29.7.11

Aksi Lipatan Maut - Safee Sali & Amirulhadi



Salam,

Wah, tetiba aku nak share pulak video dan gambar ni..Agak menarik la kan..Korang nengok tak aksi ni? Sebenarnya aku tak nengok pun bab aksi ni malam tadi..Tu yang share tu..hehe..

Ajaibnya tangan ibu

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
 
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Teluk Gorek (akhir)

 merpati 2 sejoli..:)

 abah dan lil' zara

 ibu dan lil' zara jugak

 zarif tak heran nak bergambar pasal dia lebih teruja dengan air

 zarif dan makanan - bagai isi dengan kuku

 acara tiup belon dan pecahkan

 acara bola untuk lelaki

 masukkan pasir dalam botol untuk perempuan

 berangan je ni..

makan berdamai macam dulu-dulu..hehe

Salam,

Dah ni entry akhir pasal Teluk Gorek..Tak tau sapa yang baca, tapi aku nak jugak letak gambar-gambar ni semua..:)

Kalau korang nak pergi sini, tak boleh pergi satu keluarga je, tak syiok, pergi ramai-ramai baru syiok plus ada aktiviti lagi bertambah syiokkk..Overall, sangat menyeronokkan, thanks to team futsal sekolah mrhubby yang menganjurkan aktiviti ni..Tak rugi aku ikut..



Puasa

Salam,

Ni aku baca buku, so aku share dekat sini untuk pengetahuan kita sama-sama, insyaallah.

PENGERTIAN PUASA MENGIKUT HUKUM SYARAK;
Menahan diri daripada perkara-perkara tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat.


****************************


Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain, maka kelebihan bulan Ramadan adalah;

@ Ramadan adalah penghulu bagi semua bulan
    
@ Diampunkan dosa sehingga Ramadan yang akan datang

@ Ganjaran daripada Allah

@ Diampunkan dosa terdahulu

@ Diturunkan Al-Quran

@ Bulan Keberkatan

@ Malam Lailatulqadar

@ Dibebaskan daripada api neraka

Jadi sama-samalah kita mengambil keberkatan di bulan Ramadan yang akan datang, insyaallah minggu depan ya..Aku pun tak sabar nak puasa, nak bagi rest perut ni..Insyaallah juga, zarif akan berpuasa tahun ni, taknak paksa tapi slow-slow dulu..Kalau dapat setengah hari pun dah kira baik untuk dia..Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya..

Selamat Berpuasa pada semua, aku tau mungkin ada yang dah balik kampung, nak puasa dengan keluarga kan (macam bos aku jugak..balik kampung, rabu baru jumpa balik).  Bagi yang bercuti, berhati-hati di jalanraya bila balik kampung tu ok..

# Harimau Malaya tetap juara di hatiku..Malaysia pastinya boleh!!

28.7.11

Teluk Gorek (iii)

 gaya excited nak pergi memancing

 rombongan memancing

 menuju ke destinasi

 di kawasan berbatu ini

 mrhubby gaya je lebih..apa pun takde..

 kaum perempuan dan anak-anak tak memancing
main-main kat pantai jer

 zara - good girl

 bbq di malam hari..yum..yumm

 sedap..sedapp...

aku dok makan dan gossip-gossip je..enjoy..:)

Malaysia boleh?


Salam,

Zara nak bergaya macam ni bila nengok pasukan Malaysia beraksi malam ni menentang Singapura..:)

Aku cakap kat zarif pagi tadi, "Ala, Malaysia mesti kalah la malam ni" Tiba-tiba zarif dengan semangat wajanya cakap, "Ibu ni belum nengok lagi, dah cakap kalah..kita kan orang Malaysia, mesti la sokong pasukan Malaysia.." Huhu..zarif bersemangat betul!

Takdelah, sebenarnya aku saja cakap kat zarif macam tu..Aku pun sebenarnya sokong pasukan Malaysia, tapi aku rasa macam Malaysia kalah la..huk..huk.. Walaupun sebenarnya aku sangat-sangat mengharapkan Malaysia menang..Go..go..go..Malaysia!!


