung lagi update..malam tadi aku sakit perut lepas tu ngantuk, nak nengok cerekarama yang ada shahz jaszle tu pun ala-ala je. Serius, ngantuk.

Pagi ni baru semangat sikit. Korang nengok je lah ye gambar zarif g rombongan ni. Ini je gambar2 nya. Oklah kan dari takder langsung..:) Insyaallah kalau ada apa saja program yang baik untuk zarif, aku akan bagi galakan, mudah2an dia dapat manfaat dan kebaikan dari segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah (cheh, skema giler ayat..)

Ok, nak sambung mengemas, lepas tu nak pegi kenduri kawin dan balik rumah parents..Full jadual..Insyaallah ada kesempatan aku akan update entry baru.

23.4.11

Rombongan zarif (i)

Salam,

Hari ni kan zarif ada rombongan sekolah ke Pusat Pertanian Air Hitam (aku rasa dah ada nama baru la) dan ke Zenxin (tempat tanam sayur organik) - sapa nak menujuk ke Kluang Johor confirm tau tempat ni.

Aku memang takder hal zarif nak pergi ni walaupun dia baru je sekolah tadika. Mulanya aku ingat mesti tak ramai parents yang nak lepaskan anak dia pergi rombongan ni kan. Yelah mungkin kot diaorang risau pasal keselamatan anak-anak yang kecik lagi ni ditambah pergi pada hari Sabtu pulak kan.

Tapi, sangkaan aku memang meleset sangat. Rupanya parents zaman sekarang ni dah berfikiran terbuka. Kebanyakannya semua bagi anak-anak pergi rombongan ni. Aku memang suka zarif bercampur gaul dengan ramai orang dan kalau boleh nak bagi dia more exposure dengan dunia luar.

Alhamdulillah perjalanan bermula pukul 8 lebih sampailah diaorang balik pukul 3 petang. Syukur semuanya selamat.

Macamana aku boleh dapat gambar-gambar ni? Aku memang sengaja bagi zarif bawak kamera. Sekali lagi aku kena letak kepercayaan kat dia. Tapi aku bagitau cikgu dia jugak lah yang aku bagi kamera kat zarif. Aku memang perlukan gambar-gambar dia pergi rombongan ni, boleh buat isi slot dalam blog kan? :)

Malas nak bebel banyak..layan je lah gambar yang tak seadanya ni yea..







Aku nak citer lebih-lebih pun tak boleh sebab aku pun tak penah sampai sini lagi..hehehe..

*Topi tu masing-masing buat sendiri yea..*

Dah nama pun hari minggu kan..

Salam,

Ya Allah, cuaca punya la panas hari ni, kedaung betul aku nak update blog baik dari malam tadi sampailah ke hari ni..nak g blogwalking pun tak sempat..

Pagi tadi tinggal aku n zara je kat umah. Zarif ada rombongan sekolah (nanti aku upload gambar), mrhubby pulak ganti sekolah (kata ganti deepavali) lepas tu petangnya terus sambung dengan mesyuarat PIBG..ha, sibuk kan. Nengok cikgu, hujung minggu pun kerja tau.

Mak abah datang singgah umah tadi, diaorang dari air hitam, biasalah beli barang kawin rai..Diaorang bawak nasi mandi (pronounce as 'mendi')..Fuhh, memang minggu ni confirm aku rasa bertambah 1kg ke 2kg ni..:)

Nah, aku bagi gambar lagi..semalam berdating lagi dengan mrhubby, lepas balik dari amik barang tupperware (lupa lak nak amik gambar barang), singgah jap makan-makan.

 Sedapnyaaa...

 Soto, my all time favourite
Banyak kan tauge dia, tapi aku ok je, janji sedap..

Nasi ayam untuk mrhubby

Makan ni pun takder kids..haha..sangat kejam ok..:) Nanti zarif obesiti, sekarang dah kena kawal zarif makan..

Ok, dah..Nanti aku upload lagi gambar-gambar yea, sabar-sabar..Aku nak nengok ulangan Maharaja Lawak jap lagi ni..

22.4.11

Time ni la nak kelam kabut

Salam,

Tiap-tiap pagi kan, si zara mesti nak buat perangai tau. Lately ni asik nak nangis je..geram betul..Lepas tu, sibuk pulak nak pergi taska nak pakai stokin bagai ni semua.

