31.12.11

Kenangan 2011

Lagi beberapa jam insyaallah akan menginjak ke 2012. Takmo buat azam baru macam kebiasaan, ikut flow aje. Biarlah perancangan tu aku tau sendiri, yang pasti semua orang nakkan keadaan yang lebih baik dari hari semalam kan..

Sesungguhnya 2011 meninggalkan kenangan pahit dan sesuatu yang tak terduga dalam kehidupan aku sekeluarga. Bagi yang follow blog aku pasti tau akan kehilangan arwah mak dan ayah mertuaku dalam tempoh 4 bulan, pada tahun 2011..Dan kematian arwah abah pula seminggu sebelum menyambut hari raya aidilfitri. Boleh baca kisah di sini dan di sini.

Yang pastinya  kematian itu adalah sesuatu yang pasti cuma kita tak tau bilakah masanya dan kita perlu bersedia untuk menghadapi apa saja keadaan. Alhamdulillah mrhubby dapat menempuh segalanya dengan tabah dan kitaorang redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Segala apa yang berlaku pada tahun ini akan dijadikan panduan untuk kehidupan seterusnya insyallah. Yang pastinya 2012 ni akan menjadi lebih sibuk dari kebiasaan bila zarif dah mula sekolah rendah..:)

Semoga selamat semuanya..tata 2011...thanks for all the memories....









30.12.11

Bila masanya?

Bilakah masanya yang korang dapat berbual dengan suami/isteri? Yelah kan, masing-masing sibuk dengan kerjaya tak kisah la yang bekerja atau tak, lebih-lebih lagi bila dah ada anak..Macam-macam benda nak dibuat..

So, bilakah masanya yang korang luangkan masa dengan suami/isteri? Maksud luangkan masa di sini adalah berbual dan bercerita-cerita tentang banyak perkara..Waktu minum petang ke? Waktu makan malam ke? Tengah nengok tv ke? Waktu sebelum tido ke? Atau tak berbual langsung ke?

Rasanya salah satu pengikat hubungan yang baik adalah komunikasi. Sekiranya tiada komunikasi rumahtangga mungkin akan rasa hambar, yea tak?

So bila? Boleh share yea...

Zarif yang sibuk

Pagi semalam adalah hari pendaftaran untuk pelajar darjah satu merangkap hari membeli buku-buku sekolah. Aku tak dapat pergi sebab ada majlis universiti, jadi mrhubby jelah yang uruskan semua.. Mrhubby kata zarif masih lagi memegang title pelajar yang paling besar di sekolah, hehe..

Urusan tu semua tak lama, kejap je pun. Dan hujung minggu ni ada banyak lagi benda nak kena dibuat termasuklah nak menyampul semua buku-buku zarif, huhu..

Malam tadi pulak zarif ada majlis yassin dan tahlil..Ha, jangan main-main zarif pergi majlis tahlil tu, yassin pun dia tak reti baca lagi. Sebenarnya tempat dia belajar ngaji anjurkan program tu, so semua pelajar terlibat dari pukul 7.00 malam sampai lah dekat 10.30 malam baru dia balik.

Aku pun nengok dia cam enjoy je kan..Kira oklah tu. Balik dari majlis dah kepenatan, tertido lepas tu meragam sikit mungkin sebab penat kot..

 sebelum pergi sekolah

lepas balik dari tahlil

29.12.11

Ha..dah abis dah Tentang Dhia

Aduhh..sedih giler kot nengok Tentang Dhia ni, berjurai-jurai air mata aku..Nak cari perempuan sebaik Dhia ni memang susah ler, aku percaya ada je lagi perempuan cam Dhia ni kat muka bumi ni tapi bilangannya sangatlah sedikit..Tu pendapat aku ler..

Ending citer, pada aku okler dan aku pun puas hati jer si Zikir tu mati sekali biar si Rose tu tak dapat dia, haha..Cumanya lagi molek kot kalau tunjuklah tanda-tanda Zikir tu nak mati, cam kena serangan jantung ke, (dia mati sebab serangan ahmar dalam tido kan) ni macam tiba-tiba je mati sebelah Dhia, tapi sebab dah minat sangat citer ni, kira relakan jelah ending gitu..:) Yelah kan, fikir positif jerlah, kuasa Tuhan memungkinkan cara kematian sebegitu rupa, ye tak?