27.7.11

Bila zara buat gambar passport

Salam,

Pernah tak korang amik gambar passport anak-anak? Tau tak terseksanya aku nak amik gambar zara semalam? Terseksa sangat..Taska dia nak gambar passport, jadinya ingat zara ni senanglah nak amik gambar..Ya Allah, banyak sangat karenahnya..Nasiblah cina tu boleh sabar.

Bayangkan bila mula-mula datang, zara dah buat perangai, siap memujuk macam apa, at last, kitaorang terpaksa bawak dia pergi kedai dulu, bagi upah gula-gula..Lepas dah dapat gula-gula, masuk balik kedai gambar. Ingat sekali take jer terus ok, rupanya kena take berkali-kali..Zarif dah mengamuk nengok adiknya buat perangai..Kejap amik gambar, kepala senget la, tangan tak betul la, tak senyum, macam-macam lagi la..

Last-last, aku pun tak tahan macam ni..Dah banyak-banyak gambar yang amik, aku rasa yang ni jelah yang paling ok..Sebenarnya boleh buat lagi baik dari yang ni;

Upin & Ipin pun ada kurma la..

Salam,

Dah nak masuk bulan ramadhan ni sana sini dah mula jual kurma. Korang dah ada kurma? Aku tak kisah sebenarnya makan kurma mahal ke murah ke, rasa macam sama je..Tapi untuk puasa kali ni, aku pun dah dapat kurma. Dah dapat tau, bukan dah beli..Ada orang dengan murah hatinya bagi kurma. Terima kasih banyak-banyak ye. 

Semalam pegi pasaraya so nampaklah ini;


Ada kurma upin ipin..comel kan? RM3.50 untuk 200gram..Zarif dengan zara dah teruja dah tapi aku tak beli pun..hehe. Mana-mana budak pun kalau nampak upin ipin pun mesti teruja kan? Ada ke yang tak suka upin dengan ipin?

Wordless Wednesday #5


26.7.11

Kenapa mesti time gaji nak buat hal?

Salam,

Kenapa kan bila time dah nak dekat-dekat gaji mesti nak buat perangai? Memang saja kan...Saja memang nak suruh aku keluarkan duit? (sebenarnya duit mrhubby)

Time-time macam gini la nak buat hal..Cerek air la..Bukan setakat cerek je, dengan thermo pot sekali..Thermo pot ada dua, dua-dua buat hal, rosak. Cerek ada satu pun rosak tiba-tiba. Macam berpakat eh..Mrhubby pulak dah mengeluh, tak dapat nak minum air panas..So hari tu aku masak air guna periuk kecik (terpaksa la kan..).

So, semalam keluar mencari cerek..Misi adalah mencari cerek murah tapi berkualiti (melampau kan, dasar kedekut..huhu). Ikutkan aku, nak beli je cerek yang boleh masak guna dapur gas tu, tapi mrhubby takmo pulak, kata dia nanti cerek tu hitam la apa la..

 di kedai 1

 di kedai 2 

bolehla, untuk sementara ni..
(kata nak murah tapi berkualiti kan..hehe)


Tapi, aku prefer nak beli thermo pot jugak, pasal senang..Tau kan, thermo pot? Ke tak tau? Oklah ni contohnya..

Tiba-tiba aku suka eco thermo pot ni;
"bang, belikan yang ni boleh tak?"

Drypers special edition?

drypers pun nak diblogkan ke?

pasal aku rasa drypers ni cun walaupun murah..:)

Bercakap sorang-sorang, gila ke?

Salam,

Aku tak tau ni habit buruk ke apa ke, tapi aku memang suka bercakap sorang-sorang. Korang takut tak? Hehe..Sebenarnya benda ni bukan baru berlaku tapi lama dah..Rasanya sejak zaman kecik-kecik kot. Macamana boleh cakap sorang-sorang?

