21.4.11

Tanah oh tanah..

Salam,

Eh, macam tak percaya cepatnya dah hari khamis..esok dah jumaat, lepas tu sabtu, n ahad lepas tu hari isnin - hari gaji, hehe..lepas tu bayar macam-macam duit habis..uhh bosan..

Petang semalam, aku keluar jap dari ofis dalam pukul 3.30 gitu, pegi nursery dengan mrhubby. Nak carikan tanah buat zarif. Sekolah dia tiap petang nak buat aktiviti menanam pokok kacang, jadi setiap murid kena bawak tanah. 

Patutnya dari hari isnin dah bawakkan untuk dia tapi asik lupa je kan. Lepas tu semalam berjanji lah tengahari nak hantar tanah kat dia, tapi mrhubby ada meeting pulak, tu yang sampai pukul 4 baru dapat serahkan tanah kat dia..Kalau tak belikan semalam, mau kena ungkit sampai malam ataupun sampai pagi ni dengan zarif, tak larat nak dengar tau..
 

 "abang, ni kebun ke nursery?"

 oh..tanah dia simpan dalam ni rupanya..

ayah mithali hantar tanah kat anak
beg tanah zarif paling besar / 2rm satu beg

Baguslah zarif belajar menanam pokok, nanti boleh jadi tok tip..kalau nak harapkan ibu dengan abah ni, takder maknanya..dua-dua tangan tak sejuk..pokok semua mati..

3 comments:

  1. haah kan kak, dapat gaji bayar sana sini, nanti last2 tinggal duit makan dan petrol je..huhu

    akak beli kat mana tanah tu?murah le rm 2 je...

    ReplyDelete
  2. hihi zakiah pula bukan tangan sejuk tapi tangan pemalas. kadang2 malas siram sampai kering pokok.selalunya pokok bunga kertasla..pastu kena baja dan siram balik..togel pokok tu..

    ReplyDelete
  3. samalah kita amy pun x boleh taman apa , mesti x menjadi kata bonda tangan amy nie panas sangat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...