Ohhh, lagi satu, , apa yang terjadi pada mak Zikir tu eh? Kat situ tak puas hati sangat ler..

Kalau nak buat sambungan Tentang Dhia 2 pun dah tak boleh pasal Dhia dan Zikir dah takder, huhu..

Ombak Rindu | Final Tentang Dhia

Akhirnyaa..

Ombak Rindu dah keluar kat Astro First..bolehlah aku amik dan nengok filem tu..Berulangkali boleh nengok...Tapi tak pasti lagi nak amik start bila ni, kalau boleh takmo la amik waktu kerja ni, rugi jer..baik amik start jumaat malam nanti, :)

Aku tau filem ni boleh jugak di download dan nengok kat youtube semua kan..Tapi aku ni bangsa yang tak sabar nak menunggu dan tak suka nengok citer sangkut-sangkut, so berkorban ringgit sikit ler..

TAPIII...sebelum tu kita nengok final TENTANG DHIA dulu eh..Aku tau ramai peminat citer ni, last episod petang ni, geram dengan mak Zikir tu..

Kalau tak silap, Dhia akan dimadukan bila si Zikir berkahwin dengan Rose tu...so kita nengok jelah yea..:)

Suka 3 Idiots

Yea, baru ada masa nak update pasal citer 3 Idiots. Hari ni akan nengok sambungan citer ni lagi. Sebenarnya dah banyak kali nengok citer ni tapi tak pernah sampai habis, so end up tak faham langsung pun jalan citernya. 


So, malam tadi barulah aku nak nengok la bersungguh-sungguh, tapi TV3 buat part by part, itu pun aku tau bila member aku bagitau kat fb..Malam ni ada sambungannya lagi..Kira bolehlahh, at least aku ada aktiviti la dua malam ni, hehe..

Dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi lagu ni, sangat catchy..


Sinopsis 3 Idiots, klik (sumber);

Kalau ada rezeki dapatlah rasa..

Kejap lagi berlangsung la Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC). Takk..aku tak dapat, tapi aku tak kisah pun. Bukanlah langsung tak kisah dan takmo dapat.

Tapi ni kan bergantung jugak pada rezeki. Seronok dapat nengok kawan-kawan yang akan dapat anugerah ni nanti. Bohonglah kalau kata tak terselit keinginan untuk dapat anugerah ni ye tak? Tapi lagi sekali kita kena tau untuk dapat anugerah ni kena melalui proses yang ditetapkan. Kalau kita tau segala proses tu, takdelah kita anggap yang bukan-bukan atau kata bos kita pilih kasih..

Ada orang yang dah lama kerja dari aku pun still tak dapat lagi anugerah ni. So semuanya bergantung pada rezeki dan Tuhan tentukan. Yang penting hati kena baik dan jangan dengki-dengki. Dan aku sendiri pun rasa masih tak layak untuk dapat anugerah ni. Dan kena fikir balik yang tak dapat tu bukanlah tak cemerlang okeh..:)

Buat je kerja dengan ikhlas, kalau sampai masanya Tuhan nak bagi rezeki, dapatlah rasa anugerah ni yea tak?

Aku tukang tepuk tangan jelah..hehe..

28.12.11

Lotus Desaru - final

ni dah keluar kolam dah..

pandang dari jauh jer..

bilik kitaorang kat bangunan biru tu..

kalau dah dapat air memang susah nak bergambar..
(ni bukan hujan tau)

zara cuma nak main kat tempat cetek gini jer

zarif excited main ni

mrhubby pun sama

ok..tata Lotus Desaru

Muak korang kena baca pasal kitaorang pergi Desaru ni kan..Takpelah, ni kot sapa-sapa nak g Desaru boleh buat entry aku sebagai rujukan, hehe..

Serius, sebenarnya takde apa sangat kat Desaru ni, lagilah kat pekan Bandar Penawar tu. Tapi aku nak lari dari kebiasaan asyik pegi Port Dickson atau Melaka..So, duduk jelah kat Lotus Desaru ni, serius ok dan insyaallah aku akan datang lagi sebab aku suka sangat dengan servis yang diberikan..****

Dan kalau boleh takmo lah pergi semalam jer, kalau boleh lebih dari semalam la barulah syiokk..:)


Lotus Desaru - (ii)

Inilah wristband yang kena pakai tu, 
3 free dan 1 lagi aku kena beli dengan harga RM5

 zarif memang pantang jumpa air

 kena pantau ngan abah

 tinggi air kat water theme park ni lebih dari betis zara tu

 mrhubby tunggu air nak jatuh, aku takde..

 yeayyy...

 suka berendam eh

nie spesies aku ni, tak suka kat tempat dalam-dalam

Masuk bilik, letak barang-barang semua, zarif dah macam apa dah bila nampak swimming pool ni, macam tak tentu arah je rupanya..Sebelum tu aku kena menapak ke lotus junior club untuk beli satu lagi wristband tu..

