Dari bulan lepas sampailah ke bulan ni, banyak betul peristiwa yang tak terjangka berlaku baik melibatkan ahli keluarga mahupun bukan. Yang pasti, ianya tak terjangka, senang kata terkejut-kejutla...
Macam jugak petang semalam..elok-elok lepas kitaorang balik dari pasar malam, lepas menikmati makanan dan sedang berehat-rehat di waktu petang..TIBA-TIBA, Kak Lela (pengasuh zara) datang ke rumah dalam keadaan kelam kabut. Dia bagitau mak salah sorang budak taska PENGSAN kat rumah waktu Kak Lela nak hantar anak dia. To make it short, mak budak itu adalah KAWAN SATU SEKOLAH MRHUBBY.
Part yang tak best adalah, waktu mak budak itu nak bukak gate, dia dah jatuh pengsan..Dan tak best lagi, gate semua berkunci..Ada dua gate utama, dan dua2 berkunci. Dan the best part yea, AKU PEREMPUAN JUGA IBU PADA DUA ANAK TERPAKSA PANJAT GATE SEBAB NAK NENGOK KEADAAN MAK YANG PENGSAN ITU.
Masa aku pegang mak budak tu, dia antara sedar dan tak sedar, senang kata macam mamai-mamai gitu...Dia jatuh pengsan tu kena kat pasu-pasu pokok kot, terhentak kat simen lagi..
Dia sakit apa? Biarlah rahsia..Suami dia takder? Aah..memang takder, suami dia ada kursus kat KL dan memang dah on the way nak balik rumah time tu..
Lepas aku dah masuk tu, aku bukaklah gate rumah dia bagi jiran-jiran dan kawan-kawan yang dah start datang tolong apa yang patut..Yang pastinya keadaan masa mula-mula memang huru hara..Yup, kitaorang call ambulan untuk bawa ke Hospital Batu Pahat.
Part yang tak best lagi sebenarnya bila si anak kecil yang baru berusia 2 tahun lebih, nampak mak dia terbaring pengsan, menangis tak sudah-sudah sambil jerit panggil mak dia..sob..sob..sob..:( (Aku memang cair sikit bab2 gini, mulalah nak meleleh je airmata..).
Apa lagi nak cerita eh? Rasanya tu je kot..Cuma satu jelah, peringatan untuk diri sendiri jugak..Rasanya macam nak belajar ilmu pertolongan cemas la. Rasa semua orang perlu ada ilmu tu. Ilmu yang sangat penting dan belajar bagaimana cara-cara menyelamatkan orang. Penyakit ada pelbagai dan teknik menyelamatkan seseorang dengan penyakit yang berbeza tak sama kan. So, aku rasa semua perlu ada ilmu tu..
kalau Yana pon Yana nangis.. hmmm... sedih la tengok mak sendir sakit ke kan...
ReplyDeleteciannya...mmg byk hal yg mendtg kita tak duga kan huda..huhuhu
ReplyDeletekita part budak ngis mmg cair!!
sian baby tu. mesti dia sedih sangat tengok mama dia pengsan. ok ke mama baby tu? harap takda pa yang serius. kalau pitam ni tak leh nak jangka..tapi kalau dah berasa nak gelap mata terus duduk..jangan gagahkan nak berdiri atau jalan sebab bila dah betul2 nak pitam masa tu dah takleh kawal kalau terjatuh memang teruk. sian mama baby tu..
ReplyDelete