Tak agak-agak, takmo pakai stokin yang pendek, nak pakai stokin panjang ni..nasib muat lagi kot..time kelam kabut nak pergi keja ngan sekolah ni ler, dia nak buat hal..


Ni apa pose cam gini?
Ingat lady gaga ke?

Muka baru bangun tido..kusut..

Aku suka, nak beli jugak!

Salam,

Selamat pagi jumaat..Best..best, dah hari jumaat..Confirm hari ni ofis sunyi sepi sebab ramai yang cuti. Petang pun aku takder sebab nak pegi pejabat peguam nak sign-sign dokumen untuk rumah..

Ok, pagi ni nak ajak nengok hasil kerja seseorang..pasal topi lagi..yeay! Aku memang suka la topi-topi ni semua..Sweet sangat untuk zara. Kalau anak laki aku confirm takmo pakai, dia susah sikit..


Yang buat bisnes buat topi ni adalah adik aku..Gambar topi kat atas adalah jenis yang terbaru la dia buat..Dan aku suka sangat, nampak so 'gurly'. Adik aku namakan 'The Leia Hat'.

Korang boleh survey-survey topi kat blog dia, atapun pegi kat web baru dia - www.okinokiyo.com. Seronoknya kalau nak tempah topi dari sini, korang boleh pilih kain sendiri, baru puas hati.

Adik aku ni fulltime buat bisnes ni. Seronok tau boleh buat kerja dari rumah, ada masa dengan anak. Masa schedule sendiri, tapi kena disiplin la..




See, anak sedara aku yang comel lote ni..Cute je pakai leia hat ni..Geram betul, tak sabar aku nak belikan untuk zara..Mesti comel je kalau nasya ngan zara pakai topi ni dan keluar jalan sesama..



Rasa macam kartun ni tak? Apa nama kartun ni? Strawberry shortcake ya? Aku tak nengok kartun ni..hehe, tapi cute kan?

Berminat? Kalau minat nak beli topi untuk anak ke, nak bagi hadiah kat anak sedara, anak kawan-kawan ke atau sesapa je, pegi jengah blog adik aku, Maizura ya...

http://okinokiyo.blogspot.com


Sunhat ni bukan untuk perempuan je tau, lelaki pun boleh jugak ye..


21.4.11

Dah dapat, tapi macamana nak bagi?

Salam,

Aku dah dapat dah kawan yang jadi follower ke 50 ni..terima kasih la yea. But then, dia tak komen pun.. Tapi takper, aku jejak blog dia. Tapi nampak cam tak selalu update..How eh? Niat baik nak bagi hadiah ni..


Korang boleh pegi blog dia kat sini..Kan? Macam tak selalu update kan? So camana eh? 

Dulu masa kat blog lama pun, aku ada buat cam gini gak, sapa jadi follower ke 100, aku nak bagi hadiah gak..boleh nengok kat sini..Dan the best part is - croft ni jugak yang jadik follower ke 100 aku (tapi aku lupa capture follower ke 100 tuh).

Dan aku ada tinggalkan komen kat salah satu entry dia, nengok di bawah;


TAPI..dia takder pun nak komen balik..so camana eh? Camana nie? 

Kalau miss croft ada baca entry ni please leave ur comment..niat saya baik ni..:), saya bagi tempoh 3 hari bermula hari ini.

Kalau takder apa-apa selepas 3 hari tu, aku fikir nak bagi hadiah dalam bentuk lain..buat kuiz simple2 je..ok eh?

*Tetiba kan rasa misteri pulak..sapa croft ni yea?*

Apa nak jadi dengan aku ni??

Salam,

Lately ni kan, aku agak melampau la..melampau sangat-sangat..

Hari tu dah makan pizza..Tak sampai seminggu hari ni aku makan ni pulak;


Sebenarnya kan, terus teranglah, aku bukan fast food punya orang..Biasa kalau makan fast food confirm tak habis la..TAPI, entah apa kena dengan aku, nak balik rumah tgh tadi aku boleh mintak mrhubby belikan Chicken Chop KFC ni..

Sampai rumah, mrhubby tanya,

"Kenapa awak mintak belikan ni?"
"Kan awak tak suka chicken-chicken chop ni semua?"

Eh, banyak soal pulak..:) 

Sebenarnya kan aku pun pelik gak..Aku jawab balik, " Ke saya nak mati bang? Orang nak mati kan selalu mintak pelik-pelik kan.."

Dengar je jawapan aku tu, terus aku kena sound balik...huhu...