Settle tu semua, salin baju dan apalagiii.....Aku teringin nak mandi tapi kurang gemar kat public, setakat main percik-percik air je bolehlah, hehehe..Sampai ada orang tegur aku, "Tak mandi ke?" "Tak..saya main rendam-rendam kaki je ni.."

Ok, sambung lagi nanti yea...

Lotus Desaru - (i)

Lepas seminggu baru nak update pasal citer pegi Desaru. Kenapa Desaru? Sebab last ke Desaru pun masa umur aku 6 ke 7 tahun kot..Lama giler kan..Tu sebab aku pilih ke sana, bukan lama pun, tido semalam jer. Kitaorang menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Aku dah book sebulan awal. Hujan tanpa henti beberapa hari sebelum pergi buat aku rasa tak keruan. Patutnya check in hari Selasa, tapi aku tukar ke hari Rabu..

Memang sengaja pilih weekdays sebab nak harga bilik yang murah plus takmo ramai orang, hehe..Alhamdulillah hari Rabu lepas tu cuaca memang elok sangat seharian. Langsung tak hujan dan matahari mengeluarkan sinarnya.

Semua bilik di Lotus Desaru adalah apartment type. Dan of course aku pilih one bedroom type jer. Price yang aku dapat RM220 (dah kira government rate sekali). Bayar tu dapat free wristband 2 plus 1 untuk budak bawah umur. Wristband tu perlu dipakai masa kat water theme park, swimming pool dan kat area lotus junior club.. Pada aku kira oklah, kalau tak harga asal bilik lebih RM350 nak-nak lagi bila time weekend..

Layan gambar yang tak seadanya ni yea;

 sangat cozy

 sukanya zarif..

 katil di tingkat atas

 ada bath tub

nak tunjuk kat jamban ada getah paip..hehe

Pada pendapat aku, ni antara resort yang aku nengok kat website sama je rupanya bila aku datang sini. Bersih dan sangat memuaskan hati..:) Mungkinkah aku datang weekdays so semuanya ok sesaja..Mungkin kan..

Ok, later sambung lagi pasal Desaru yea..Nak dengar taklimat SBPA ni..:)

27.12.11

Penat | Blogwalking

Baru malam ni la aku boleh baca blog kawan-kawan sekalian..Siang tadi memang tak berkesempatan nak menjengah sangat blog kawan-kawan. Kerja di pejabat harus dilaksanakan dulu terutama bab menguruskan segala urusan surat keluar masuk dan jadual untuk bos-bos..

Ni pun sesambil nengok masterchef sambil layan blog, hehe. Esok pagi akan diadakan taklimat berkenaan Opsyen SBPA. So, esok dengar jelah apakah sebenarnya SBPA tu. Haraplah segalanya ok saja..Macam aku cakap sebelum ni, aku sign jelah. 60 tahun pencen pun takper, kalau rasa tak kuat, pencen sebelum 60 tahun tu kan..:)

JPO - Johor Premium Outlet




last but not least makan aiskrim jer..:)

Balik dari Desaru terus singgah di JPO. Memang ada banyak butik-butik hebat kat sini..Rambang mata ohh. Tapi aku tak masuk pun semua butik..Kira menjaga nafsu. Kata mrhubby, kita survey-survey dulu jer, bukannya nak beli. Kata orang cuci mata, bukannya cuci duit, hehe..

Bolehlah kalau nak beli barang-barang kat sini, harganya pun oklah, not bad..Aku nak komen lebih-lebih pun tak boleh pasal aku just round kat luar jer, tak masuk dalam semua butik..Kalau korang tak pergi lagi, pergilah buat cam aku cuci mata jer...:)

Singaporean menjijit beg-beg plastik cam tak cukup tangan je aku nengok, huhu..

Moga kekal ke akhir hayat

8 tahun sudah menempuh segala suka duka dan pahit manis kehidupan. Insyaallah akan terus bersama sehingga ke akhir hayat. Moga dilimpahkan rezeki kepada kami sekeluarga..Amin..


