24.5.11

Fuhhh...

Salam,

Dah tau kan..aku cuti hari ni..Huhh, satu hari yang sibuk dan memenatkan. Keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi dan sampai rumah kat parit raja pukul 7 malam..Sampai rumah sambung lagi buat kerja...weeeee, marilah positifkan diri sambil tersenyum..:) 

Setakat hari ni la kan, aku rasa aku belum lagi bercuti yang berseronok-seronok gitu. Maksudnya aku belum lagi bercuti yang aku tak payah masak, aku tak jaga anak sakit atau keluar ke mana-mana membuat urusan yang tak sudah-sudah.

Aku nak cuti yang berehat mengadap laut yang tenang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, melayan anak-anak berenang di kolam, aku nak buat massage, manicure atau pedicure ke, bershopping ke...Ohh, hanya anganan belaka..Belum dapat direalisasikan setakat hari ni..

Ok, back to the topic la, hari ni ke Hospital Muar bawa ayah mertua buat rawatan sakit kulit. Alhamdulillah perjalanan dan urusan kami dipermudahkan sangat-sangat. Ditambah dengan layanan dari doktor dan jururawat kat sana yang sangatlah mesra pelanggan dan murah dengan senyuman. Memang senang hati la..Terima kasih banyak-banyak.


Masuk farmasi ambik ubat untuk ayah mertua, sekali banyak gitu, macam gambar di atas ni. Tak masuk lagi ubat makan ni..

Oh ye, satu benda aku belajar dari klinik kulit hari ni, kalau kulit kita ada alahan, jangan guna sabun DETTOL dan seangkatannya. Tapi guna sabun LUX (tu nampak sabun LUX BIRU dalam bakul tu..). Kalau guna sabun DETTOL dan seangkatannya ia akan menyebabkan kulit kita lagi susah nak baik..Itu yang diberitahu la..Aku pun baru tau..

So, itu sajalah cerita pada hari ni..Nak blogwalk pun mata ni macam layu je..huhu.

# Terima kasih banyak-banyak pada mak, abah, wan dan yana yang sanggup dan bersusah payah ambikkan zarif dan zara balik dari sekolah dan taska..Masa memang cemburu dengan aku hari ni..#

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...