19.5.11

Rentetan segmen ini..

Salam,

Rentetan segmen ini semalam, macam-macam pendapat aku baca. Ada yang sokong dan ada jugak yang tak. Sama jugak dengan aku yang terima pelbagai komen. Terima kasih pada mereka-mereka yang komen di entri aku berkenaan hal itu semalam.

Kadang nampak macam aku sangat TEGAS tentang KEWAJARAN LELAKI MENYEDIAKAN DUIT HANTARAN. Memang pun ye. Tapi aku tak kejam ok. Dah kata sapa yang patut sediakan duit hantaran? Tentulah aku kata LELAKI. Cumanya kita kena tau yang DUIT HANTARAN ITU TAK WAJIB. Yang WAJIB adalah MAS KAHWIN je kan..So memang dalam ISLAM tak pernah menyusahkan orang untuk berkahwin. Budaya dan gaya hidup sekarang yang menyebabkan orang rasa susah sangat nak kawin dan lebih kepada nak menunjuk-nunjuk.

Cuma bagi aku, kalau si lelaki mempunyai duit lebih nak bagi hantaran yang riban-riban, bagilah kan..Itu adalah bonus. Aku pun bukanlah orang yang kejam, jugak bukan ibu yang zalim. Hantaran aku dulu pun taklah mahal, biasa-biasa je ikut kemampuan. Semuanya ikut kemampuan la..

Ibaratnya macam ginilah, kalau masa akan datang nanti, andaikata aku panjang umur, ada lah lelaki nak kawin dengan zara. Kalau dia mampu, bagi je lah berapa pun..Itu adalah adat dan bukan wajib pun. Cuma kalau si lelaki tu kata dia nak bagi 15 ribu tapi nak share dengan zara buat duit hantaran..lebih baik tak payah, apa hal nak share-share..Kalau tak mampu, baik je bagi MAS KAWIN...murah je orang johor ni 22.50 tunai (tak taulah akan datang harga mas kawin ni naik lagi ke kan, tapi kalau naik pun still affordable lagi kot..)

Sekian, terima kasih.


*Aku lagi suka nikah kat surau/masjid dan buat majlis sesimple yang mungkin..yang penting adalah kehidupan selepas berumahtangga..(pengalaman mematangkan diri..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...