Entah ye..Mungkin ketaksuban suka bermain dengan anak patung, lepas tu suka berangan..Dan selalu menganggap anak-anak patung tu kawan aku. Jadi selalu lah bercakap sorang-sorang dengan anak patung tu. Bila dah besar sikit, tak main dah dengan anak patung. So selalu berangan sorang-sorang.


Keadaan tu berterusan tapi bukanlah kronik, takderlah sepanjang masa cakap sorang-sorang, karang orang pelik dan takmo kawan ngan aku pulak. Pernah la zaman belajar kat uitm, aku tengah duduk sorang-sorang, dan tercakap sendiri, tiba-tiba kawan aku masuk, dia dah cuak..Dia ingat aku gila ke, psiko ke kan..Tapi aku ok..tak gila tak....

Dan bila dah kerja ni, aku adalah orang pertama sampai ke fakulti, senang kata yang terawal la..Jadik ada satu hari tu, masa aku nak naik tangga, aku tercakap sorang-sorang. Terlupa lak yang cleaner dah sampai dulu, akak cleaner tu pulak tengah mop tangga..so dia pun pandang pelik je kat aku..Aku buat tak tau jer..cover..cover..(kak, saya tak gila tau..)

So, aku tak gila yea, aku normal jer..So jangan pulak kalau terjumpa aku atau orang-orang lain yang tengah bercakap sorang-sorang ni, nak assume gila..Tak baik ok..Orang-orang macam ni banyak sangat fikir, tu yang sampai tercakap sorang-sorang..Atau pun boleh jugak diklasifikasikan sebagai terlebih imaginasi..:)


25.7.11

Kemestian tidur di tengahari

Salam,

Tak taulah kalau orang lain kan, tapi kalau aku memang wajib balik pada waktu tengahari dan tidur. Mentang-mentang rumah dekat, kecuali la kalau ada hal-hal yang tak dapat dielakkan so, tak dapatlah nak tidur..Tapi kalau ada masa, maka tidur itu adalah wajib bagi aku.

Susahlah kalau nak nampak aku lekat kat ofis waktu rehat. Memang susah sangat. Aku lebih selesa balik rumah, segala-galanya buat di rumah. Baik berehat, makan, solat maupun tidur. Kalau kat ofis ni payah sikitlah. 

Mrhubby ni dah paham sangat dah. Maksud aku tidur di tengahari tu bukanlah tidur sampai sejam habis waktu rehat tu, takde maknanya..Lebih kurang 10-15 minit, tu dah kira memadai la..Paling sekejap 5 minit pun jadiklah..Bila dapat tidur tu rasa macam segar sikit (pasal tidur jap, cuba dapat tidur lama-mungkin segar banyak kot..)

Lagi satu kepantangan aku, waktu tidur, janganlah ganggu. Pada aku, itulah waktu yang berkualiti untuk diri aku sendiri..Sebab itu, tengahari aku wajib tidur, sekejap pun jadiklah. Tau jelah kan, bila malam nak tidur, confirm ada gangguan..Gangguan apa? - Ha, jangan fikir bukan-bukan..Ni gangguan dari zara la, kira dalam waktu tidur, 2 kali aku kena bangun pasal dia nak susu..sabar jelah..Nak harapkan mrhubby, hmm.. takpelah, aku kan isteri yang baik tak sampai hati nak kejutkan dia, hehe..

So, korang pun macam aku jugak ke tak?

Teluk Gorek (ii)

 tu semua rumah kitaorang, senang parking keta depan bilik je

 masing-masing bawak lauk sendiri, ala-ala pot luck gitu

 ulam-ulaman..makanan sihat ni

 meriah suasana cam ni

 see, makan atas tikar lagi ditemani angin sepoi-sepoi bahasa

 budak yang tak reti nak makan, tau nak main bola je

mendamaikan..

Salam,

Nanti aku upload gambar lagi yea..tapi tak boleh letak semua la pasal banyak sangat..letak gambar ni bagus, bagi kemudahan pada mereka-mereka yang mungkin nak pergi Teluk Gorek ni satu hari nanti, kan?

