Salam,
Pagi ni aku terima komen dari member-member aku yang diaorang tak boleh komen kat blog aku..Hmm, patutlah pun, rasanya ada problem kot..dah beberapa hari ni asik check bahagian komen kosong je, takder orang komen pun..huhu..
Saja nak bagitau yang petang tadi aku telah post kan status ini di fb..
Tak tau kenapa aku rasa lately ni aku makan agak banyak..Rasa semua makanan pun sedap-sedap belaka..:) Ditambah lagi, aku rasa yang aku telah mengalami masalah serba serbi yang besar..Oh tidakkk..
I need this kind of peha..boleh tercapai ke impian? Hahaha..Dalam tempoh kurang 6 bulan dari sekarang boleh ke? Boleh ke aku? Tuhan tolonglah bagi kekuatan yea..Yea, itu baru peha..belum lagi masuk kes yang ini;
Ha, yang ini memang masalah besar bagi aku..Lebih tragis, di saat aku menaip status fb di atas tu kat hp aku, ada orang telah menegur dan tanya, "Hai, awak ada baby baru ke?" OMG...itu bukan orang pertama yang tanya dan ianya bukan kali pertama, huhuhu..Tiba-tiba rasa down sangat..
Dan ada jugak orang yang cakap, rilekslah..awak bukan gemuk pun..Sebab kamu-kamu yang selalu cakap begini rupa lah buat aku lupa diri. Selalu perasan diri kurus..Berat mungkin 50kg dan tak gerak-gerak..Masalahnya lebihan lemak tu telah pergi ke tempat-tempat yang tak sepatutnya..Adoii..Stress..
Menambahkan tekanan lagi, hari tu mrhubby tetiba bawak losyen halia mustajab masa balik rumah ayah mertua..Aku tanya untuk apa? Dia jawab, "nanti abang sapukan kat perut b, bagi kempis sikit.." Oh tidakkk..
Tapi si isteri ni selalu tak sedar diri kan..Masih perasan diri ni kurus dan anggun lagi..So kenapa aku kena tunggu lagi? Dan aku kena kuat...Aku kena lupakan nasi lemak, nasi lemak kukus, lontong, lontong darat, nasi goreng, nasi kerabu daging salai, roti canai dan segala makanan yang enak-enak belaka yang selalu jadi santapan aku di pagi hari...Sila la lupakan..Apatah lagi dengan nasi goreng kicap rempah soto yang aku baru cipta semalam..hehehe.
Yea, malam ni aku tak makan cuma minum oat saja dan mungkin sebiji epal..Aku harus kuat..Sila bagi sokongan dan dorongan..:)