11.4.11

Bila dipecah masuk

Salam,

What to say, speechless...kejadian berlaku hari sabtu, malam ahad.....


Aku start dari mula la..Parents aku takde, diaorang balik kampung kat muar. Aku pulak tak balik bandar sebab mrhubby sekolah ari sabtu tu plus ada aktiviti makan-makan sabtu petang tu. Asalnya kami memang tak nak balik bandar pun, tapi setelah dipsiko2 oleh ibu mertuaku maka kami akur..TAPI kitaorang balik ke bandar lepas isyak.

Sebelum tu mak dah pesan suruh singgah rumah, amik muffin dan puding buat makan-makan, so kitaorang pun singgah lah umah mak dalam pukul 9.40 malam gitu.
Mrhubby masuk umah, dan time nak bukak pintu tu dia dah jerit kat aku..(time tu aku tengah tunggu dalam keta dengan kids-zarif dah tertido pun). Bila dia bagitau rumah kena pecah masuk, aku dah start nangis dah..

Masa tu keadaan rumah memang gelap gelita (takde satu lampu pun yang bukak), mrhubby dengan ditemani jiran masuk ke rumah..Bila dah masuk confirm memang kena geledah..what to say..nasi dah jadi bubur..

Once confirmed, aku dah call mak sambil nangis-nangis..After that aku post status kat fb, because aku tau adik-adik aku memang ngadap pc termasuk lah sedara mara aku. Tq pada semua yang meluahkan rasa simpati. After that hp aku memang berdering-dering la baik dari ayah dan mak aku termasuklah adik beradik aku..semua nak tau situasi yang sebenar.

Setengah malam kami diisi dengan buat report polis dan macam-macam lagi la..Settle semua lebih kurang pukul 12 lebih..

Paling aku bersyukur sebab parents takder di rumah masa kejadian berlaku. Aku dan keluarga redha atas dugaan dan ketentuan ni. Semua ada hikmahnya. Aku nak je doa yang tak baik pada si jahat ni. Tapi mak kata, ustaz kata kita jangan doa yang tak baik, kita kena doa supaya yang membuat kerja jahat ni insaf dan berubah tingkah laku menjadi manusia yang baik...see, betapa baiknya hati mak..Abah kata dia redha dan dia anggap kejadian terjadi atas kecuaian sendiri..

By the way, barang yang hilang adalah laptop, jam tangan mak abah (kira bernilai jugak la..) plus syiling-syiling yang abah kumpul agak ratusan gak la..

* Semasa kejadian ni plus dengan keadaan huru hara, anak-anak aku bersifat sangat baik - masing-masing dah tido kepenatan kat umah mentua aku..memudahkan aku berurusan dengan mrhubby dan jugak polis *

Aku malas nak cakap lagi, tengok jelah gambar kat bawah ni;

 Keadaan masa mula-mula mrhubby sampai umah mak

 laptop confirm hilang..sedih

 habiss

 bilik mak 1

 bilik mak 2

 bilik rai n yana

 paling teruk

 ni pun nak bongkar ke

bilik aku ala-ala, dah malas kot


Hari ni abah cuti nak uruskan apa yang patut dibuat..Mungkin kami akan lebih berhati-hati dan tingkatkan lagi dari segi keselamatan..



4 comments:

  1. tumpang simpati...jadikan ini pengajaran agar lepas ni lebih berhati2..

    ReplyDelete
  2. grill tu kan memang senang nak di longgarkan. tambah2 kalau cangkuk pendek.
    kat umah pun grill tu selalu terkeluar dari tempat cangkuk dia..kunci pintu tapi grill yang tengah terlopong..huh. kadang maska kat dapur kul 1 saiful balik nak makan baru perasan.
    dia orang tarik cangkuk tu ke?

    harap keluarga akak bertabah dengan dugaan ni. minta2 la perompak tu akan di tangkap..

    ReplyDelete
  3. Singgah sini..salam kenal..i follow..

    Bawak2 bersabar..serahkan pada pihak berkenaan utk buat siasatan..

    Latest Entry : Jom ExChange Link dengan Blog UpProfits!

    ReplyDelete
  4. yup..tq sal..

    zakiah-aah memang pun kan, ayah akak dah beli rantai dan solex terus kunci kat bahagian tengah2 tu..risaula kan..aah, kes ni, diaorang renggangkan cangkuk tu la..ayah ngan mak redha je lah..

    fauzie-salam kenal..betul tu, kami serahkan segalanya pada polis..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...