29.7.11

Puasa

Salam,

Ni aku baca buku, so aku share dekat sini untuk pengetahuan kita sama-sama, insyaallah.

PENGERTIAN PUASA MENGIKUT HUKUM SYARAK;
Menahan diri daripada perkara-perkara tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat.


****************************


Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain, maka kelebihan bulan Ramadan adalah;

@ Ramadan adalah penghulu bagi semua bulan
    
@ Diampunkan dosa sehingga Ramadan yang akan datang

@ Ganjaran daripada Allah

@ Diampunkan dosa terdahulu

@ Diturunkan Al-Quran

@ Bulan Keberkatan

@ Malam Lailatulqadar

@ Dibebaskan daripada api neraka

Jadi sama-samalah kita mengambil keberkatan di bulan Ramadan yang akan datang, insyaallah minggu depan ya..Aku pun tak sabar nak puasa, nak bagi rest perut ni..Insyaallah juga, zarif akan berpuasa tahun ni, taknak paksa tapi slow-slow dulu..Kalau dapat setengah hari pun dah kira baik untuk dia..Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya..

Selamat Berpuasa pada semua, aku tau mungkin ada yang dah balik kampung, nak puasa dengan keluarga kan (macam bos aku jugak..balik kampung, rabu baru jumpa balik).  Bagi yang bercuti, berhati-hati di jalanraya bila balik kampung tu ok..

# Harimau Malaya tetap juara di hatiku..Malaysia pastinya boleh!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...