TAPI kan..yang sebenarnya lately ni aku pegi nengok dan baca-baca blog orang, ada antara mereka yang letak gambar chicken chop ni lepas tu menggambarkan cam sedap sangat je rasanya..So, aku pun takmo la ketinggalan kan..itu je sebenarnya, senang kata TERPENGARUH..

Dan lagi pelik, aku boleh makan dan habis dulu dari mrhubby..Aku memang jenis makan laju tapi untuk fast food mahupun chicken2 chop ni, kebiasaannya aku takkan habis makan la..Pelik kan? Nak kata aku lapar sangat pun takdelah, cam biasa-biasa je..

Tapi pelik-pelik pun, makanan dah selamat sampai di perut..alhamdulillah..

*Makan ni dua orang je, tak boleh belikan budak-budak nanti diaorang obesiti..hahaha..KEJAM*

Saya cari yang ke 50

Salam,

Tetiba hati rasa sangat baik hari ni dan insyaallah pada hari-hari yang akan datang..:) Pada jam 8.35 pagi  ni, senarai followers saya ada 47 orang (baru sikit), sama ada kamu followers berterusan atau datang dan pergi, tak apa..saya ok saja..Terima kasih banyak-banyak..


Disebabkan baik, maka saya mencari mereka yang bertuah..Sapa yang ke 50 saya akan bagi hadiah, macam kat blog-blog lain tu kan..

Sapa yang ke 50 itu nanti, sila tinggalkan komen dan terima kasih banyak-banyak yea..:). Tapi kalau kamu tak bagi komen pun takpe, saya akan kejar kamu..hehe..

Tanah oh tanah..

Salam,

Eh, macam tak percaya cepatnya dah hari khamis..esok dah jumaat, lepas tu sabtu, n ahad lepas tu hari isnin - hari gaji, hehe..lepas tu bayar macam-macam duit habis..uhh bosan..

Petang semalam, aku keluar jap dari ofis dalam pukul 3.30 gitu, pegi nursery dengan mrhubby. Nak carikan tanah buat zarif. Sekolah dia tiap petang nak buat aktiviti menanam pokok kacang, jadi setiap murid kena bawak tanah. 

Patutnya dari hari isnin dah bawakkan untuk dia tapi asik lupa je kan. Lepas tu semalam berjanji lah tengahari nak hantar tanah kat dia, tapi mrhubby ada meeting pulak, tu yang sampai pukul 4 baru dapat serahkan tanah kat dia..Kalau tak belikan semalam, mau kena ungkit sampai malam ataupun sampai pagi ni dengan zarif, tak larat nak dengar tau..
 

 "abang, ni kebun ke nursery?"

 oh..tanah dia simpan dalam ni rupanya..

ayah mithali hantar tanah kat anak
beg tanah zarif paling besar / 2rm satu beg

Baguslah zarif belajar menanam pokok, nanti boleh jadi tok tip..kalau nak harapkan ibu dengan abah ni, takder maknanya..dua-dua tangan tak sejuk..pokok semua mati..

20.4.11

Akhirnya dapat jugak aku upload video..

video

Salam,

Wah akhirnya dapat gak aku upload video ni..Ni video masa zara umur setahun sebulan (akhir tahun 2009).

video

Yang ni pulak video zara masa tahun lepas kot..rasanya la, macam awal tahun gitu..

Korang layan eh telatah budak kecik ni..:)

Bila jadi setiausaha bos

Salam,

Bulan April ni kan suppose nya bulan setiausaha kan? Tak tau ke? Tak tau takper..

Tapi kat tempat kerja aku ni cam sunyi sepi je. Takder sebarang sambutan pun..Selalunya kalau nak buat sebarang sambutan mesti mintak sumbangan bos, tapi kali ni takde apa pun. Mungkin semua orang bz kot. Takperlah, aku ok je. Kalau ada sambutan ok, takde pun aku ok gak..

Best ke jadi setiausaha? Best ke? Best ke?

Wah macam bajet bagus je. Best ke? Best la..best bila dapat bos yang baik hati..Ambik berat? Hmmm, tak sangatlah. Aku rasa bos-bos aku ni tak tau kot mrhubby kerja apa? Anak berapa pun diaorang tak kisah kot..

