Kerana aku ada kat parit raja sekarang maka aku update la satu entry je ni..okeh? Aku suka hari ni, pasal aku memang nak sangat breakfast kat sungai kajang, peserai batu pahat..Bukan breakfast dalam sungai okeh..
Aku tak cakap pun dengan mrhubby nak bfast kat situ, tiba-tiba dibawanya ke situ..Oh, suka giler aku..By the way kami ke sana dengan ayah mertua ye..Apa yang best kat situ? Tak taulah nak kata..Itu cuma warung kampung je, pekerjanya semua perempuan..Tapi semua yang ada kat situ aku suka, baik lontong, nasi lemak, ataupun roti canai..Semua pun aku suka..:)
Aku oder lontong, tapi aku nak gak roti canai, so takmolah nampak aku pelahap sangat, jadi aku oder kan roti canai kosong tu untuk zara (padahal zara bukan makan banyak pun kan..) Serius roti canai dia lembut sangat..memang best la..
Dan tengahari ni kitaorang ke umah orang kawin (kawan mrhubby), masa nak pegi ni memang tengah hujan renyai-renyai..Si zara boleh pulak tertido. Jenis tido tak sedar punyalah..Ohh, lenguh tangan dukung budak kecik ni. Dan si zarif asyik bising-bising je.."lecak la ni..lecak la..abis kena stokin kita.."
Aku ni musykil gak..dah kata kalau pakai stokin takkanlah lecak kena kat stokin kot..Mulut dia tak berenti bebel..Sampai lah duduk baru aku perasan budak bertuah ni pakai ini rupanya;
Pakai stokin dengan sandal..Lorr..aku pun tak perasan dia pakai apa dari rumah..Aku tau dia nak pakai stokin, so aku memang bajet dia akan pakai kasut..Bertuah betul zarif ni..huhu..
Anyway makan di umah orang kawin tadi TERBAIK....Aku amik nasi putih, makan rojak, lauk dalca, dengan ayam goreng..yum...yum..Rasa cam nak tambah lagi tapi malu la pulak..
Orait, get to go now..tata..
No comments:
Post a Comment