3.5.11

Lagi soalan

Salam,

Lagi soalan yang terpacul dari mulut zarif buat aku terpinga-pinga sampai kena google nak carik jawapan...nah zarif, harap ibu dah jawab soalan yea..

Sebelum tu, cam biasa dialog antara aku dan zarif;

Zarif : Ibu, camana rupa ikan tembakul?

Aku : Err, camana eh?

Zarif : Ikan tu dia duduk dalam bakul ke? Ataupun dia boleh bertukar jadik bakul?

Aku : (hahahaha - gelak dalam hati je kot), eh tak la..apa pulak cam tu..

Zarif : Habis camana rupa ikan tembakul?

Aku : Nantilah, bagi ibu carik dalam internet dulu eh..

Maka, ibu yang baik hati ni pegi la meng 'google'...hasil pencarian tu terjumpa la ini;

Ha, ni la rupa ikan tembakul..boleh panjat rupanya ikan ni..

Memula aku cam tak caya? Biar betul ni ikan tembakul? Kan ke ni ikan belacak? Tapi dah kalau aku google semua gambar ikan tembakul, rupanya memang lebih kurang ni je..so betul la tu..

Untuk menambahkan keyakinan bahawa ni adalah ikan tembakul, aku amik info ni dari WIKIPEDIA...silalah baca;

Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). 
Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.

Tetiba teringat cerita Batu Belah Batu Bertangkup...

2 comments:

  1. bawakle pegi tanjung piai..hihi kat sana banyak ikan tembakul ni..:)

    ReplyDelete
  2. mcm mne lak dia boleh terpikir nak tanye soalan mcm ni...bagusnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...