Aku suka pergi tempat-tempat yang ada laut ni, tak kisahlah tepi pantai ke, kat kawasan teluk ke, tapi tulah pasal, nak sampai ke mersing ni, ya allah, jauh oii, penat tau..Pulak tu, lalu kawasan hutan, jalan belok sana, belok sini..nasib g konvoi, agak meriah la, cuba kalau pergi satu kereta je, tak ke bosan?

Hari ni takde cerita lain, korang layan jelah gambar kat Teluk Gorek ni..:)

Zarif bagi soalan - "Ibu, kenapa ekor lembu asyik bergerak-gerak? Dia nak halau lalat ke?" Cuba tolong aku jawab..

Hujung minggu di Teluk Gorek Mersing

Salam,

Selamat pagi..Sihat hari ni? Alhamdulillah aku makin ok, boleh lah tersenyum riang, dah tak sakit perut lagi..hehe..Oklah, terseksa rasanya tak dapat nak berblog sangat. Tapi takper..Aku enjoy menghabiskan masa yang singkat dan padat bersama keluarga dan mereka-mereka yang terlibat di Teluk Gorek, Mersing..

Ala, pergi hari sabtu dan balik ahad, kejap kan. Tapi cukup berbaloi dan puas hati. Alhamdulillah cuaca pun ok kecuali hari sabtu dah lewat petang tu hujan lebat sikit dengan kilat-kilat tapi tak menjejaskan keseluruhan program pendek kami semua.

Ok, aku ikut kelab futsal sekolah mrhubby ke Teluk Gorek ni..Lebih kurang 10 family la. Tu pun ada 2 family lagi tak ikut..Seronok berkonvoi dan buat aktiviti bersama-sama. Hilang tekanan seketika bila ada kat situ.

Entry seterusnya aku akan letak gambar saja..Malas nak tulis or cerita ok, boleh kan? Huhh, pagi ni aku banyak kerja la dan tinggal sorang kat bilik, officemate cuti pulak. Confirm boring..huhu.


 sekeluarga

seluruh ahli keluarga TIFC

23.7.11

Aman damai

 
Salam,

Serius tak dapat update blog sangat pasal line yang begitu kritikal di sini. Di sini tu kat mana? Nanti aku bagitau yea..hihi..

Yang penting sangat mengujakan dan happy. Hilang tekanan..Oklah esok aku sambung blog lagi yea..tata..
Published with Blogger-droid v1.6.5

22.7.11

Aku longlai..


Salam,

Ingat dah baik rupanya masih lagi tak..Balik dari rumah mak malam tadi, masih lagi berulang alik ke bilik air..hmm, nasib badan kan.

Pagi ni aku patutnya dah bangun pukul 5.30 pagi tapi rasa macam longlai dengan nak pitam, aku sambung tido balik, sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi, huhu. Terus siap-siap nak solat..Aku suruh mrhubby dan zarif mandi dan siap-siap, biar diaorang gerak ke sekolah dulu. Aku dengan zara pergi lambat dalam pukul 9 lebih tadi.

Itupun aku ajak mrhubby pergi klinik kat universiti ni. Amik ubat dan dapat MC hari ni. Patutnya diaorang nak tahan aku nak drip air, tapi aku takmo.. Pagi ni aku masuk kerja kejap pasal ada sikit lagi kerja nak settlekan. Bukan pasal nak tunjuk baik ke apa ke..Petang nanti kira aku off day la..

Doakan aku cepat sihat ye..esok ada misi penting ni..:)

21.7.11

Tak tau buat kopi?

Salam,

Korang pandai buat air tak? Air minum la..Contoh macam air teh o, teh susu ke, air oren ke..Tau kan. Takkanlah tak tau eh..Aku pun tau..:) Semua jenis air ke korang tau dan pandai buat? Tau? Ermm..kira memang hebatlah..

