5.12.11

Kenapa aku je yang kena?

Semalam adalah hari yang paling lemau untuk aku. Ni semua rentetan pergi 3 majlis kenduri kawin hari sabtu lepas. Peliknya aku sorang je yang kena, mrhubby dan anak-anak takde pulak cam aku.

Aku lemau pasal berulang alik masuk bilik air dari mula bangun tidur sampailah ke lewat petang. Hanya Tuhan jelah yang tau betapa terseksanya aku..Sabtu lepas memang pergi 3 majlis kenduri kawin tapi aku makan di dua majlis je, itupun makan biasa-biasa je, bukan makan banyak pun. Masuk rumah yang ke 3 aku tak makan pun, setakat minum air je. Mrhubby dan dua anak aku tu, siap boleh makan tapi yang ringan-ringan je pun diaorang makan.

Kat mana silap yang aku makan pun tak tau. Aku rasa diri sendiri kot. Kan dah kata, kalau aku over limit, start la perut ni. Ikutkan dari sabtu malam tu aku dah mula loya nak muntah (pasal terasa makan banyak) tapi aku control la..Nasib tak muntah, tapi perut pulak buat hal, memang sabar jelah..

Tu pasal semalam takde ke mana. Duduk rumah melepek tido je. Lepas tu blogwalking baca blog kawan-kawan. Ada yang aku tinggal jejak, ada yang tak. Seronok baca sambil-sambil melegakan perut yang sakit tu kan..Nak post satu entry baru semalam pun malas.

Oklah, nanti aku update lagi. Terasa cam nak cuti la esok, cuti ada lagi ni..Ingat nak buat bubur asyura..:)







8 comments:

  1. Semoga Huda dah sihat sepenuhnya. Tapi, rasa letih mesti masaih ada kan?

    ReplyDelete
  2. Semoga lekas sembuh. Kdg2 punca angin menolak perut. Tu yg rs loya n sakit perut. Sy pnh jdk mcm nie. Sbr ya!

    ReplyDelete
  3. perut tu sensitip sgt kot..hehe..

    ReplyDelete
  4. cepat sihat yer huda...
    tak jumpa doc ke?

    ReplyDelete
  5. kdg2 kita makan benda yg sama dgn orang lain tp hnya kita je yg sakit org lain ok.. mgkin sbb antibodi kita x kuat. dulu sy pernah keracunan makanan sbb mkn cheese cake. hubby mkn jugak tp dia ok je

    ReplyDelete
  6. meamng selalu gitu... orang lain dia punya kekuatan perut dia lain... akakni kategori kebal sikit..

    ReplyDelete
  7. sebelum mkn tuh semuo mungkin dah masuk angin kot...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...