21.4.11

Apa nak jadi dengan aku ni??

Salam,

Lately ni kan, aku agak melampau la..melampau sangat-sangat..

Hari tu dah makan pizza..Tak sampai seminggu hari ni aku makan ni pulak;


Sebenarnya kan, terus teranglah, aku bukan fast food punya orang..Biasa kalau makan fast food confirm tak habis la..TAPI, entah apa kena dengan aku, nak balik rumah tgh tadi aku boleh mintak mrhubby belikan Chicken Chop KFC ni..

Sampai rumah, mrhubby tanya,

"Kenapa awak mintak belikan ni?"
"Kan awak tak suka chicken-chicken chop ni semua?"

Eh, banyak soal pulak..:) 

Sebenarnya kan aku pun pelik gak..Aku jawab balik, " Ke saya nak mati bang? Orang nak mati kan selalu mintak pelik-pelik kan.."

Dengar je jawapan aku tu, terus aku kena sound balik...huhu...

TAPI kan..yang sebenarnya lately ni aku pegi nengok dan baca-baca blog orang, ada antara mereka yang letak gambar chicken chop ni lepas tu menggambarkan cam sedap sangat je rasanya..So, aku pun takmo la ketinggalan kan..itu je sebenarnya, senang kata TERPENGARUH..

Dan lagi pelik, aku boleh makan dan habis dulu dari mrhubby..Aku memang jenis makan laju tapi untuk fast food mahupun chicken2 chop ni, kebiasaannya aku takkan habis makan la..Pelik kan? Nak kata aku lapar sangat pun takdelah, cam biasa-biasa je..

Tapi pelik-pelik pun, makanan dah selamat sampai di perut..alhamdulillah..

*Makan ni dua orang je, tak boleh belikan budak-budak nanti diaorang obesiti..hahaha..KEJAM*

3 comments:

  1. ade ke plak nak mati..nak dapat BB kut..? :)

    ReplyDelete
  2. hehe, tak salah ingat mati kan? takde maknanya nak dapat bb..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...