18.4.11

Cuba ikut resmi padi

Salam,

Terima kasih pada sesiapa yang datang singgah dan baca blog ni. Hari ni mood lari sikit nak update blog..Mungkin penat lepas ber'aerobik' siang tadi..huh, alasan tak boleh pakai..:)

Sebenarnya kerja banyak..benci kan dengar alasan cam gini, kerja banyak..dah tu apa alasan aku nak bagi lagi, dah memang kerja banyak..Ok..ok..sebenarnya kan aku ada beberapa isu nak diutarakan kat blog ni, tapi aku amik satu-satu dulu..
Ok, sebenarnya aku tak tau nak mulakan camana kan..Tapi aku malas nak berkias-kias la..straight to the point je eh..

Aku kan sebenarnya tak suka la dalam dunia realiti kita ni, orang-orang yang punya pangkat, kuasa dan wang bersifat riak. Tau tak riak? Ala cam bongkak, sombong semua tu la..

Aku memang bengang kalau berdepan dengan orang-orang cam gini. Tak boleh ke bersifat 'DOWN TO EARTH'? Tak pun ikut la resmi padi - "SEMAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI"

Jangan fikir korang punya ilmu tinggi melangit korang boleh pandang lekeh je orang-orang bawahan ni tau. Aku tak tau ni aku tujukan pada sapa. Anggap ni luahan secara umum je la eh. 

Bukan apa..Bekerja dan dikelilingi dengan mereka-mereka yang datang dari pelbagai latar belakang termasuklah mereka yang berilmu tinggi ni memberi cabaran pada diri aku. Yea la, aku mengaku aku belajar tak tinggi, setakat diploma je kot..TAPIII, sila jangan pandang rendah seolah-olah aku tak tau semua perkara..Muak la aku dengan perangai orang-orang yang perasan bagus ni..

Dalam hidup ni, cuba kita belajar RESPECT atau bahasa melayunya HORMAT MENGHORMATI..Jangan ikut kepala sendiri je, macam la korang je yang betul kan? Lagi satu, cuba jadi manusia yang tidak terlalu berkira sangat..Agak-agak je sudah la..

Hmm..tak tau nak taip apa lagi ni. Kang membazir je aku taip banyak-banyak pun bukan ada orang yang baca..huhu...

Dahla, bagi aku makan dulu k..Nanti ada idea, aku update entry baru..

2 comments:

  1. "Boss is always rigth. It is your fault if your boss dont like your work because you cannot learn your boss. What your boss need and want"- Hj Abdellah.

    tu hj abdellah tu cakap..tapi zakiah tak setuju sangat sebab boss is not always right..isunya bos encik husband..kehkeh..zakiah pernah tulis kat blog tapi dah di hide sebab benda tu dijadikan point x-kawan untuk hentam zakiah. tapi zakiah setuju,tak kira camana pun, orang atas kena sedar tanpa orang bawah kerja dia takkan jalan..kan kan kan..orang bawah ni yang laksana semua..dia arah je.:) bak kata hargailah dengan sikap hormat menghormati dan jangan buat orang bawah rasa macam kuli dan pencacai je..:)

    zakiah teringat masa LI dulu. dalam bekerja pekara paling penting bukanlah ilmu yang kita ada tapi skill kita untuk berkomunikasi dengan semua orang dalam sebuah organisasi dengan cara yang betul. Bila skill betul barulah semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik. bila skill tak betul tu yang encik husband asik kurang motivasi untuk bekerja..huhu

    ReplyDelete
  2. Yup betul tu zakiah..takper, kadang dalam hal macam gini kita kena berterus terang walaupun berisiko..Akak takder nak hentam sesapa..Tapi akak tak suka orang bawah dipijak-pijak mcam tak reti buat kerja langsung..Sakit hati tau tak..Akak cukup tak setuju dengan istilah Boss is always right..Tak semestinya.I always learn my boss, tapi kalau kita je yang learn dia tapi dia tak learn kita pun payah gak..Betul zakiah cakap komunikasi pun penting..akak paham perasaan saiful. dulu suami akak pun cam gitu gak time kerja kat sekolah jb. Motivasi down terus..sebenarnya persekitaran kerja jugak memainkan peranan penting tau..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...