"LOVE IS LIFE, AND IF YOU MISS LOVE, YOU MISS LIFE"
~ Leo Buscaglia ~

26.12.11

Selamat Hari Lahir Abah..

Masih lagi di kampung dan insyaalah petang nanti akan bertolak balik ke Batu Pahat.

Hari ni 26 Disember merupakan hari lahir abah aku yang ke 63 tahun. Aku cuma mendoakan abah dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian..

Sayang abah selalu...

***********

Setelah sampai di Batu Pahat, minum petang sambil makan kek antara kitaorang jer..

 kek tiramisu emak tempah dari kawannya, sedappp..





Published with Blogger-droid v2.0.2

25.12.11

Di kampung Kesang

Sekarang ni aku, mrhubby dan anak-anak berada di kampung atuk aku di Kesang, Muar..

Kitaorang ikut mak abah aku melawat atuk aku yang tak berapa sihat, so far alhamdulillah, kesihatannya beransur pulih..Sesekali seronok gak balik kampung ni kan.

Selamat menyambung cuti yea esok...daaaa..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Ajaib Cinta - Sengal tapi enjoy..

Serius, walaupun cerekarama AJAIBNYA CINTA tu macam sengal jer, tapi disebabkan ada Umie Aida dan Johan Asari (Botak), aku dan mrhubby boleh pulak layan, siap tergelak-gelak lagi.

Cerita yang santai dan menghiburkan, sesekali kena layan cerita yang ala-ala cam gini, lagu hindustan pun best..Ala cerita ringan dan tak memberatkan otak bila seorang pemuda jatuh cinta pada janda anak satu. Dalam masa yang sama anak si janda ni boleh pulak minat kat pemuda ni..Itu jer..

gambar dari twitter Umie Aida

Tapi soal hati dan perasaan memang tak boleh dipersoal. Kalau hati dah suka, tak kisah siapa pun orangnya kan...:)

24.12.11

Bermalasan | We Are Family

Hari ni hujan turun tanpa henti..Sejuk kat parit raja ni, baju pun tak kering, huhu..Apa aktiviti korang?

Yang pastinya kitaorang takde kemana, dan hanya duduk di rumah bermalasan gitu. Bermalasan sampai nak masak lunch pun malas, tapi sebab perut lapar kena jugak masak, tapi spageti jelah kot, hehe...

Sambil-sambil makan terbukak la pulak chanel tv3, tertengok pulak citer hindustan..Rasanya cam dah lama je tak nengok citer hindustan ni kan, apa lagi layan jelah..Nengok pelakon cam best je, ada Kajol dan Kareena Kapoor dan jugak hero hensem Arjun Rampal. Tajuk citernya "We Are Family"


Dan aku sertakan OST citer ni, best dan sedih tau..


Sinopsis citer ni kalau korang nak tau baca kat sini eh...

23.12.11

Zarif dan origami

Oh, hari ni takde mood nak berblog, huhu. Mungkinkah sebab hujan menyebabkan perasaan malas melanda, ishh..ishh..Ok, nak selit satu entry petang ni, tentang zarif dan origami.

Mentang-mentanglah dah pandai taip perkataan kat komputer, so dicarinya origami..terer lak tu bukak kat youtube semua..Aku ok jer, tapi yang tak ok, habis kertas A4 kat rumah mak aku, huhu...


Cerita pegi Desaru dan JPO minggu depan yea aku tulis, pasalnya nak pilih gambar-gambar, sangatlah lazy..

Kecil hati?


Aku tertarik dengan status dari fb Datuk Dr Maznah Hamid hari tu.

Aku sendiri dalam proses untuk jadi manusia yang kebal emosi sebab aku tau aku pun orang yang mudah kecil hati..huhu..

22.12.11

Kenyataan akhbar JPA

KENYATAAN AKHBAR
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
 
Berikutan terlalu banyak pertanyaan yang diterima mengenai status pelaksanaan SBPA, adalah dimaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti ditetapkan. JPA bersama CUEPACS akan mengadakan perbincangan esok (23 Disember 2011) bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
22 Disember 2011 

So, sama-samalah kita tunggu apakah keputusan seterusnya. Sebagai penjawat awam ni pun aku dah confuse ni..Percayalah, kerajaan memang tak mampu nak puaskan hati dan kehendak semua orang..Insyaallah masing-masing akan dapat rasa kebaikannya walaupun secara berperingkat-peringkat..Yang paling penting kita semua punya pekerjaan dan rezeki tu Tuhan yang tentukan ye kan?