Kadang teringin gak diaorang tanya-tanya or amik berat, tapi what do u expect..Tak payah mintak or harapkan lebih-lebih la, diaorang baik hati pun dah kira ok..Aku datang ofis tolong diaorang buat kerja je..Lain dari tu aku tak kisah pun..Janji setiap kali mohon cuti, diluluskan dan markah prestasi aku ok, tu je dah memadai.

Lagi satu jadi PA atau setiausaha ni best, sebab kitaorang boleh masuk bilik bos sesuka hati tak macam staf lain..hehe..Kadang aku suruh je staf lain masuk bilik bos, tapi diaorang cam takut-takut pulak, mesti nak suruh setiausaha masuk jumpa bos dulu.

Time positif, kita rasa ok je jadi setiausaha  tapi time tak ok sapa yang jadik setiausaha ni rasa cam kuli pun ye gak (ke aku je yang rasa cam gitu?)

Susah bila air takde

Salam,

Selamat pagi..Hari ni aku rasa ceria sangat, oh yea? Kenapa ceria? RAHSIA..hehehe..

Sebenarnya aku pun tak tau nak update apa pagi-pagi ni..Otak kosong tiba-tiba, mungkin baru lepas makan nasi goreng beriani (perencah segera je ya..) tu yang takder idea kot.

Lagi satu, nak melahirkan rasa bengang kat SAJ yang kat Batu Pahat ni, apa kena ni? Kesian umah mak abah n mak bapak mentuaku (diaorang semua satu taman ya), dah takde air 3 hari..3 HARI tau tak? Kalau aku yang kena tu, memang dah hangin dah!!

Air kan penting untuk keperluan hidup. Dahlah tak bagi notis sejak hari ahad hari tu, tiba-tiba je takde air. Kalau ada air tangki takper, ni air tangki pun dah habis dah..

Nasib ada umah makcik aku kat bandar tu, boleh la mak abah aku menumpang kejap. Dan mak bapak mentua aku menumpang kat umah kakak ipar aku. Apa ler nak jadik..

Harapnya hari ni air dah ada semula. Haraplah eh..Kalau takder gak, aku mengamuk kang..(macam bagus..hehehe)

19.4.11

PANASS!!

Salam,

Tau tak betapa panasnya malam ni, berpeluh je aku rasa ni. Serba serbi tak kena rasanya..

Dahlah rumah takder aircond, kipas yang pusing tahap maksimum pun macam tak memberi kesan..

Rasa macam nak mandi dalam ais je ni..Takpun nak berendam je dalam air dan takmo keluar-keluar, macam budak-budak di bawah ini;


Tuhan, mohon turunkan hujan malam ini bagi sejukkan bumi..AMIN.

Bruno Mars - Grenade



Salam,

Ya Allah..serius aku mengantuk sangat ni. Kat ofis ni cam sunyi sepi je. Adoi, kawan berborak pun takde. Aku cuma terbayangkan tilam dan bantal je ni..

Meh la layan lagu dari Bruno Mars ni. Sebenarnya kan, aku tak kenal pun Bruno Mars dan lagu popular dia ni..Serius la tak tau..TAPI sejak si Nabil buat lawak kat rancangan Maharaja Lawak guna lagu ni, barulah aku tau si Bruno Mars ni kan...memang ketinggalan zaman la..

Salah siapa?

Salam,

Yea, aku pun turut nak berkongsi tentang isu MENJUAL MAKANAN LARANGAN DI SEKOLAH..Of course aku terpanggil nak share tentang hal ni pasal aku pun punya anak yang boleh dikategorikan sebagai obesiti (berlebihan berat badan), kenaikan berat badan tak setanding dengan umur.

Sebenarnya kan aku setuju sangat dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang melarang penjualan makanan dan minuman yang mengandungi gula berlebihan, makanan yang tidak sihat untuk anak-anak di sekolah. Memang setuju 100 peratus la..

Cuma kan..sebagai ibu bapa kita tak boleh la nak letakkan semua kesalahan kepada penjual makanan mahupun pengusaha kantin..Mereka yang menjual tu hanya melaksanakan tugas dan mencari rezeki. Kalau kita nak mereka yang menjual tu jual makanan yang sihat, kenalah bagi mereka kursus khas mahupun pengetahuan yang khusus tentang pemakanan yang baik pada anak-anak di sekolah.

Aku takmo menyalahkan pihak penjual semata-mata. Sekarang ni semua pihak kena bekerjasama, baik Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, pihak sekolah, PIBG mahupun pengusaha kantin dan penjual-penjual makanan yang terlibat. Cari satu jalan macamana nak mengatasi keadaan ini. 

