Bermula semalam dan minggu-minggu akan datang, tanggungjawab aku dan mrhubby akan bertambah. Sejak kematian mak mentua, giliran mrhubby untuk jaga dan temankan ayahnya adalah pada setiap hari jumaat hinggalah ke ahad.
Sebagai isteri, aku menurut saja, yelah kan, ayah mentua pun dah tinggal sorang, kalau tak anak-anak yang jaga sapa lagi kan? Lagipun umah mak abah aku satu taman dan sebelah jalan je, jadik takder hal pun.
Jadi, nak citerlah pengalaman setengah hari tadi di rumah ayah mentuaku bersama kids. Untuk pengetahuan, mrhubby takder pasal kerja, kata ganti sekolah kan hari ni.
Sebenarnya sangat mencabar la kalau takder mrhubby ni. Susah nak buat kerja dengan anak-anak yang aktif ni, lepas tu rumah pulak dua tingkat, semput aku turun naik tangga melayan karenah budak-budak ni.
Tapi mencabar macamanapun, tanggungjawab tetap dilunaskan. Breakfast pagi aku beli je nasi lemak, lunch tadi masak ikan pari asam pedas, kobis goreng dengan tempe goreng..simple je kot. Tapi ayah aku selera je makan, okler kan..Sedap ke tak sedap belakang cerita.
Ni mrhubby dah balik dari sekolah, barulah aku dapat rehat kejap online dan update blog ni. Jauh kat sudut hati ni terusik gak nengok ayah mentua aku, sorang-sorang, dah takder teman..Memang tak dapat bayangkan kalau dia duduk sorang diri, takde anak-anak kat sisi..huhu..Kalau la aku panjang umur dan dah tua nanti, camanalah pulak ye?
Sambil-sambil rehat ni, dok layan zarif buat latihan kreativiti dengan pelekat warna warni ni..aku pun syiok gak tolong dia..
# Selamat berehat dan aku nak layan Maharaja Lawak semalam, tak dapat nengok malam tadi..#
sabar dan tenang insyaallah ,mudah semua...
ReplyDeletesalam:)
terima kasih ye bigdaddyz..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala urusan anda... Insya'Allah...
ReplyDelete