SBPA Ditangguhkan

Ermm, aku baca status bos aku kat fb kata Perdana Menteri minta skim SBPA ditangguhkan..Punyelah excited nak tandatangan dah tak jadik pulak. Entah sampai bila nak ditangguhkan pun aku tak tau..

Sapa-sapa yang penjawat awam tu tunggulah Buletin Utama malam ni, comfirm keluar berita skim SBPA ditangguhkan. Kita nengoklah nanti apa lagi CUEPACS nak bincangkan.

Sebagai penjawat awam yang makan gaji dengan kerajaan ni, aku follow jelah. Dah kalau JPA nak buat cara camana pun, aku follow jer..Pada aku setiap skim pun akan ada kelebihan dan kekurangan..So kita nengok jelah yea..

Cuma..janganlah tangguh lama-lama, nak rasa gaji baru, huhu..Pastu nak pilihanraya ni, tak molek tangguh lama-lama, hehehe...

Maaf | Terima kasih

Maaf pada semua kalau aku tak dapat reply komen juga tak berkesempatan ke blog korang. Bukan tak sudi tapi sekarang aku berada di Lotus Desaru Beach Resort, so line internet kat sini agak kureng sikit, maklumlah aku guna broadband DIGI..paham jelah kan line DIGI, hehe...

Terima kasih pada  yang masih sudi datang blog ni dan bagi komen. Nanti aku update cerita di Desaru dan petang nanti mau singgah dan cuci mata di JPO (Johor Premium Outlet). Aku nak cuci-cuci mata jer, bukannya cuci duit di sana, hehe..

Tata....



 

21.12.11

Reward

Aku memang suka buku dan majalah..Kira kalau nampak kedai buku tu pantang betul kalau tak singgah dan tak keluar duit, huhu...Ni jelah reward untuk diri sendiri, janji hati suka..:)





20.12.11

Jawablah ibu...

Bila zarif bertanya;

"Kenapa orang tu kawin dengan lelaki?"
"Kenapa dia cium lelaki tu?"
"Lelaki dengan lelaki boleh kawin ke ibu?"


Surat tawaran opsyen


Surat tawaran opsyen dah ada kat tangan sejak semalam, tapi taklimat belum diadakan lagi. So takmau tandatangan dulu, bukan mengada-ngada, tapi biarlah dengar taklimat dulu kan..Walaupun sebenarnya tangan ni dah gatal nak tandatangan je terus.:)

Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan nak bagi, besar ke kecik jumlahnya bukan ukuran, yang penting dah kerja makan gaji dengan kerajaan so ikut jelah apa yang nak diberi, kira dah bersyukur sangatlah..

Insyaallah tahun depan mungkin menjanjikan keadaan dan kehidupan yang lebih baik untuk aku sekeluarga. Mudah-mudahan juga rezeki yang bakal diterima aku dan mrhubby boleh dikongsi dengan yang mereka yang  tersayang..Insyaallah...

19.12.11

Berdoa ketika hujan | Cuti

Sifat manusia memang suka mengeluh, aku pun tak terkecuali. Lebih-lebih lagi ketika pagi ini hujan masih lagi membasahi bumi sejak semalam tanpa henti, risau jugak ni kalau banjir..

Tapi kita terlupa antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika hujan turun. Maka berdoalah semua, mudah-mudahan ada antara doa kita yang didengar dan dimakbulkan Tuhan.

 Lafaz doa ketika hujan ialah :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat
( Riwayat Imam al-Bukhari)

Mulai esok hingga rabu aku akan bercuti, bukanlah nak ke mana pun. Haraplah segalanya berjalan dengan lancar, plan memang dah dibuat dari awal..Berdoa jugak mudah-mudahan cuaca ok esok, tapi kalau berterusan hujan juga, redha sajalah..

Lagipun cuti ni lebih kepada nak sambung beli kelengkapan untuk persekolahan zarif..Itu yang paling penting..Minggu depan pastinya mrhubby dah mula sibuk dengan mesyuarat di sekolah dan aku pulak sibuk nak tolong bos pindah bilik..


