16.5.11

Sapa nak bagi abah hadiah?

 "adik pun nak buat kad jugak..adik nak bagi cikgu za.."

 Ni lah hadiah untuk cikgu..

 Terima kasih cikgu..
senang tekap tapak tangan sendiri je..

1 drawing block bagi 4 je..haha..jimat sungguh..

Salam,

Pengaruh seorang guru tu sangat besar. Malam tadi singgahlah kejap ke kedai One Stop (kat bandar BP)..Masyaallah punyalah terkejut aku, ramai sungguh orang kat kedai tu. Parents penuh dalam kedai tu dengan anak masing-masing yang dok sibuk mencari hadiah untuk cikgu-cikgu termasuklah anak aku si zarif tu.

Haii, nasiblah dia mintak 4 je. So belikanlah benda alah comel tu, apa ke namanya aku pun tak tau. Aku tak boleh duduk dalam kedai tu lama-lama pasal lemas. Kedainya besar tapi orangnya ramai., buat aku lemas. Seronok budak-budak ni mencari hadiah untuk cikgu-cikgunya kan..Untung cikgu.

Dan sebagai ibu yang baik hati, aku pun tolonglah balutkan hadiah tu untuk 4 orang cikgu kesayangan zarif. Kad tak payah beli. Buat sendiri je, lagi sentimental value..Nukilan dari budak kecik kan, jadik hasilnya tu nampak lebih jujur.

Aku tau cikgu-cikgu tak mintak pun hadiah, ingatan je dah memadai..Tapi dah kalau nama hari guru tak bagi hadiah memang tak sah..Especially budak sekolah rendah la kan..

# Harap lah zarif dapat jawab soalan periksa subjek JAWI dengan BAHASA MELAYU #

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...