Dalam masa yang sama, ibu bapa pun kena lah memainkan peranan penting jugak..Jangan nak salahkan orang lain je tapi diri sendiri tak ada pengetahuan tentang pemakanan sihat dan seimbang untuk anak-anak.

Aku bukan orang yang terbaik pun. Kadang-kadang makan pun main sebarang je. Cuma kita kena bijak la..Kadang bukan mudah, lagi la macam aku yang punya dua orang anak - sorang lebih berat badan, sorang lagi kurang berat badan..Nak adjust tu, payah..hehe


Tapi alhamdulillah, walaupun zarif terlebih berat badan tapi dia budak yang aktif dan bukan jenis yang malas je. Tiap petang mesti nak main dengan kawan-kawan..Aku memang galakkan la, biarlah dia berlari-lari main bola, bagi kurus sikit. Takdelah dia nak melepek je mengadap tv.

Tapi dalam masa yang sama, aku berjaga-jaga jugak pasal risau kot, takut-takut dia pengsan ke atau sesak nafas ke, tapi setakat ni alhamdulillah semuanya baik. 

Macam tu jugak soal makan. Sebenarnya takdelah setiap masa dia mesti makan nasi..Kalau orang nengok dia mesti kata aku ni suakan macam-macam kat dia..Hmm, takde maknanya..Aku sekat jugak apa yang patut. Kalau g kedai nak mintak macam-macam aku buat tak tau je. Kadang-kadang kita kena psiko jugak budak-budak ni..Cerita yang scary-scary ke kalau terlampau gemuk sangat, apa yang dia tak boleh buat. Kadang bersoal jawab jugak dengan zarif, tapi sebagai ibu bapa kita kena bijak la, kan..?

Macam malam tadi, dia cuma makan roti je. Ha, tapi satu masalah, zarif ni memang tak suka makan sayur dengan buah..So, sebagai ibu yang taklah hebat mana, aku kena jadi manusia yang kreatif dan fikirkan alternatif macamana nak bagi dia suka makan buah dan sayur ni.. Kalau zara takde hal, dia kurang suka daging-daging ni tapi dia lebih pada sayur dan buah pulak..

So, pada aku, semua pihak yang terlibat termasuklah ibu bapa sama-sama kena mainkan peranan. Jangan saling menyalahkan pihak lain.

Susah-susah sangat, bawakkan je bekal untuk anak-anak kita ke sekolah..Macam-macam resipi sihat ada sekarang ni..Klik-klik je kat internet tu.

Tak suka bahagian tu la..

Salam,

Memulakan pagi ni dengan entry yang ringan-ringan..

Korang kalau makan ayam, suka makan bahagian mana? Cuba bagitau....

Tetiba nak cakap pasal ayam eh..hehe. Bukan apa, tengahari semalam, mrhubby belikan nasi ayam, tapi boleh pulak dia amikkan aku ayam part DRUMSTICK.


Masalahnya kan, aku memang tak suka drumstick ni. Tapi disebabkan dah terbeli maka aku makan jela..Entah ek, kenapa aku memang tak suka makan drumstick ni..Macam tak tertelan gitu..Kalau g kfc ke, aku memang kena mintak bahagian yang aku suka. Tau tak aku suka bahagian mana?


Yeay, CHICKEN WING..sangat best! Masalahnya bukan aku je yang suka bahagian  ni, mak aku pun sama je. Kadang aku berebut dengan mak semata-mata nak chicken wing je..:)

Ok, itu je nak citer pagi-pagi ni..Kira mukadimah je ni, hehe.

18.4.11

Cuba ikut resmi padi

Salam,

Terima kasih pada sesiapa yang datang singgah dan baca blog ni. Hari ni mood lari sikit nak update blog..Mungkin penat lepas ber'aerobik' siang tadi..huh, alasan tak boleh pakai..:)

Sebenarnya kerja banyak..benci kan dengar alasan cam gini, kerja banyak..dah tu apa alasan aku nak bagi lagi, dah memang kerja banyak..Ok..ok..sebenarnya kan aku ada beberapa isu nak diutarakan kat blog ni, tapi aku amik satu-satu dulu..
Ok, sebenarnya aku tak tau nak mulakan camana kan..Tapi aku malas nak berkias-kias la..straight to the point je eh..