Kenyang perut suka hati

Semalam hujan tak berhenti sepanjang hari, infact masa aku nak tido pun, hujan masih lagi turun. Kain sebakul aku dah basuh, tak dapat nak sidai, sebab kain baju yang bersidai kat luar tak kering lagi. Kain kotor pulak makin menimbun.

Memang kitaorang takde ke mana. Duduk rumah sesaja, mengemas dan main masak-masak..:) So, untuk lunch semalam, aku masak lauk daging goreng kunyit, kobis goreng simple dan sambal kentang dan ikan bilis..Dessert pulak aku buat puding roti, menyempat je aku buat, walaupun hujan kitaorang belasah makan dengan aiskrim jugak..

Kira semalam, hujan-hujan buat perut aku kenyang suka hati..




18.12.11

Sebab Masterchef

Ni semua gara-gara nengok Masterchef la ni, budak dua orang ni berangan nak masak-masak, entah apa yang dimasak menggunakan bedak, sampai bedak berterabur atas karpet tu..Hai..layan jelah perangai diaorang ni, last sekali, pandai buat sepah pandailah kemas yea..



Pagi minggu

Selamat pagi..

Syukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di pagi minggu ini. Aku mimpi aku kerja hari ni, siap tersedar awal lagi, rupanya hari Ahad..:)

Hari ni rasanya takde plan nak kemana. Nak duduk di rumah mengemas dan membasuh baju yang banyak. Cuaca sangat tak mengizinkan baju-baju tu kering dengan cepat. Aku sangat mengharapkan matahari akan keluar menyinari bumi ni..

Korang sarapan apa? Hari ni aku buat lempeng dan sambal sardin jer..Senang dan ringkas.




17.12.11

Aktiviti - Baca post

Antara aktiviti di hujung minggu adalah membaca post lama di dalam blog sendiri..:)

Dan bila baca segala post yang aku dah tulis dalam blog ni rasa macam tak percaya. Tak percaya sebab rasa macam cepatnya masa berlalu..Betul ke setahun dah nak habis ni? Rasa macam segala post yang aku tulis dalam blog ni baru je berlaku..

Sesungguhnya masa sangat mencemburui kita..Cepat betul kan..Korang rasa tak macam tu? Korang ada tak buat macam aku? Baca segala post yang kita tulis sendiri dalam blog? Rasa seronok kan..:)

Diam tak diam cuti sekolah pun tinggal lebih kurang dua minggu je lagi ni..

Sesekali tukar selera


Ni menu malam tadi. Rasa macam dah jemu makan nasi, so tukar la selera. Mula-mula nak beli capati frozen tapi mrhubby suruh beli roti dhal ni, so beli jelah. Actually dalam roti ni dah ada inti dhal tapi tak banyak la..

Lepas tu aku buat resipi daging cincang ikut resipi seperti ini. 

Alhamdulillah kenyang dan terima kasih atas rezeki yang Tuhan bagi..:)

16.12.11

Ermm, alahai..



"Zarif baca buku apa tu? Dari tadi kusyuk jer.." 
"Kita baca buku ni la.."
(buku seperti di atas tu)



"Doa apa tu?"

"Ni..kalau kita terbuat benda salah, ibu abah bacalah doa ni dulu sebelum nak marah kita.."

Yang ni memang betul LEWAT

Pagi ni bangun pukul 6.10 pagi. Siap-siap solat semua lepas tu terus ke dapur, baru sibuk nak menyiapkan bahan nak buat jemput-jemput kentang dan crabstick. Resipi jemput-jemput tu tiru dari sini.

Tup..tap..tup..tap..dari pukul 6.30 sampai ke pukul 7.15 sibuk menggoreng kat dapur sambil-sambil menyiapkan baju anak-anak dan bekalan makanan ke taska. 7.25 baru aku sibuk nak masuk bilik air nak mandi.

Settle semua lebih kurang 7.45 pagi dah nak keluar rumah, zara pulak buat hal menangis-nangis nak buang air kecik tapi nak aku uruskan takmo mrhubby pulak..Lepas tu merengek nak susu pulak..adoii, confirm lambat ni..

Dah siap semua, baru nak masuk kereta, tiba-tiba teringat pulak kat jiran sebelah yang nak mintak tolong mrhubby hantarkan borang BR1M dia..Dah, keluar balik pergi rumah jiran sebelah..Bagi salam, dia tak dengar..Amik pulak hp dalam kereta, call jiran..

