4.5.11

Ceritalah apa saja

Salam,

Salah ke blogging cerita peribadi?

Hmm, hari tu aku ada terima satu komen dekat salah satu entry aku lebih kurang cam gini la- kalau blogging cerita peribadi ni buka pekung di dada je..- Tapi takpe, itu pendapat blogger tu, pendapat orang tak salah, tapi kita kena hormat.

Masing-masing ada pendapat sendiri kan? Masing-masing pun terbuka nak bercerita tentang apa saja. Baik cerita peribadi mahupun cerita tentang apa saja. Aku sendiri lebih senang bercerita tentang apa yang aku tau. Apa yang aku ada hanyalah keluarga dan anak-anak. So aku fokus je la pada apa yang aku tau. 

Setiap orang ada corak penulisan tersendiri dan sebagai blogger yang tak la hebat pun, aku hormat cara dan corak penulisan setiap orang. Aku adalah antara manusia yang sangat terbuka dan boleh membaca apa saja. 

Mungkinlah kan, aku bukan artis pun (hehe), sapalah nak baca kisah hidup aku ye tak? Tapi aku titipkan (fuh, ayat titip tu, sastera ni..) setiap kisah dalam blog ni khas untuk mak aku. Yea, tak percaya ke? E.M.A.K aku. Emak adalah satu-satu pembaca setia blog ni.

Dah tentulah mak nak tau perkembangan diri aku, kisah cucu-cucu dia, apa yang aku masak dan lain-lain lagi, so haruslah aku bercerita dalam blog ni kan? Walaupun sebenarnya tiap minggu aku balik ke rumah mak, tetap aku nak letak jugak segala kisah dalam blog ni. Dalam blog boleh letak gambar, kalau cakap-cakap cam tu je, takde gambar tak best..

Dan jujurnya lagi, aku lebih suka baca cerita peribadi orang, bukan nak jadi kepochi ke apa..Takkk, bukan macam tu..

Kadang-kadang kisah peribadi orang, boleh kita jadikan sumber rujukan dan panduan dalam melayari kehidupan. Ada masa mungkin kita rasa hidup kita sangat susah dan stress, tapi bila baca kisah orang lain, kita akan sedar bahawa betapa untungnya hidup di bumi Tuhan ini dan perlu sentiasa melahirkan rasa syukur. Itu je..

Lagipun, sekarang ni bermacam-macam blog ada, sampai rambang mata nak baca. Semua pun ada kisah tersendiri. Tinggal klik dan baca je..Pilihan ada di tangan masing-masing. Aku pun tak penah nak paksa orang baca blog ni. Kalau rasa nak baca dan enjoy dengan apa yang aku tulis, silakan..Kalau rasa tak best, tak payah baca..Senang kan?

Pada mereka-mereka yang memang ikuti segala cerita dalam blog ni walaupun tak se 'best' mana pun, terima kasih banyak-banyak..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...