7.4.11

Telur pun ada tiruan ke?

 Telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar 


GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.


Aku memang pantang betul bab-bab bahan makanan ni ada tiruan-tiruan. Dahlah bahan makanan ni kita nak guna hari-hari, apatah lagi la telur..Macam rasa dah tak selamat la sekarang ni nak guna atau nak makan apa-apa...hai, macam-macam la..Hal-hal macam gini kita tak boleh pandang remeh, benda-benda macam  ni la boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit..

Sumber : Kosmo

4 comments:

  1. macamana nak bezakan yg tiruan dan asli.

    ReplyDelete
  2. macam mane kita nak bezakan antara tiruan dan tulin..ish macam2 skrg nie takut lak..

    ReplyDelete
  3. nabila huda- yup, memang macam-macam..

    nur-bacakan yang kita highlightkan merah

    amy-tulah kan..merisaukan je, lagi2 benda yang kita makan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...