Tapi kan..ni aku nak reveal la ni. Seriusnya aku memang tak pandai buat air kopi mahupun nescafe baik yang o ataupun dengan susu..Waaa..(malu-tutup muka cepat). Tapi takperlah, baik mengaku kan. Dan nasib baik jugak mrhubby tak minum air seumpama itu, dia minat teh o, kira kalau buat teh o tu, memang kacanglah pada aku.(kerek gila..).

Entah kenapa petang tadi isi masa berborak-borak dengan kawan-kawan termasuklah dengan suami kak yus sekali, tercerita la pasal buat air-air ni kan. Kak yus, SRD kata kalau dia jadi bos, dia nak suruh saya buat air kopi..hehehe..

Tak tau eh, kenapa aku macam ada problem buat air kopi or nescafe. Ni bukan 3 in 1 eh, kalau setakat 3 in 1 tu, zarif pun boleh buat..Ni yang guna serbuk original tu..Macam susah je aku rasa..Aku tak tau nak balance kan serbuk tu berapa banyak, belum lagi masuk susu ke gula ke..oh susah..susah..

Last week, mak suruh buatkan segelas nescafe untuk abah, gelabah aku..Mau tak gelabah, tak penah buat tiba-tiba kena buat..So, aku bantai jelah kan, sekali, rasa pahit la pulak..Aku dah tambah krimer dan aku tambah gula (agak-agak dan sesedap rasa - sedap ke?). Tapi nengok abah minum sampai habis (eh, habis ke ek?), aku rasa ok je kot..huhu..

Teruk kan aku..tapi takper, nanti-nantilah aku belajar buat kopi ni..hehe...Untuk pengetahuan, 10 tahun yang lalu aku adalah pencinta nescafe yang tegar, tapi sekarang tak lagi..

Cari makanan Mong

Salam,

Layan gambar dulu eh..ni last week masa keluar dengan adik aku yana, dia sibuk nak cari makanan untuk Mong kesayangan dia tuh..

yana berangan nak belikan rumah tu untuk Mong
zara pun boleh masuk dalam tu tau..


ntah apa la yang dibincangkan dengan amoi seksi tu..


nengok tempat tidur untuk binatang-binatang peliharaan, cantik kan?

Hari ni adalah hari yang tak berapa best..Selalunya aku susah nak bangun pergi bilik air..Tapi hari ni, belum sampai setengah hari, dah berapa kali aku ulang alik ke bilik air..paham tak? Tak paham? Tak paham takper..Kenapalah ko perut?..

Memang betul-betul letih la

Salam,

Selamat pagi..Maaf ye, pasal semalam memang agak letih dan boleh la pulak malam tadi aku tertido awal lepas mrhubby ke hospital nak jaga ayahnya. Kira memang tido sedaplah. Aku betul-betul terbangun pukul 4.45 pagi tadi. Tu kira dah bangun terus la. 

Hajat di hati malam tadi kononnya nak blogwalk dan nak balas komen tapinya pasal dah ngantuk sangat kan, so hajat hanya tinggal hajat jelah. Laptop yang dah sedia on terbiar cam gitu je sampailah aku bangun pagi ni..Tu yang kalau ada perasan, aku sempatlah baca blog-blog korang di awal pagi ni.

Mrhubby balik dari hospital jam 5.15 pagi tadi, bagi dia tido dan rehat jap. Jam 6.50 dah gerak dari rumah mak abah terus ke destinasi masing-masing. Nasib baik jalan tak sibuk sangat..Dan terima kasih untuk mak yang buatkan roti telur 8 keping untuk kami, habis makan dalam kereta saja..Thank you so much mak...:)

Ok, sambung nak buat kerja dan harapnya kesihatan ayah mertuaku bertambah baik..Amin.

20.7.11

Takde mood laa..

Salam,

Hari ni mood untuk berblogging memang terus ke laut pasifik..haha. Tak mampu nak blogwalking. Nengoklah bila keadaan dah tenang sikit nanti. Sekarang ni agak pening kepala. Tadi waktu rehat pergi ke hospital kejap nengok ayah mertua..Dahlah kat wad tu ramai pesakit, aku ni dahlah ada low blood, nengok ramai-ramai orang terus rasa pening..kang nanti aku pulak yang duduk hospital.

