18.5.11

Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan


Salam,

Okeh, dah lama tak join segmen En. Ben ni..tetiba rasa nak join pulak..Korang nak join, klik sini je.

Soalan segmen kali ni;

SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ?
 
Sebagai seorang perempuan SANGAT BERSETUJU bahawa wang hantaran perkahwinan wajar disediakan 100% oleh pihak pengantin lelaki. Memang patut lelaki kena sediakan. Bila dah bersedia nak menuju ke alam perkahwinan, maksudnya lelaki dah kena bersedia dari segala segi, baik dari segi mental, fizikal mahupun material. Bila dah berkahwin rasanya tanggungjawab lelaki itu lebih berat..Aku selalu pesan pada mrhubby bahawa isteri dan anak adalah AMANAH DARI TUHAN, maka tanggungjawab itu sangat besar. Kesimpulannya pihak lelaki kena bekerja kuat mencari duit. Kawin bukan setakat suka-suka, kalau nak share tak salah tapi ia lebih kepada TANGGUNGJAWAB dan AMANAH bagi pihak lelaki.

Sekian. Ini adalah pendapat aku.

11 comments:

  1. waaa semangatnya......bagus2...sya suka....hehe...semoga berjaya...


    Alang-alang saya dah datang, nak jemput awk dan rakan-rakan awk...datanglah p rumah...... :) Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

    http://cayob.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. betul tu . dh nma wang hantaran utk phk perempuan an . klu perempuan pun sediakan , tak la nmenye wang hantaran drpd phk llki . tu nmenye wang hantaran drpd phk bersama ^_^

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat awak..
    jemput mai belog saya..
    :)

    ReplyDelete
  4. betul!!! wang hantaran tu baru ujian kecil, alam rumah tangga lg besar ujian nye. chaiyok2!!!

    ReplyDelete
  5. hahaha...amanah dari Tuhan... saya setuju!

    kunjungandari abg beng!

    ReplyDelete
  6. bijak sungguh kak long kite ni berkate-kate..thanks visit my blog, uncle pollow u lah..boleh tak ni?? tak boleh uncle larik...he3

    ^__*

    ReplyDelete
  7. itu memg tngungjwb mereka2 kan.. hehe
    dan kalau xnak share, xyah letak tinggi2.. bole dak gtu ? hehe

    meh tgk pendapat saya pulak..

    ReplyDelete
  8. Ada betul pendapat akak, tapi dalam islam pula, tanggungjawab mengahwinkan anak adalah tanggunjawab IBU BAPA. Hantaran tu bukan kewajiban tapi sebagai hadiah. Dan ia adat orang melayu saja. jika mampu boleh beri mengikut kemampuan. Apapun mudahkan perkahwinan dan jangan dibebankan pihak lelaki dengan hantaran yang tinggi2. Tambah2 bila zina lebih mudah dari nikah, perkahwinan harus dimudahkan. :) kebanyakkan dari kita mampu untuk melayari perkahwinan dengan perkerjaan dan rezeki sedia ada, tapi sedih bila hantaran dan perkahwinan pula disusah susahkan menyebabkan pasangan terdesak dan menghampiri zina. zaman sekarang agak susah nak kumpul duit puluhan ribu. last2 buatlah pinjaman bank pula. Nauzubillah. Tapi kalau ada lebih, sila lah..tidak bersalahan buat meriah2 tapi jangan sampai terlampau membazir.

    ReplyDelete
  9. macam ni zakiah-bila tanya wajar tak lelaki sediakan duit hantaran sendiri? PADA AKAK MEMANG WAJAR..tapi dalam islam, yang WAJIB cuma MAS KAWIN je kan..hantaran tu tak wajib..terpulang pada masing-masing mengikut kemampuan, kalau lelaki nak bagi lebih, bagi la..itu semua bonus..nampak pendapat akak macam tegas, tapi hakikatnya akak orang yang sangat mudah, kalau tak bagi duit hantaran pun takper..setakat mas kawin je akak tak kisah..cuma kalau ada lelaki nak kawin dengan anak akak, tapi nak bagi duit hantaran share2 baik tak payah..kalau tak mampu bagi mas kawin je sudah, tak payah duit hantaran, lagi senang..kita kawin bukan nak menunjuk2..

    ReplyDelete
  10. betul betul....zakiah pun fikir gak, anak zakiah dua2 lelaki..macam mana la keadaannya besok2..cewwah..kalau jumpa orang yang baik hati macam akak syok la..takleh bg hantaran, mas kahwin sudah..tapi bukan senang nak ubah kebiasaan orang kita..hantaran mesti nak juga, bg sesetengah orang..

    baru zakiah faham maksud akak...zakiah pun tak menolak. jika mampu teruskan hajat nak bagi hantaran tu..:)bab share tu memang tak patut..

    tapi cuma setengah orang sekarang ni terpaksa share sebab kadang2 adat mendesak..anak muda cam zakiah ni(bila teringat zaman nak menikah dulu..sekarang dah tak muda dah ;)) semua nak cepat dan segera sebab masalah jiwa dan nafsu nafsi. tapi mak2 pula mesti pikir panjang sebab takut orang kata itu dan ini..huh menekan jugak..tapi alhamdulillah sudah kahwin dan anak dua dah..hikhik..

    akak tau mostly kawan2 zakiah termasuk kami la memang terpaksa buat loan bank untuk kahwin...huhu.tu yang sedih bila ingat..lucu pun ada..macam macam lah..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...