11.5.11

Kolej Chermai Bahau dalam kenangan


Tempat aku mula-mula mendaftar

Bangunan pejabat dan bilik lecturer masa batch aku

Bilik tutorial

Pandangan hadapan blok pelajar

Sebelum terbiar, rasa tenang je

Yang depan nilah blok aku..dah terbiar dah..
Salam,

Tetiba pagi ni nak cerita sejarah pulak. Sejarah di mana lepas aku habis SPM yang dapat keputusan konon2 hebat tu, pangkat 1 tapi atas pagar aku dapatlah melanjutkan pelajaran ke Kolej Chermai Bahau ni.

Korang baca dulu sejarahnya kat bawah ni..

Kampus Kolej Chermai dibina di atas tanah seluas 360 ekar. Di sebelah belakangnya terdapat Banjaran Gunung Titiwangsa dan disekelilingnya diapit oleh gugusan FELDA Sg. Lui. Kolej Chermai di Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan adalah lanjutan dari Kolej Chermai Jaya di Sarawak yang dimulakan pada tahun 1995. Kolej Chermai dilengkapi dengan 4 blok asrama di mana setiap blok mengandungi 18 bilik. Bilik kuliah dan makmal adalah bersebelahan dengan asrama. Segala kemudahan makanan, Pusat Mahasiswa, Surau, Pejabat Pentadbiran dan kemudahan riadah serta sukan disediakan . Rumah Pengetua, pensyarah, kakitangan dan kedai koperasi juga disediakan. Sebuah Pusat Latihan yang boleh memuatkan 400 peserta lengkap dengan dewan, surau, kantin dan asrama ada bersebelahan dengan kolej. Pemandangan sekitar kampus sungguh menarik sekali. Jarak Bandar Kemayan, Pahang adalah 10 km dari Kolej Chermai, Bandar Baru Serting - 18 km, Bahau - 33 km, Seremban - 90 km dan Kuala Lumpur - 180 km. Stesyen KTM ada di Bahau dan pengangkutan awam mudah didapati.

Aku adalah antara 298 orang pelajar generasi pertama yang mendaftar di Kolej Chermai Bahau, Negeri Sembilan pada tahun 1997. Pertama kali aku jejak kat sini, aku memang dah rasa sangat-sangat tak best. Rasa macam nak ikut mak abah balik rumah tapi setelah dinasihat dengan baik, aku cekalkan hati je belajar kat sini. Dan, dalam tempoh 2 bulan ke 3 bulan aku belajar kat sini, aku dapat tawaran belajar kat ITM Segamat (Masa tu ITM lagi okeh), dalam kos Accountancy..Tapi kan, aku tak amik pun, sebab ada member aku kata kat ITM Segamat tu senior-senior ragging junior teruk..So, disebabkan itu, aku tolak tawaran ke ITM, tak masuk akal langsung kan alasan aku, huhu.

Aku rasa takmo cerita pengalaman kat entri ni. Banyak sangat kot rasanya. Cuma satu je aku nak bagitau, pengalaman yang aku dapat kat sini terlalu berharga dan akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Meskipun aku tak berjaya belajar kat sini dan membuang masa selama 2 tahun tapi kenangan dan pengalaman kat sini buat aku tabah menempuh kehidupan.

* Gambar-gambar yang aku dapat kat sini semuanya aku google sendiri dan ada jugak yang aku amik dari Kolej Chermai Alumni kat facebook. Tunggulah entri-entri akan datang aku ceritalah lagi antara pengalaman belajar kat sini yea.. *

9 comments:

  1. aku pn batch 1997-99 ko biase x dgr name "Udo" mase kt kc dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau kau ni warikan

      Delete
  2. salam, yea saya biasa dengar nama Udo dulu..biasa sangat..dah kawin kan sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..

      Aah aku dh kawin..aku dh add ko l0m dlm fb?klu blm add aku dlm FB..

      Delete
  3. Aq pn smpt blajo kt sini 2-3 bln.. kena kick out... hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      "AnonymousFebruary 12, 2013 at 9:52 PM
      Aq pn smpt blajo kt sini 2-3 bln.. kena kick out... hampeh"

      Aku nk tnye k0 1st batch ke? Klu !st batch nama pggln k0 mse kt KC dlu pe?

      Delete
  4. Aku pn 1st batch KC gak..ko ade pic lame2 kt KC x?

    ReplyDelete
  5. sama batch dgn kakak aku ni.gile la,aku ada pegi bnyk kali ikut family anr n jumpe akak aku dulu kat sini..

    ReplyDelete
  6. dok sini best, setiap malam dok curi line public phone dok tel aweksss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...