7.12.11

Ketentuan Tuhan

Bukan mudah nak menerima suatu berita buruk. Apatah lagi bila melibatkan orang tersayang. Susah sangat. Kadang senang je mulut kita bercakap dengan orang tu, "Redha ye, ni kuasa Tuhan.." Mulut memang mudah berkata, tapi yang nak menerima ni memang payah, walaupun kita tau Tuhan Maha Berkuasa.

Dan petang semalam menerima berita dari mak aku, "Atuk kena kanser pangkal hati.."

Di penghujung usia disahkan pulak mengidap kanser. Ujian apakah ini? Ya, ujian dari Tuhan. Zaman ni kita tak boleh menelah. 

Siapa-siapa pun boleh kena kanser. Baik yang kecik, muda, besar, tua - sesiapa pun boleh..Yang kerja doktor pun boleh dapat kanser. Baik yang makan sayur, tak makan sayur, senam ke tak senam ke, gemuk, kurus, takde keturunan yang ada kanser ---- pokok pangkalnya kalau Tuhan berkehendakkan sesuatu itu terjadi maka terjadilah ia tanpa mengambil kira sebarang faktor di atas..Cuma sebagai manusia kita kena sentiasa berusaha dan berjaga-jaga, takdir Tuhan tiada siapa boleh halang.

Aku cuma mampu berdoa dan terus berdoa. Mengharapkan yang baik pada atuk aku. Dan aku juga mengharapkan doa dari kawan-kawan semua. Doakan yang terbaik untuk atuk aku.

Sekarang keluarga aku sudah ada keturunan yang menghidap kanser. Dan aku akan terus berdoa, mengharapkan diberi kesihatan yang baik-baik pada semua..

Ibarat kata mak aku, "Buat amal ibadat banyak-banyak je..." :(

13 comments:

  1. Benar Huda... kunfayakun Allah tidak siapa mampu menangkis. Beramal sebanyak yg termampu...

    ReplyDelete
  2. skarang nei tak semestinya keturunan huda..klu dah Allah tulis kita mmg kena sakit..tak yah tgk keturunan..tapi tu le org kata klu ada salahsilah kena tu kebarangkalian mmg akan terkena serpihan...tapi yg pasti jgn terus menyerah...kita kena berusaha tuk sembuh...selebihnya serah pada Allah..yg kasi sakit DIA..dan yg menyembuhkan pun DIA..doa yg tbaik tuk atuk awak :)

    ReplyDelete
  3. sakit..semua orang akan tempuhinya cuma berlainan cara...
    moga ceria dan sentiasa berdoa padaNYA..

    ReplyDelete
  4. Manusia hanya boleh merancang n berusaha,tp Allah yg menentukan..

    ReplyDelete
  5. Kdg, klu kita terlebih...dpt penyakit. Klu terkurang pun...dpt gak.

    Sy tak mampu nak kata pe. Cuma terdaya bagi semangat, gembirakan hati org tua selalu, bawa dia melancong (semoga dpt melupakan kesakitan)....

    ReplyDelete
  6. yang baik dan yang buruk.. setiap yang berlaku adalah dari Allah.. InsyaAllah, jangan pernah berhenti meminta dari Allah. Semoga atuk cpt sembuh. amin. :)

    ReplyDelete
  7. dugaan Allah kita terima dalam macam2 cara kan.. sgt betul, bila terkena pada org mudah benar kita minta mereka redha.. bila terkena pada kita sgt sukar utk menerimanya.. doa akak semoga segalanya dpt dilalui dgn baik..

    ReplyDelete
  8. apapun semoga allah beri sabar dan kekuatan menghadapi dugaan ya kak nurul....

    untuk berkata pada penanggung redha ya bukanlah sesuatu yang sesuai. kerana setiap musibah ada kesedihan dan ingatan. Hanya masa saja yang menjadi pengubat disamping sikap penanggung untuk terus tabah.

    namun bg kita yang melihat teruskan berdoakan agar mereka diberi kekuatan yang banyak dari Allah.

    ReplyDelete
  9. gituler ketentuanNya.. apa jua pemberiannya itu kita memang kena redhakan dan berusaha... tapi gituler berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kawan-kawan atas setiap doa dan nasihat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...