2.4.11

Tiba-tiba rasa macam dah pandai buat

Salam,

Maaflah pasal tak dapat update siang tadi. Ni ha, baru la ada masa..Ok, aku nak share apa aktiviti yang aku buat pagi tadi..Aktiviti secara tidak langsung dan tidak sengaja tiba-tiba membuatkan aku rasa bersemangat nak buat side income. Tak percaya? Tak percaya tak per..Korang tunggulah...................

 Masa mula-mula nak lukis..

 Ingat senang ke? 

Dah siap daa..

Actually pagi tadi aku cuma tolong fill in kan cream cheese tu..Ni pun dah banyak kali mak aku buat..Memang favourite seisi keluarga la termasuk la anak-anak aku. Dan sebenarnya lukisan kat atas tu, tertebal sikit sebab blueberry tu ada dengan isi nya sekali. Kalau nak lukis cantik, make sure beli blueberry tu tanpa isi, baru lawa nak melukis...Tapi aku ok je..Yang penting sedap je..:)


Tapi kan, buat cheese tart ni yang lecehnya adalah ini;
 

Yea, pandaiii..kulitnya ni ha...Ini part yang leceh sikit. Setakat nak isi cheese tu dengan blueberry tu senang sangat. Tapi pagi tadi, aku dah kaut ilmu dari mak sehabis mungkin. Esok aku akan tambah ilmu lagi..Rasanya memang dah ramai la buat bisnes jual cheese tart ni. Mak aku pun dah penah amik tempahan tapi kecil-kecilan la. 

Aku pun baru nak mula ni. Baru nak mula buat sendiri. Kalau rasa ok, barulah aku sebarkan..Ok tak? Tapi kan, setakat ni yang orang beli dari mak aku, semuanya ok dan rasanya pasti sedap..:)

Korang suka cheese tart tak?



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...