19.4.11

Salah siapa?

Salam,

Yea, aku pun turut nak berkongsi tentang isu MENJUAL MAKANAN LARANGAN DI SEKOLAH..Of course aku terpanggil nak share tentang hal ni pasal aku pun punya anak yang boleh dikategorikan sebagai obesiti (berlebihan berat badan), kenaikan berat badan tak setanding dengan umur.

Sebenarnya kan aku setuju sangat dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang melarang penjualan makanan dan minuman yang mengandungi gula berlebihan, makanan yang tidak sihat untuk anak-anak di sekolah. Memang setuju 100 peratus la..

Cuma kan..sebagai ibu bapa kita tak boleh la nak letakkan semua kesalahan kepada penjual makanan mahupun pengusaha kantin..Mereka yang menjual tu hanya melaksanakan tugas dan mencari rezeki. Kalau kita nak mereka yang menjual tu jual makanan yang sihat, kenalah bagi mereka kursus khas mahupun pengetahuan yang khusus tentang pemakanan yang baik pada anak-anak di sekolah.

Aku takmo menyalahkan pihak penjual semata-mata. Sekarang ni semua pihak kena bekerjasama, baik Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, pihak sekolah, PIBG mahupun pengusaha kantin dan penjual-penjual makanan yang terlibat. Cari satu jalan macamana nak mengatasi keadaan ini. 

Dalam masa yang sama, ibu bapa pun kena lah memainkan peranan penting jugak..Jangan nak salahkan orang lain je tapi diri sendiri tak ada pengetahuan tentang pemakanan sihat dan seimbang untuk anak-anak.

Aku bukan orang yang terbaik pun. Kadang-kadang makan pun main sebarang je. Cuma kita kena bijak la..Kadang bukan mudah, lagi la macam aku yang punya dua orang anak - sorang lebih berat badan, sorang lagi kurang berat badan..Nak adjust tu, payah..hehe


Tapi alhamdulillah, walaupun zarif terlebih berat badan tapi dia budak yang aktif dan bukan jenis yang malas je. Tiap petang mesti nak main dengan kawan-kawan..Aku memang galakkan la, biarlah dia berlari-lari main bola, bagi kurus sikit. Takdelah dia nak melepek je mengadap tv.

Tapi dalam masa yang sama, aku berjaga-jaga jugak pasal risau kot, takut-takut dia pengsan ke atau sesak nafas ke, tapi setakat ni alhamdulillah semuanya baik. 

Macam tu jugak soal makan. Sebenarnya takdelah setiap masa dia mesti makan nasi..Kalau orang nengok dia mesti kata aku ni suakan macam-macam kat dia..Hmm, takde maknanya..Aku sekat jugak apa yang patut. Kalau g kedai nak mintak macam-macam aku buat tak tau je. Kadang-kadang kita kena psiko jugak budak-budak ni..Cerita yang scary-scary ke kalau terlampau gemuk sangat, apa yang dia tak boleh buat. Kadang bersoal jawab jugak dengan zarif, tapi sebagai ibu bapa kita kena bijak la, kan..?

Macam malam tadi, dia cuma makan roti je. Ha, tapi satu masalah, zarif ni memang tak suka makan sayur dengan buah..So, sebagai ibu yang taklah hebat mana, aku kena jadi manusia yang kreatif dan fikirkan alternatif macamana nak bagi dia suka makan buah dan sayur ni.. Kalau zara takde hal, dia kurang suka daging-daging ni tapi dia lebih pada sayur dan buah pulak..

So, pada aku, semua pihak yang terlibat termasuklah ibu bapa sama-sama kena mainkan peranan. Jangan saling menyalahkan pihak lain.

Susah-susah sangat, bawakkan je bekal untuk anak-anak kita ke sekolah..Macam-macam resipi sihat ada sekarang ni..Klik-klik je kat internet tu.

2 comments:

  1. my kids suka sgt makan ayam goreng..tp not gud juga kalau ari2 kan..slalu kena pantau..
    tp nsb baik diaorg dua2 suka sayur & buah..
    eh semua pun sebat la sng cite ahahaha tolak batu kayu je ;p

    ReplyDelete
  2. baguslah tu kan, takder hal punya bab makan-makan ni..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...