Salam,
Kejap je dah hari khamis kan? Ikutkan khamis lepas la, arwah mak mentua aku meninggal..Alfatihah..
Ok, semalam dan pagi ni macam-macam berita aku baca, kisah boyfriend tikam girlfriend, lepas tu lelaki tikam tunang sebab cemburu..Pelik dan ajaib la keadaan zaman sekarang ni..Tak fikir dosa pahala ke? Mungkin tak fikir la kot, bila dah beremosi lepas tu fikiran dah tak terkawal ataupun dah dirasuk syaitan kan..
Aku rasa kan, muda-mudi yang nak nikah zaman sekarang ni, kena buat pemeriksaan mental la..Belum nikah lagi, dah main tikam-tikam, ingat anak patung ke?! Ingat mak bapak perempuan tu tak ada perasaan ke? Suka suki tikam anak orang?
Of course la aku emosi, aku ada anak perempuan kot..Risau gak kan, kita ni dok belai-belai, sayang-sayang, tiba-tiba esok lusa bila dah dewasa, anak kita kena tikam ngan orang lain..apa kes?
Nak buat pemeriksaan mental pun bukan kat laki je, perempuan pun sama je kena check jugak..Kan penah ada kes jugak isteri baling asid kat suami, isteri kelar suami..haiii la duniaa, semuanya menakutkan..
Apakah punca mereka dan mereka jadik cam gitu? Setakat cemburu boleh tikam-tikam? Ermm, aku rasa pucuk pangkal balik pada AGAMA la..Kurang didikan agama semua boleh jadik cam gitu. Ini pendapat aku la..Memula didikan agama, lepas tu disokong oleh faktor tekanan hidup, kan?
Insyaallah kalau dari sekarang kita semai dan didik anak-anak dengan didikan agama dan perkara-perkara yang positif dalam hidup, percayalah kita boleh elakkan perkara-perkara yang negatif berlaku dalam hidup ni.
Andaikata aku panjang umur pun, tak taulah macamana aku nak hadapi keadaan dunia pada masa akan datang?
Boleh baca berita lelaki tikam tunang di sini
macam2 hal la sekarang nie..
ReplyDelete