16.12.11

Yang ni memang betul LEWAT

Pagi ni bangun pukul 6.10 pagi. Siap-siap solat semua lepas tu terus ke dapur, baru sibuk nak menyiapkan bahan nak buat jemput-jemput kentang dan crabstick. Resipi jemput-jemput tu tiru dari sini.

Tup..tap..tup..tap..dari pukul 6.30 sampai ke pukul 7.15 sibuk menggoreng kat dapur sambil-sambil menyiapkan baju anak-anak dan bekalan makanan ke taska. 7.25 baru aku sibuk nak masuk bilik air nak mandi.

Settle semua lebih kurang 7.45 pagi dah nak keluar rumah, zara pulak buat hal menangis-nangis nak buang air kecik tapi nak aku uruskan takmo mrhubby pulak..Lepas tu merengek nak susu pulak..adoii, confirm lambat ni..

Dah siap semua, baru nak masuk kereta, tiba-tiba teringat pulak kat jiran sebelah yang nak mintak tolong mrhubby hantarkan borang BR1M dia..Dah, keluar balik pergi rumah jiran sebelah..Bagi salam, dia tak dengar..Amik pulak hp dalam kereta, call jiran..

Ok settle bab borang, hantar pulak budak-budak kat taska..Lastly barulah mrhubby hantar aku..

Slide...8.05 minit pagi..perkataan LEWAT keluar kat skrin sentuh tu, aiyaa..




11 comments:

  1. lima minit lewat tu kira ok lg kot.. hiks..

    ReplyDelete
  2. :) terlalu skema...hehehe

    cincai² la 5 minit

    ReplyDelete
  3. AGAK2 LEWAT TUE KNE DENDA TAK?? HIHIHIHHHH

    ReplyDelete
  4. @ct rahani memanglah ok, kalau sekali memang ok lagi

    ReplyDelete
  5. @azam walaupun 5 minit, kena prihatin tau..pasal 2 atau 3 kali lewat slide tukar kaler..huhu

    ReplyDelete
  6. Lewat sesekali boleh dimaafkan, tak selalu kan... kalau 5 minit 12 kali dah jadi satu jam hihi...

    ReplyDelete
  7. kat mana tu..

    kalau bandar KL ..5 minit
    pun banyak beza traffic nya...

    ReplyDelete
  8. Erk? Ade include KPI ke psl lewat nie?

    ReplyDelete
  9. @Fara kat tempat kita ni kalau datang lewat atau attendance tak baik - slide kedatangan ni akan berubah warna..tapi saya punya ok lagi cuma rekod tak cantik ler..ni pun kena isi borang tulis sebab kenapa datang lewat..

    ReplyDelete
  10. tpt kak aya kerja masih boleh consider kalau lambat macam tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...