15.4.11

Aku memang suka kaya kan Astro

Salam,

Tak boleh nak nengok Maharaja Lawak lagi? Amboi..ramai betul peminat rancangan ni eh? Bagi aku so and so je..Nengok ok, tak nengok pun takper. Lagi-lagi ler bila start malam ni dah tak ditayangkan kat Astro Prima lagi, dah  pindah ke Astro Warna kan? (Memang buat duit betul Astro kan..)

Aku penah terbaca la kat beberapa blog yang tanya ok ke pakej Mustika ni? Lagila nak melanggan semata-mata nak nengok Maharaja Lawak je kan? Berbaloi ke?

Oh ye, untuk pengetahuan aku memang melanggan pakej Mustika ni..hehe, sejak dari tahun lepas eh..

Dalam pakej Mustika tu ada ni;

Dunia Sinemaku – Destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk filem tempatan dan antarabangsa. Nikmatilah filem-filem tempatan terbaru dan juga filem-filem blockbuster serta kegemaran sepanjang zaman Melayu, siri mini tempatan dan filem-filem terbaik dari serata Asia dan antarabangsa.

Dunia Tanpa Tekanan - Saluran terbaru khas untuk rancangan komedi tempatan dan antarabangsa yang pasti menceriakan hari anda. Relaks dengan sajian sitkom drama-drama ringan serta hiburan variasi untuk semua peringkat umur.


Rasai kehangatan rempah-ratus barisan filem Bollywood popular eksklusif di B4U.

************ 

Kenapa kitaorang amik Mustika? Pasal aku nak layan movie or drama-drama melayu..Aku kan suka..Lagi satu dah boring la kat Ria ngan Prima, balik-balik citer tu je..Yang chanel ni ok je..Setakat ni aku rasa berbaloi la pada aku..Kadang ada jugak citer tak best, tapi lebih banyak best dari tak best. Banyak pilihan la..(Walaupun berulang gak citer dia..)

Aku suka chanel ada citer-citer ni supaya aku boleh layan sambil-sambil lipat kain baju yang berlambak-lambak..Lagipun tak mahal sangat la..Oklah, ikut kemampuan kan..

Untuk melanggan:
1) Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
2) SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888* ATAU
3) Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE

Pokok pangkalnya, ikut kemampuan la..kalau rasa nak, langgan, kalau takmo, takpayah langgan. Lagipun kalau setakat nak nengok Maharaja Lawak je, tak payah langgan la, korang download kat youtube je sudah..Jimat duit..:) Lainlah aku yang memang nak nengok citer-citer melayu..Aku kan pompuan kampung..

Ok dah..:) nak tido jap..

2 comments:

  1. aku pun baru je beli udettt!! semalam! :P

    ReplyDelete
  2. oh ye ke? oklah kalau cam tu..sila layan yea..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...