Ok settle bab borang, hantar pulak budak-budak kat taska..Lastly barulah mrhubby hantar aku..

Slide...8.05 minit pagi..perkataan LEWAT keluar kat skrin sentuh tu, aiyaa..




15.12.11

Dia untukku

Tak sangka la Ady Putra ni kalau nyanyi best jugak. Rasanya bukan lagu tema Tentang Dhia ni je, sebelum ni pun dia ada nyanyi lagu untuk drama lakonan dia jugak, tapi aku dah lupa tajuknya.

Berbalik pada drama Tentang Dhia ni, terus terang aku tak mengikuti dari awal, baru minggu ni lah aku follow..So aku tak tau pun kisahnya dari mula. Kenapa mak si Zikir ni benci sangat kat Dhia ni eh? Geram pulak aku nengok..

Jom layan lagu Dia Untukku nyanyian Ady Putra ni..

Someone like you


Takde cerita nak tulis, layan lagu jelah..

Legoland Malaysia

Yup..Salah satu wish untuk tahun depan adalah nak pergi Legoland Malaysia.


Harga tiket memang agak mahal (rujuk sini)..Insyaallah kalaulah ada rezeki yang datang tahun depan, boleh lah kot jejak ke situ..

Pembukaan Legoland Malaysia ni kalau tak silap pada bulan September 2012.

Spontan

(1)
Zara : Ibu, mana barang adik?
Aku : Manalah ibu tau, cuba check kat beg tu sayang..
Zara : Eh..panggil sayang pulak..adik ni kan kecik, panggil adik baby..sayang tu kan ibu ngan abah..


(2)
Aku : Kat rumah ni ada banyak giler majalah saya..(tgh cakap dengan mrhubby)
Zarif : Eh..mana boleh cakap giler..kan tak baik, ibu kan yang haritu ajar kita tak boleh cakap giler..
Aku : Yelah..sorryy..


(3)
On the way ke ofis,
Aku : Alamak bang, hp saya tertinggal kat rumah la..
Mrhubby : Awak tak amik ke? Cuai la awak ni..Lain kali takyah ada hp la..



Salam pagi khamis untuk semua..:)

14.12.11

Backup kuat

Semalam zarif terpecahkan vase mak abah aku. Waktu kejadian berlaku aku kerja. Mrhubby yang bagitau, dia dah pesan berkali-kali pada zarif dan zara jaga kelakuan, jangan nakal-nakal..tapi dah nama budak kan...

Aku yang bengang bila dapat tau..
 
Of course mrhubby tak boleh nak pukul atau marah lebih-lebih kat rumah mak abah aku, dah tentu-tentu mak aku ada plus rumah mak aku adalah zon larangan memukul anak-anak..:)

Belum pun aku balik rumah, aku dah terima sms dari mak, "Cakap shahrul, jangan pukul zarif sebab dia terjatuhkan bekas bunga, nasihat aje, nanti dia jadi takut.."

Zarif dan zara bila nampak aku, menunduk je..Aku pun tak kuasa nak pukul, biasalah sound-sound lepas tu kena denda;
 
1. Tak boleh main basikal waktu petang
2. Tak boleh tukar chanel ASTRO CERIA 
3. Kena hantar pergi taska (mulai hari ni)

Malam aku call mak lagi, mak pesan lagi - "Jangan pukul zarif, nasihat je dia..namapun budak laki kan..dia tak sengaja.."

Hisshh..geram je aku, backup dia ni memang kuat tau..Tapi kalau aku nak pukul pun, bukannya mak nampak kan..hehe..(tapi serius mak, kak uda tak pukul pun..)

Budak zaman sekarang ni kan memang manja terlebih, tak boleh nak dijentik langsung, tapi aku akan buat jer kalau rasa perlu...

Teliti ke?

Kadang aku perasan aku ni sangat teliti orangnya. Kira jenis tak cuai la senang kata..

TAPI sebenarnya..

Semalam aku tertinggal hp kat ofis, sehari suntuk..cuai tak aku? 
Nasiblah aku ni bukan gajet punya orang kalau tak mau gelabah takde hp dalam genggaman..Tapi susah gak la, kalau ada emergency apa-apa kan..

Dan aku pernah jugak tertinggal purse berisi duit sebanyak 300rm, dan purse tu pulak tertinggal dalam kereta kancil aku kat luar rumah selama 3 hari 2 malam dan waktu tu aku ada kursus kat JB..cuai tak aku?

