30.12.11

Zarif yang sibuk

Pagi semalam adalah hari pendaftaran untuk pelajar darjah satu merangkap hari membeli buku-buku sekolah. Aku tak dapat pergi sebab ada majlis universiti, jadi mrhubby jelah yang uruskan semua.. Mrhubby kata zarif masih lagi memegang title pelajar yang paling besar di sekolah, hehe..

Urusan tu semua tak lama, kejap je pun. Dan hujung minggu ni ada banyak lagi benda nak kena dibuat termasuklah nak menyampul semua buku-buku zarif, huhu..

Malam tadi pulak zarif ada majlis yassin dan tahlil..Ha, jangan main-main zarif pergi majlis tahlil tu, yassin pun dia tak reti baca lagi. Sebenarnya tempat dia belajar ngaji anjurkan program tu, so semua pelajar terlibat dari pukul 7.00 malam sampai lah dekat 10.30 malam baru dia balik.

Aku pun nengok dia cam enjoy je kan..Kira oklah tu. Balik dari majlis dah kepenatan, tertido lepas tu meragam sikit mungkin sebab penat kot..

 sebelum pergi sekolah

lepas balik dari tahlil

6 comments:

  1. Amboi! Butang sampai ke atas, skema pakai baju sekolah Zarif!..hehe.

    ReplyDelete
  2. wahhhh...dah pergi tahlil org bujang ni...takpela belum pandai baca lg udet, tapi bagusla diterapkan dari awal untuk die hadir kemajlis2 macam tu.

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~ Kak, zarif memang skema, tshirt pun dia butang sampai atas, hehe,takper, budak baru nak belajar, skema dulu..

    ReplyDelete
  4. @eiza tulah anak g tahlil mak pulak nengok tentang dhia ngan 3 idiots, camana tu? huhu

    ReplyDelete
  5. mesti zarif x sabar2 nk gi skool kan.. :)

    ReplyDelete
  6. Samalah dgn Yusuf.. antara pelajar yg paling besar dlm kelas. Tapi Yusuf dah tahun 2 tahun dpn.. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...