Hari ni aku nak share tentang ilmu agama berkenaan NUSYUZ. Aku rasa ramai isteri-isteri lupa apa itu NUSYUZ. So, pada sapa-sapa yang dah lupa ataupun tak tau, jom kita review balik.
PENGERTIAN NUSYUZ
Seseorang isteri itu derhaka atau mengingkari perintah suaminya tanpa sebarang alasan atau sebab yang dibolehkan. Isteri yang nusyuz tidak mempunyai hak untuk menerima nafkah daripada suaminya dan dia juga tidak akan mendapat giliran bermalam jika suaminya berkahwin lebih daripada seorang isteri (poligami)
PERKARA-PERKARA YANG DIANGGAP NUSYUZ
# Seseorang wanita itu keluar dari rumah dengan tidak meminta izin daripada suaminya.
# Isteri yang menolak ajakan suaminya ke tempat tidur
# Isteri yang ingkar dengan perintah suami yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
# Isteri yang bersikap kasar, kurang ajar dengan suami serta tidak melayani suami dengan baik.
KESAN NUSYUZ
# Isteri itu sekaligus kehilangan haknya sebagai seorang isteri.
# Nafkah untuk isteri itu bukan lagi tanggungjawab suaminya. Isteri tidak akan menerima nafkah lagi.
# Isteri tidak akan dapat layanan yang adil dan baik daripada suaminya.
# Sebarang tuntutan tidak boleh dibuat oleh isteri yang nusyuz.
Kalau boleh, hindarkanlah diri kita daripada menjadi isteri yang nusyuz..nauzubillah. Sayangkanlah keluarga kita. Setakat gaduh-gaduh dengan suami tu, takkanlah sampai nak lari dari rumah kan? Selagi isteri tidak dicederakan oleh suami, dia memang tak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami..Boleh faham kan?
Harap kita sama-sama dapat manfaatnya..
Sumber : Buku Hadiah buat Muslimah - Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman
betul kak, kalau bergaduh, elakkan keluar dari rumah. Kalau pi makhamah, dan kita tak dapat buktikan suami zalim, kita akan di kenakan nusyuz. pastu hilang semua hak-hak kita.
ReplyDelete