26.4.11

Makanan dilarang jual di kantin sekolah

Salam,

Berikut adalah senarai jenis makanan yang dilarang jual di kantin sekolah;

# Mi segera
# Gula-gula dan Coklat
# Konfeksi ais dan aiskrim
# Makanan yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan kecuali susu berperisa
# Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget
# Makanan jajan mengandungi permainan seperti cincin, gincu, gambar dan belon
# Semua jenis makanan yang disertakan permainan, cincin, gambar, belon dan lain-lain
# Jeruk masam, masin, manis, basah atau kering, asam masin, mangga dan kulit limau
# Makanan luput tarikh
# Minuman beralkohol
# Teh dan kopi
# Minuman berkarbonat

Semua jenis makanan ini dilarang dijual mulai bulan depan. So pada penggemar nasi lemak, masih boleh dimakan cuma ia dihadkan kekerapan penjualannya. Yelah, takkan nak makan nasi lemak hari-hari kot..

"Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer"- Berita Harian


Aku setuju jelah apa kerajaan buat ni, benda ni untuk kebaikan pun kan..Ibu bapa kena amik berat sikit..Banyak-banyak jenis makanan kat atas ni, of course la si zarif n zara lebih tertarik pada gula-gula dan coklat..Tipulah kalau ada budak tak makan kan..Tapi bukanlah hari-hari dan setiap masa diaorang makan.
Kalau aku kira BMI Zarif kan, dia punya berat badan unggul. Orang nampak dia chubby dekat perut je..Mungkin dia dah semakin meninggi, tu kot yang boleh tampung dia punya berat..hehe.

Aku pun tak tau, naper aku panggil dia obes..mungkin bila orang nengok saiz badan dia yang tak setanding umur kan..Cuma aku terus pantau je la pemakanan dia, setakat ni ok lagi.. Insyaallah by the time dia sekolah nanti, confirm kurus..


*By the way, jangan ingat orang gemuk je banyak makan makanan yang tak sihat, orang badan kurus pun sama je, makan kadang-kadang tak ingat dunia..*

1 comment:

  1. Many of our team might possess business rate of
    interests while purchasing or using electric mopeds but
    for youngsters, power bikes are nothing lower than a high-end.

    The principle of power bike has actually been created only for
    little ones. The typical age for kids to ride the gas/electric scooters is actually 8 years.
    Nonetheless, the age may vary baseding on the little one's weight as well as maturity level.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...