25.4.11

Awak buat lawak ke?

Salam,

Selamat pagi isnin..Semoga ceria hendaknya di hari ini dan jugak selamat bekerja yea..Nak citer sikit situasi petang semalam masa aku dengan mrhubby keluar ke bandar jap.

"B, awak nampak cantik hari ni..macam muka faizah elai.."

Tetiba rasa nak tergelak, tapi sebenarnya dah gelak pun.."eh, awak ni kenapa ye? buat lawak ke apa?"

Untuk pengetahuan, mrhubby adalah manusia yang suka memuji, patutnya suka la kan pasal pasangan suka memuji tapi sebaliknya pulak aku yang susah nak menerima pujian..Memang susah sangat..Sebab aku selalu fikir betul ke puji aku ni? Ni puji ikhlas ke atau nak sindir?

Tak kiralah pujian tu datang dari siapa pun, memang agak susah aku nak terima. Ok, sambung balik citer aku tadi..

"Kenapa awak cakap saya macam muka faizah elai?" 

*Korang kenal tak faizah elai? Yang berlakon dalam citer asmara tu (nengok gambar di bawah)



"Mungkin sebab awak pakai tudung macam gini kot.."

"Hmm..yelah tu." (sambil tergelak-gelak lagi..). Sebenarnya kan aku tak pakai tudung-tudung cam gini pergi kerja pasal aku rasa muka aku bulat plus tunggulah aku ada baju kurung baru. Sekarang semua baju-baju kurung lama, so pakailah tudung lama..eh, boleh gitu ek?



Sanggup suruh mrhubby amik gambar ni semata-mata nak nengok kat mana datangnya sama muka dengan faizah elai tu? hehehe..

Nampak bulat kan, terutama tang pipi tu..Tak suka lor..

4 comments:

  1. yang contra tula pengikat kasih sayang..:) hihi ada gak iras artis. zakiah ni iras sape eh??? :)

    ReplyDelete
  2. ala, lawaknya, takder makna macam muka artis zakiah..

    ReplyDelete
  3. dah boleh komen dah..terima kasih kak. zakiah pun tak sedar tak boleh komen. Mungkin sebab zakiah dok edit2 blog terganggu kat situ..

    ReplyDelete
  4. hehehe bgs la yg suka memuji..
    my hubby mcm ada berlian dlm mulut..payah bebenor hihi..

    ada2..size kecomelan badan tu mcm sama ngan faezah ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...