18.5.11

Good achievement!


petikan dari akhbar THE SUN

Salam,

Wahh, tetiba aku bangga..Walaupun bukan aku pun yang masuk suratkhabar, tapi sebab dia adik aku dan sebab nengok kesungguhan dia, maka aku BANGGA. Ingat senang ke, dari seorang yang bekerjaya lepas tu mengambil keputusan nak berhenti kerja untuk buat home business. Ditambah lagi dari takder pengetahuan menjahit sampai ada ilmu menjahit? Yang penting kena ada keyakinan diri, semua pun boleh buat..

Tetiba rasa MENYESAL YANG AMAT SANGAT bila tak belajar menjahit dulu..MENYESAL OK? Dulu-dulu lepas SPM abah ada suggest suruh masuk kelas menjahit, tapi aku takmo..perasan macam bagus kan..Sekarang tak belajar menjahit memang satu kerugian besar. Nak pegang jarum pun dah berpeluh tangan, camana tu? Memang masalah besar bila nak jahit name tag zarif kat baju, butang baju tanggal, mahupun tetas kat seluar..nasib ada kedai, jadi aku bagi untung besar pada kedai untuk buat semua tu...huhu..Sila padan muka diri sendiri banyak kali.

Ok, back to the topic..korang boleh pergi web adik aku di sini --- www.okinokiyo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...