Salam,
Back to work..seronok pasal dah hari jumaat, :)..Tapi tak best pasal esok sabtu, mrhubby kerja la pulak, ada larian 1 malaysia la..hmm..
Ok, pagi ni otw to the office, terdengar la topik kat radio hot fm, kalau tak silap pasal pengambilan breakfast. Ini rentetan berita dari suratkhabar Kosmo berkenaan 30% murid tidak bersarapan. Sebenarnya lebih kurang je entry aku nak buat pagi ni..Pagi ni aku tersedar lewat sikit la, nearly 5.50 baru bangun..Padahal dah set jam pukul 5.20..Beria nak bangun awal pasal nak buat lempeng mentega..Bancuhan tepung dah dibuat dari malam tadi..Sebelum pukul 6.30 pagi settle la 10 keping lempeng untuk bekalan aku, zarif dan zara..Untuk bekal yea..:)
Mrhubby dan zarif, diaorang tak suka bfast pagi. Penahlah aku buat air dan letak roti ke atau makanan yang simple-simple tapi diaorang tetap takmau. Mrhubby tak suka bfast bawah pukul 8 pagi, zarif pun cam gitu gak, sakit perut la..So sia-sia je aku buat bfast. Aku tau bfast tu penting, kata orang sarapan pagi macam raja, tapi kalau diaorang takmo takkan nak paksa kan, zarif baru minum air milo sikit dah nak muntah dah..
So, penyudahnya aku akan bangun awal-awal pagi siapkan bekalan untuk aku dan anak-anak. Mrhubby kerek, dia takmo bawak bekal..so takpelah..:) Dia cuma bawak bekal air masak je. So far, tak penah la zarif ada apa-apa masalah pasal aku tau dia makan kat sekolah, yelah sekolah tadika lagi kan..Cuma by next year aku rasa kena tegas sikit dengan zarif, nak suruh dia bfast tapi yang ringan-ringan je, pasal next year dah sekolah rendah kan..Kang pengsan pulak kalau tak bfast..
Ingat lagi, kitaorang adik beradik dulu, mak akan kejar sampai ke pintu kereta kalau air milo atau teh yang dia buat kitaorang tak minum tau..Selalu aku jelah yang kena, pasal air milo atau teh tu dah sejuk, aku ni kalau air dah sejuk susah nak minum..Kalau mak tak nampak, aku buang air tu dalam sink, huhu..Sangat nakal..
Oklah, korang bfast apa hari ni?
selamat menjamu selera..bismillah..
No comments:
Post a Comment