Dan aku jugak kehilangan kunci kereta kancil, dah jenuh mencari tapi tak jumpa-jumpa, memaksa aku buat kunci kereta kancil aku tu semula..(patutnya kunci kereta kan ada 2, tapi dua-dua pun hilang..dasar cuai giler..)

Dan aku rasa ada beberapa lagi kecuaian yang aku alami tapi malaslah nak tulis kat sini..

So, kat mana telitinya aku ni??



Tapak kaki jugak best

Korang suka urut tak? Tipulah kan kalau tak suka urut..

Serius aku suka diurut especially kat tapak kaki. Rasa macam best je, lagipun ada banyak kebaikan kalau diurut kat tapak kaki kan.

Tak percaya? Cuba nengok gambar ni;


gambar dari sini

See, kat tapak kaki je ada banyak titik-titik tertentu meliputi hampir semua bahagian badan kita. Bagi tukang urut yang pakar, memang diaorang taulah nak urut part yang mana kalau kita sakit kan..

Aku pun pernah buat urut / refleksologi kat tapak kaki ni, serius besttt...Tapi baru sekali jelah aku buat pun, lain dari tu, aku yang mintak tolong mrhubby urutkan, jimat kos, hehe..

Sekarang ni pun aku dah tak suka nak pakai heels lagi, cepat sakit tapak kaki, suka pakai yang flat-flat je..:)



13.12.11

Cinta Elysa | Masterchef

Cerita Cinta Elysa dah habis dah. Masalahnya aku pun nengok on off tadi. Kejap TV3, kejap lagi 104 - Masterchef...Padahal Masterchef tu ada je ulangannya esok kan, tapi tetap gak nak nengok. 

Mrhubby boleh cakap lagi, "Ala, Cinta Elysa tu nengok jelah kat TONTON.." Tapi tetap jugak bergilir-gilir menukar chanel. Dan menambahkan lagi masalah bila remote Astro aku dah rosak, langsung tak boleh guna, so demi Cinta Elysa dan Masterchef tu, sangguplah menukar chanel menggunakan dekoder Astro...:)

Kesimpulannya, aku tak berapa nak feeling sangatlah nengok Cinta Elysa tadi, terencat sikit sebab main tukar-tukar chanel kan..Memang kena nengok balik la ulangan kat TONTON. Nengok feedback kat fb ramai yang suka, happy ending eh..:)

Tak boring pun | Mawar Nafastari

Pernah ada sorang kawan tanya aku;

"Kau tak boring ke baca blog? Tak pening dan sakit kepala ke?"

Serius..aku tak boring dan tak pernah boring. Nak-nak lagi bagi yang kaki baca macam aku ni kan..Aku tak kisah pun kalau orang tulis pasal apa pun aku boleh baca lagi..dan lagi..dan lagi..takde hal punya..:)

Dan hari ni, sambil-sambil buat kerja, aku mencuri masa untuk baca hampir setiap entri dalam blog MAWAR NAFASTARI. Aku memang follow blog dia, tapi tak penah baca hampir keseluruhan isi entri blog tu..Yup, tinggal sikit lagi aku nak habiskan..

Kisah yang dialami benar-benar buat aku terasa..Pemergian suami tersayang tanpa diduga..Hebat dugaan yang diberi tapi dia masih beruntung kerana dikelilingi keluarga tersayang dan dua orang anak perempuan yang comel..

Aku mendoakan kehidupan yang baik untuk dia dan anak-anaknya. Aku tau dia akan cekal dan tabah menempuh hidup ni..





Indah ciptaan Tuhan

Sabtu, 10 Disember berlaku kejadian gerhana bulan. Memang rasa bersyukur yang tak terhingga bila aku dan keluarga dapat menyaksikan keindahan gerhana bulan tu. Sungguh rasa seronoknya tak terucap. 

Aku sendiri pun lupa bila last dapat nengok gerhana..Walaupun anak-anak sebenarnya tak ler paham sangat apakah itu gerhana kan, aku pun terangkan secara basic je..Tapi keterujaan nengok bersama-sama tu buat aku rasa seronok sangat..

Dan aku takdelah nak amik gambar gerhana bulan tu, dah kamera rosak, guna kamera hp ni pun nampak sayup-sayup je, serupa cam takyah amik gambar kan..

 zarif beria dengan teropong..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...