Aku kan sebenarnya tak suka la dalam dunia realiti kita ni, orang-orang yang punya pangkat, kuasa dan wang bersifat riak. Tau tak riak? Ala cam bongkak, sombong semua tu la..

Aku memang bengang kalau berdepan dengan orang-orang cam gini. Tak boleh ke bersifat 'DOWN TO EARTH'? Tak pun ikut la resmi padi - "SEMAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI"

Jangan fikir korang punya ilmu tinggi melangit korang boleh pandang lekeh je orang-orang bawahan ni tau. Aku tak tau ni aku tujukan pada sapa. Anggap ni luahan secara umum je la eh. 

Bukan apa..Bekerja dan dikelilingi dengan mereka-mereka yang datang dari pelbagai latar belakang termasuklah mereka yang berilmu tinggi ni memberi cabaran pada diri aku. Yea la, aku mengaku aku belajar tak tinggi, setakat diploma je kot..TAPIII, sila jangan pandang rendah seolah-olah aku tak tau semua perkara..Muak la aku dengan perangai orang-orang yang perasan bagus ni..

Dalam hidup ni, cuba kita belajar RESPECT atau bahasa melayunya HORMAT MENGHORMATI..Jangan ikut kepala sendiri je, macam la korang je yang betul kan? Lagi satu, cuba jadi manusia yang tidak terlalu berkira sangat..Agak-agak je sudah la..

Hmm..tak tau nak taip apa lagi ni. Kang membazir je aku taip banyak-banyak pun bukan ada orang yang baca..huhu...

Dahla, bagi aku makan dulu k..Nanti ada idea, aku update entry baru..

Jom bersenam!


Salam,

Adoii, terasa lenguh-lenguh kaki tangan semua..haha, sila padan muka diri sendiri yang tak penah senam kan..Ni baru aerobik kot, belum suruh berlari 400 meter lagi..

Sebab jarang exercise, sekali kena buat cam gini, mau tak lenguh dengan peluh yang menitik lagi di tengah panas..

Semua staf laki kena pakai baju biru dan staf pompuan pakai kaler merah..Nasib aku memang ada tshirt merah..Ala, ni saja-saja mau meriahkan keadaan.

Bersenam baik untuk kesihatan..:)

*Instructor aerobik ni memang best..sentiasa bersemangat!

Aktiviti semalam

Salam,

Semalam menghabiskan masa kejap di BP Mall..tak sudah-sudah..saja jalan, oppss, kebetulan nak pergi POPULAR nak cari notepad dan ada la benda lain..Selain dari tu, nak gak menjengah ke PC FAIR lagi, kot-kot ada benda yang murah boleh dibeli..:)

Lepas g POPULAR, mrhubby ajak makan kat PIZZA. Dah kata takmasak kan, aku follow je, kebetulan aku rasa cam dah lama la pulak tak makan luar kan..

zarif n mrhubby

zara yang confirm tak reti duduk diam

sedapnya air nii..semalam kan cuaca panas terik..haus je..

yang ni aku memang suka makan..lupa la namanya..

bersungguh-sungguh adik makan sup, jari masih ber'plaster' lagi tu..

pizza baru, lupa namanya..ingat makan je.

aik..kejapnya licin..serius lapar sangat..

PC FAIR lagi..

rambang mata la g sini, nasib duit tak banyak..

pen drive tu je aku beli kat PC FAIR, lain tu kat POPULAR..

Aku sangat menghargai masa dengan family. Maksudnya bukanlah nak menghargai tu kena pergi shopping complex kan..Kalau masak sendiri kat umah makan bersama tu pun kira menghargai dan menghabiskan masa yang kualiti dengan mereka kan?

Kes aku pasal mmg nak pergi POPULAR dan PC FAIR. Kebetulan aku mmg takmo masak sebab penat..Kenapa penat? Sebab aku membasuh kain baju yang TAK TERKIRA BANYAKNYAA..

Ok dah, takmo cakap lagi..mari kita mulakan kerja pada hari ni dengan cerianya..:)


Aku beli buku BILA ANAK-ANAK BERTANYA TENTANG ALLAH DAN ALAM GHAIB..Cara macamana ibu bapa nak menjawab kalau anak-anak tanya soalan tentang Allah dan Alam Ghaib. Macam best dan aku pun baru mula baca. Sangat bagus untuk semua parents yang punya anak sangat petah bertanya  dan bersoal jawab macam si zarif tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...