Biasalah kalau keadaan dah macam gini, agak huru hara sikit, paham jelah kan. Rasa diri pun dah macam tak terurus (tak terurus pasal harus berulang alik ke bandar)..huhu, tapi fikir positif..positif..positif..

Oh ya, keadaan ayah mertua aku - dia kena paru-paru berair. Doktor bagitau, yang lepas ni dia kena strictly control makan dan minum (especially air la). Dalam sehari kena makan dan minum tak lebih dari 1 liter..Hmm..so lepas ni aku dan yang lain-lain kena lebih alert..Kalau boleh biarlah ayah mertua aku sihat dan dapat berpuasa dan berhari raya bersama-sama..Mudah-mudahan..


Wordless Wednesday #4

Dugaan lagi

Salam,

Petang semalam hajat nak pergi bandar untuk amik gambar passport zara berubah menjadi cerita lain. Dalam perjalanan ke bandar mrhubby dapat call bagitau ayah dia tak sihat (susah nak bernafas). 

Aku dan kids ditinggalkan kat umah mak abah. Mrhubby dan kakak terus bawak ayah dia pergi ke hospital. Agak lama la mrhubby kat sana dan lastly ayah mertuaku kena warded jugak malam tadi pasal kena paru-paru berair. Apa lagi aku boleh cakap eh..Kalau nak suruh cerita memang dah tak boleh nak cerita la. Dugaan demi dugaan datang tahun ni..Semua main terkejut-kejut dan tiba-tiba je. Mental nak kena kuat  hadapi semua ni..Kisah yang lalu boleh nengok kat sini [klik] - boleh baca entry dari 26 April hinggalah 28 April 2011.

Aku kena faham setiap dugaan yang diterima mesti ada hikmahnya..Kadang aku muhasabah diri dan dapatkan nasihat dari mak abah. Yelah, bukan setiap masa kita boleh terima segala dugaan yang mendatang. Malam tadi sampai rumah agak lewat malam. Aku memang kesian kat mrhubby..

Hari ni kitaorang akan balik dan tido kat bandar (rumah mak aku). Mrhubby akan jaga ayah dia pulak malam ni..Aku pun tak tau sejauh mana condition ayah mertuaku setakat ini. Aku cuma berdoa yang baik-baik saja..Korang yang baca blog ni pun tolong doakan juga yea..Terima kasih.

19.7.11

Weekend yang boleh menggemukkan

Salam,

Balik bandar setiap minggu memang boleh menggemukkan la..Ia juga menyebabkan aku menjadi bertambah malas. Patutnya hujung minggu la aku jadik rajin, nak memasak tapi mrhubby asik kata - takperlah, beli je..Ada la jugak masak, tapi boleh dikira sangat..

Lagi pulak dah dekat umah mak, jap-jap balik umah mak..Mak pulak masak best-best, kena lagi macam last week dia buat cheese tart..Banyak betul aku makan..Belum lagi campur lauk pauk..Kalau aku amik sikit je, mak paksa suruh tambah-tambah, huhu..Tu belum lagi diaorang pegi rumah orang kawin lepas tu segala kerepek ke makanan yang dapat tu bagi kat aku dan anak-anak..:)

Dan itu jugak belum masuk lagi kalau keluar berjalan-jalan macam last week jugak dengan adik aku yana..Alang-alang dah singgah Square One, so singgah jap la ke kedai Polka Dot ni..

Kalau tiap minggu macam gini, abislah aku..makin gemuk nanti (walaupun sebenarnya berat aku tak naik pun, tapi aku tau lemak dah banyak ni..nak g check darah dan kolestrol la....)


zara - apasal ceria sangat?

alamak, tergelap la pulak..

3 layer tea-teh ais sebenarnya..hehe

roti john ayam special

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...