5.4.11

Jimmy Shanley mahu isteri kembali taat kepadanya


Kecewa ditingalkan tanpa sebab pengacara popular, Jimmy Shanley berharap agar isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya seperti yang ditetapkan oleh Ilahi.

Masih lagi rasa terbit sayang dihati lelakinya, Jimmy seboleh mungkin mahu isterinya itu kembali mengikut ajaran agama.
"Saya tak kejam, saya boleh tutup mata dan boleh maafkan dia.Cuma dia perlu ingat walau sekaya, secantik atau sebijak mana pun seseorang isteri itu, suami tetap adalah keutamaan. Itu perintah Allah bukan saya. Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti," katanya yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam.

Terbuka membicarakan kekecewaannya, lelaki kelahiran Ipoh, Perak ini memberitahu bahawa isterinya juga telah pergi mengerjakan umrah bersama keluarga tanpa meminta keizinannya.
Tambah Jimmy Shanley, dia sendiri ada menghadiri majlis kenduri doa selamat yang diadakan oleh keluarga isterinya untuk ke Umrah namun kedatangannya tidak dipedulikan.
"Saya pergi majlis kenduri doa selamat yang diadakan oleh keluarganya atas jemputan mak mertua. Saya ingat kalau ke sana mungkin boleh bermaaf-maafan. Sebaliknya berjam-jam saya di sana tetapi kelihatan seperti orang asing," katanya penuh kesal kerana pernah menyimpan impian untuk mengerjakan umrah bersama isteri.
Mengharapkan agar perkahwinannya dapat diselamatkan, namun lelaki berusia 31 tahun ini pasrah sekiranya tertulis takdir sedih pada pengakhiran jalan cerita cintanya itu.
Namun seboleh mungkin dia mahu membesarkan anak sulungnya itu di hadapan matanya.
"Jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan. Duit dia dan keluarga dia 10 sen pun saya tak minta. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?," ucapnya.
Nursuhaila juga pernah memohon cerai pada 28 November lalu tatkala mereka berjumpa di kediamaan keluarga isterinya itu.
 
Malah kata , demi memastikan rumahtangganya kembali utuh, dia sanggup membuang jauh ego lelakinya.
"Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap," tambahnya.
Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus manakala Nursuhaila diwakili oleh Saadiah Din.
Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.
Pasangan itu telah pun bernikah pada 1 Oktober tahun lalu dan hanya sempat menetap bersama selama 20 hari. 
Berikutan perlakuan Nursuhaila itu telah membuatkan Jimmy Shanley menfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari dan diikuti permohonan nusyuk pada 27 Januari lalu.

Sumber : murai.com

*Kesiannn, tak tau nak cakap apa..Mesti ada something yang berlaku..Tapi sebagai isteri, kita memang WAJIB taat pada suami..Hmmm...mengharapkan yang baik pada hubungan mereka..*

6 comments:

  1. Kesian jimmy , tak patut betul isterinya berbuat begitu...

    ReplyDelete
  2. kan amy..kesian jimmy..kenapa la wife dia buat cam gitu?

    ReplyDelete
  3. inilah kalau duit sudah mengaburi mata jadi amcam nie la..

    ReplyDelete
  4. hemm kesian juga kat mrk brdua... apakah mungkin ada unsur2 ilmu hitam yg mengganggu diorang?? sampaikan si isteri xhinggin langsung nak kembali brsama suami??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...