16.4.11

Serius, aku cuak sangat!

Salam,

Kejadian baru berlaku lebih kurang sejam tadi..hai budak bertuah la..dahlah mrhubby pegi keluar makan ngan mak bapak mentua aku..So tinggal aku dengan kids je la..(masa tulis entry ni mrhubby dah balik dah)

Serius aku cuak tau..cuak sampai rasa muka aku kalau kena toreh pun tak keluar darah la..tau tak kenapa? Zara budak bertuah tu laa..Cari pasal je.....Kalau hari sabtu tak cari pasal tak boleh ke?? Dahla minggu lepas rumah mak abah kena rompak..trauma pun tak hilang lagi nie..

Tau kenapa tak? Jari tangan zara boleh tersepit kat rantai basikal zarif!!! Bukan satu tapi tiga tau tak? Mau aku tak gelabah..Ingat dah putus dah jarinyaaa...Haiiii...nak luruh jantung bila kejadian ni berlaku tadi tau..


Ha, sapa budak bertuah yang jarinya tersepit kat rantai basikal, sila angkat tangann!

SAYA!!

 nampak bekas-bekas hitam kesan minyak kat rantai basikal tu..

bengkak sikit, 3 jari tu..

Sebenarnya kan, si zara la yang dok menggodeh kat rantai tu. Si zarif lak memang duduk atas basikal tapi basikal tu tak gerak pun. Aku dah sound kat zarif, turun dari basikal dan dah suruh zara jangan main kat rantai basikal tu..

Tapi cakap ibu takmo dengar kan..ha tulah pasal..agaknya zarif tergerak sikit tanpa sengaja, apalagiii........haihhh, tak mampu nak teruskan citer la..sungguh aku ngeri..memula tu jari tu tak boleh nak keluar, aku dah menjerit-jerit sambil nak nangis tau..Seriau la, aku ingat jari zara ni dah terputus ke kann..
Alhamdulillah, jari dia boleh terkeluar lepas aku tolak-tolak basikal tu....TAPI kan, masa berlaku kejadian ni tadi, zarif bersungguh-sungguh nangis dan nampak sangat dia caring kat adik dia..huhu..

Aku dah sapukan minyak gamat kat jari zara..So far, dia ok sekarang ni..Don't worry ya....

Budak-budak tengah aktif dan banyak nak explore semua benda dan semua perkara..So, kenalah redha..

*Tiba-tiba kan, zarif boleh terbuat pengakuan kat aku masa kejadian tadi : "Ibu, kita tau lah kita banyak buat salah kat ibu, cakap ibu pun kita takmo dengar. Kita kan memang ada cakap bohong kat ibu..Bila ibu suruh kita gosok gigi, tapi kita tak gosok pun sebenarnya..Kita mintak maaf eh...(hahaha..kantoi!)


2 comments:

  1. nasib baik tade pape..tapi pengakuan zarif tu memang cute..

    kalau akak time akak marah tetiba anak akak wat pengakuan ynag cute mute ni akak nak tergelak tak? hihi

    ReplyDelete
  2. kalau zarif dah buat pengakuan cam tu, perasaan bercampur baur..jap nak marah jap lagi rasa nak gelak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...